Chapter 30 : Dalam 2 Saat

435 50 16
                                    


Hafez berkata dengan muka yang serius,semua terkejut dan Ikhwan pula hanya tersengih ketawa kecil. Shunsen yang mendengar kata-kata Hafez,gigi diketap rapat dan aura menakutkan dilepaskan.

"Kau berani meninggikan suara kepada aku semata-mata kerana dia?" soal Shunsen.

"Kenapa tidak? Aku tak kenal kau pun.. Malah kau menghina anak kau sendiri.." bidas Hafez.

"Dia bukan anak aku.." kata-kata Shunsen membuatkan Sakuya terkedu.

"Aku tahu.. Kirino Sakuya adalah anak kepada mendiang adik perempuan kau.. Bukan begitu?" Ikhwan menyampuk dan Hafez tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Kau!!"

"Ketua! Hentikannya!"

Shunsen tidak mengendahkan nasihat pembantunya lalu meluru ke arah Ikhwan,Hafez pula hanya segera menahan serangan Shunsen.

"Kau ke tepi..." ujar Shunsen.

"Maaflah.. Aku tak ikut arahan sesiapa.." ujar Hafez.

"Kecuali aku.." kata Ikhwan dengan selambanya,Hafez membuat muka blur.

"Sudah semestinya selamatkan putera negara kau.. Bukan?" soal Shunsen cuba melakukan provokasi.

"Heh.." Hafez ketawa kecil.

"Apa yang kelakar?" soal Shunsen.

"Kau patut bersyukur sebab aku bukan selamatkan orang di belakang aku.. Tapi aku selamatkan kau.." kata Hafez dan Shunsen mengetap gigi.

Hafez menumpukan kuasa dalaman dan menolak Shunsen sehingga terkeluar ke kawasan tanah lapang,Sakuya menarik lengan baju Hafez.

"Awak tidak sepatutnya lakukan semua ini demi saya.." ujar Sakuya dan Hafez terdiam kemudian tersenyum.

"Erica.. Jeanne.. Boleh kamu berdua jagakan Sakuya sebentar..?" soal Hafez.

"Boleh.." balas Erica.

"Dia akan jadi harem awak kan? Apa salahnya.. Saya tak kisah berkongsi kasih.." kata Jeanne mengusik dan Hafez hanya membuat muka blur.

Hafez memandang semula ke arah Shunsen yang menahan amarah,Ikhwan dipandang oleh Hafez dan si raja naga hanya menaikkan ibu jarinya seolah-olah Ikhwan berkata begini..

"Hentam orang tua tu kasi sedar.."

"Seriously this guy.." ujar Hafez menggulingkan matanya.

"Apa ni? Uji kelayakan?" soal Hafez menyindir.

"若い自分で髄膜炎しないでください.後で滅びる(.Jangan meninggi diri anak muda.. Nanti binasa)" kata Shunsen dengan ibunda negara Sakura.

"あわや。。私はあなたが何を言うか分からないのか覚えていますか? ( Heh.. Kau ingat aku tak faham dengan apa yang kau katakan?)" bidas Hafez dan Shunsen terkejut.

"非常に驚かないでください.あなたは私に挑戦したいですか? (Jangan terkejut sangat.. Kau nak cabar aku bukan?)" soal Hafez menyarungkan tangannya dengan sarung tangan kulit hitam.

Shunsen mengetap gigi dan menarik pedangnya yang diseru,Hafez hanya sekadar memerhatikan sahaja orang tua di hadapannya. Hafez memasang kuda-kuda,postur tangannya digayakan peninju.

Tangan kiri di sebelah bahagian dada kirinya,tangan kanannya pula digayakan V dan merendahkan sedikit badannya.

"Eh gaya tu?" soal Aminudden agak terkejut.

"Sama postur dengan ayahanda.." ujar Luqman.

"Ayah kau tak beritahu ke? Hafez adalah anak didiknya.." kata Ikhwan dengan selamba,dua beradik itu tercengang.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now