Hafez hanya membuat muka selamba,Erica merenungnya dengan tajam. Farhan dan Fara hanya menjadi pemerhati,apa yang berlaku di antara dua orang ini?"Sampai bila kau nak tenung aku?" soal Hafez.
"Sampai awak nak bercakap dengan saya!" jawab Erica.
"Aku dah cakap dengan kau ni,ha apa kau nak?" soal Hafez.
"Tangan kiri awak.." ujar Erica dan Farhan mula ingin tahu.
"Kenapa dengan tangan kiri aku..?" soal Hafez acuh tak acuh.
"Ia bukan kuasa manusia.. Siapa awak sebenarnya?" Erica menyoal dan ingin tahu.
"Aku tak rasa aku patut beritahu kau..." jelas Hafez dan Erica mengetap gigi menahan geram.
Erica terus menarik senjatanya dan dikeluarkan,Hafez hanya merenungnya manakala Farhan sudah memegang hulu pedang. Namun Erica hanya meletakkan di atas meja dan betul-betul di hadapan Hafez,sekadar jelingan Hafez lakukan namun sebaik melihat corak pada kapak itu dia terkejut dan memandang Erica.
"Corak pada lengan awak masa itu,sama dengan kapak ini.." jelas Erica dan Hafez terkebil-kebil.
"Ini memang menyusahkan .." ujar Hafez menghela nafas pendek.
Sebuah kenderaan tayar dua berhenti,lalu terbuka dan Nazemi menunjukkan diri. Dia berdiri dari tebing jalan,Nazemi mengeluarka binocular untuk memerhatikan sebuah kem di dalam kawasan kampung yang ditinggalkan.
Setiap penjuru keluar kampung diletakkan dua pengawal,Nazemi menghela nafas pendek kemudian menyimpan binocular miliknya. Dia masuk semula ke dalam motorsikal,lalu beredar dari kawasan tersebut.
Dia menerima panggilan dari guild,mengatakan arahan terus daripada Ikhwan. Tidak lama monitor dalam motorsikal dia muncul muka Ikhwan,Nazemi hanya mengangguk.
"Bagaimana? Kamu dah periksa kawasan tu?" soal Ikhwan.
"Ya.. Nampaknya saya perlukan senapang penembak hendap.." ujar Nazemi.
"Kamu tetapkan koordinasi kau.. Aku akan hantarkan senjata kau.." jelas Ikhwan.
"Terima kasih.. Saya akan hantarkan koordinasi tu nanti.." kata Nazemi.
Nazemi menamatkan talian lalu memandu pergi,memasuki ke kawasan tersembunyi. Dia menekan sesuatu pada dashboard dalam motorsikal miliknya,kemudian dia keluar dari dalam jenteranya. Motorsikal dia kini dalam keadaan mode stealth,Nazemi memasang alatan senjata api pada tubuhnya.
Dua pucuk pistol dan selaras senapang disangkut belakang pinggang,dia terus melompat turun dari atas bukit. Cermin mata dipakai serta mulutnya dipakai topeng,sebaik sahaja mendarat serentak sesuatu dihantar dengan menggunakan teknik teleportasi.
Satu beg briefcase bentuk kiub besar,Nazemi membuka dan tersusun beberapa komponen senjata. Nazemi segera ambil dan memasang dengan pantas,dia dengan pantas memegang sepucuk sniper riffle.
"Misi bermula sekarang.." ujar Nazemi sambil menarik laras.
Senapang disangkut pada belakang badan,dia segera bergerak menyusup masuk menggunakan semak yang tebal. Ada lebih kurang 10 orang sedang berkawal,Nazemi mengeluarkan pisau belati dan secara senyap-senyap menghampiri salah seorang.
Nazemi keluar dan menarik salah seorang,mulutnya ditekup untuk mengelakkan dari membuat sebarang bunyi kemudian dikelar pantas lehernya. Dia menggunakan kawasan semak,sebagai tempat dia sembunyikan mayat.
Seorang demi seorang dijatuhkan tanpa disedari,Alif Nazemi Al'Hasanuman adalah pahlawan Mentari yang elit. Dia mampu menumpaskan satu kumpulan penjenayah yang besar,hanya dia seorang sahaja tetapi dia adalah Magisless.
Magisless bermakna no magis.
