Hafez mengelap rambutnya yang basah,hanya berseluar panjang dan tidak berbaju. Menunjukkan tubuhnya yang sasa,nafas dihelakan dan kedengaran pintu bilik diketuk."Apa yang kau nak Hidayah?" soal Hafez dan adik perempuannya,Hidayah terkejut.
"Abang tahu eh?" kata Hidayah di luar bilik.
"Aku tengah salin pakaian ni.. Nanti jelah.." ujar Hafez dingin.
Hidayah yang berada di luar bilik mendengar kata-kata Hafez,merah padma mukanya menahan marah.
"I hate you idiot brother!!" kata Hidayah dan Hafez hanya membuat muka tenang.
"Yeah. Yeah.. Apa-apa je lah.."
Pipinya dikembungkan dan Hidayah terus beredar,Erica,Jeanne dan Sakuya ketika itu di ruang tamu.
Hafeeza pula sedang mengemaskan dapur,Azham pula sudah keluar membeli barang dapur. Tiga orang gadis tersebut teringat semula keadaan tadi,gadis yang dikatakan adik kepada Hafez dengan mudah menghentikan Hafez dan Azham yang sedang bertaubat di udara.
"Perempuan tu.. Dia adalah Gunslinger.." ujar Erica dan Jeanne menoleh ke arahnya.
"Kakak pasti?" soal Sakuya.
"Sudah tentu.. Tengoklah macam mana dia keluarkan senjata dia tu.. Teknologi mini yang dia gunakan juga bukan sembarangan.." kata Erica dengan serius.
"Saya tak ada benda nak komen.. Tapi rasanya dia tenung kita macam nak bunuh kita.. Ke perasaan saya je?" soal Jeanne dan Erica menjeling.
"Ya.. Memang.. Dia tu ada brother complex.." ujar Hafeeza yang muncul secara tiba-tiba.
"Eh?" Erica terkedu dan Jeanne terkebil-kebil begitu juga Sakuya mendengar apa yang Hafeeza katakan.
"BROTHER COMPLEX?!" soal mereka bertiga serentak.
"Siapa kata BROTHER COMPLEX?!" Hidayah menyoal seiring menunjukkan diri.
"Ara.. Ara.. Hidayah.. Tak elok tahu mencuri dengar.." ujar Hafeeza tersenyum kucing.
"Ibu pun tak payah lah nak beritahu semuanya pada mereka!!" kata Hidayah dengan muka menahan malu.
Jamel yang berada di dalam menara sambil menyalakan rokok,menyedari titisan air hujan dan dia mendongak ke atas langit. Awan yang mendung diperhatikan agak lama,dia hanya menghembuskan asap rokok ke luar.
Erica memandang ke luar tingkap,hujan sudahpun turun dengan lebat sekali. Erica menoleh ke hadapan semula,kali ini dia tersenyum kelat kerana Hidayah merenungnya dengan tajam.
"Saya yang perasan atau dia tenung macam nak telan saya?" soal Erica tersengih risau,Jeanne dan Sakuya hanya mampu tersenyum kelat.
"Boleh saya tahu nama awak?" soal Hidayah dengan tiba-tiba.
"Saya? Erica.. Erica von Hildabrane.." ujar Erica.
"Awak nampak saling tak tumpah ma.."
"Kau tak payah sibuk Hidayah.." ujar Hafez sebaik turun dari tangga.
Semua mata memandang ke arah Hafez yang berpakaian serba hitam,agak pelik bagi Erica kerana Hafez jarang dengan pakaian serba hitam.
"Tapi abang.. Muka dia sama.." ujar Hidayah dan terkejut,melihat renungan mata Hafez.
"Hafez.. Tak elok.." Hafeeza menegur dan Hafez mendecih.
"Awak nak ke mana?" soal Erica sebaik Hafez melangkah menuju ke pintu utama.
"Satu tempat yang aku perlu pergi setiap tahun.." ujar Hafez menarik pintu dan keluar.
Erica terdiam melihat nada dan air muka Hafez,seperti sedang berduka dan Hafeeza tersenyum memerhatikan gadis itu.
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
AventuraDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...