Dunia Mithgar juga ada yang lahir tanpa magis,oleh itu mereka sering disisih biarpun mempunyai skill yang hebat.
Tetapi negara Mentari tidak menggunakan sistem diskriminasi,mereka melayan semua orang sama rata dan Nazemi mampu mempraktikkan kemahiran senjatanya tanpa sebarang masalah.
Nazemi dilatih di bawah Raffie dan juga Reezal,dia adalah pahlawan yang elit dan bergerak secara solo. Tetapi kerana Reezal dan Raffie sibuk sebab itu,dia diletakkan terus di bawah seliaan Ikhwan.
Ikhwan menyedari kemahiran Nazemi,oleh itu setiap senjata baru Nazemi antara penguji utama. Tidak kira di bawah siapa perekanya,Nazemi boleh dikatakan tahu setiap inci keadaan senjata api ataupun laser.
Sepuluh orang ahli sindiket ditumpaskan,tanpa sebarang bunyi dan kali ini. Dia perhatikan dari jauh,menara pemerhati dan orang yang berada di atas langsung tidak sedar apa yang berlaku.
Nazemi berlari laju dan segera bersembunyi di kawasan sukar dilihat,lantas dia mengira menara yang ada dan tidak salah ada dalam lima kesemuanya. Nazemi menarik senapang dan membidik pada menara pertama,setiap menara ada dua pemerhati.
Dia sekadar bertenang dan menarik picu,peluru menembusi salah seorang pengawal dan Nazemi menembak seorang lagi.
"Menara yang pertama.. Clear.." ujar Nazemi segera beredar dari tempat persembunyian.
Hafez Al'Azham menyandar pada kerusi,Erica pula terus menerus merenungnya. Mereka berdua langsung tidak berkata apa-apa,ini membuatkan Farhan mula menyampah dan Fara sekadar mampu tersenyum kelat.
"Apa yang kau nak?" soal Hafez.
"Tangan awak.." jelas Erica.
"Kau gila nak potong tangan aku?! Kau kanibel ke?" soal Hafez.
"B-bukan macam tu! Ini!! Kenapa ia sama corak dengan corak di tangan kiri awak?!" jelas Erica mula geram.
"Aku dah beritahu bukan? Aku tak tahu apa-apa!" ujar Hafez.
"Jangan nak tipu saya!" bentak Erica.
"Ini tidak akan ke mana-mana. Aku dah beritahu.. Yang aku tidak tahu apa-apa.. Jangan paksa aku beritahu benda yang aku tidak tahu.. Faham?" kata Hafez dan segera beredar.
Farhan dan Fara hanya mampu memerhatikan sahaja,apa yang mereka saksikan tadi?
"Kita tak perlu lakukan apa-apa?" soal Fara.
"Tiada kena-mengena.. Waiter?!" jelas Farhan lantas memanggil pelayan.
Fara hanya mampu menghela nafas pendek,Hafez pula hanya terus berjalan laju. Erica segera mengejarnya tanpa putus asa,si pemuda mula rasa jengkel dengan tindakan gadis tersebut.
"You're really persistent,you know that?" soal Hafez berhenti dari terus berjalan.
"As long you try avoid me,I'll never give up!" ujar Erica merenung Hafez.
Ka-BOOMM!!!
Letupan di bangunan sebelah mengejutkan Erica,Hafez pula hanya dengan pandangan kosong tanpa perasaan. Sebuah robot jenis tempur muncul lalu mendarat di hadapan mereka,robot tempur terus menghayunkan tangannya ke arah Erica dan Hafez.
Erica segera mengelak namun Hafez,tidak sempat berbuat apa-apa terkena pukulan dan terpelanting merempuh bangunan di belakangnya.
"Ah! Hafez!" Erica terkejut.
"Sasaran dikenal pasti.. Anak gadis keluarga Von Hildabrane.." ujar robot tempur dan Erica menjelingnya tajam.
"Ouhh.. Nak menangkap aku?" soal Erica menarik kapaknya,lalu corak pada senjatanya bersinar.
Robot tempur sedia untuk menyerangnya,manakala Erica memusingkan kapaknya dan meningkatkan kuasanya.
"Marilah!"
=========================
Siap untuk chapter 4
Silalah vote dan komen
Aku tak nak ada komen minta update,memang aku lambat update.
Ni bukan demand teruk,cuma permintaan kecil sahaja.
Ciao!
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
AventuraDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...