Chapter 17 : Rayuan Fortuna Lady

391 53 21
                                    


"Jadi miss Jeanne.. Apa yang kau nakkan daripada aku?" soal Hafez memandang tajam ke arah Jeanne.

"Saya sudah beritahu bukan.. Saya berminat untuk mengenali awak.. Pahlawan dari negara Mentari.." jelas Jeanne dan Hafez mengerutkan dahi.

"Apa? Aku rasa aku tak pernah beritahu dari mana asal tempat kelahiran aku.. Siapa kau? Stalker?" soal Hafez lagi.

"Hey Hafez.. Boleh tak mulut tu tarik brek..? Jangan lepas je sembarangan?" Erica mula membebel.

"Aku tak perlukan kebenaran kau perempuan.." ujar Hafez dengan muka meluat.

"Awak tahu bukan siapa saya?" soal Jeanne dan Hafez menoleh ke arahnya.

"Aku tak tahu.. Malah tak mahu tahu.." ujar Hafez dan Erica hanya mengeluh.

"The Great King Dragon.. Ikhwan Syah Al'Solleh.. Ada beritahu awak mengenai Fortuna Lady bukan?" soalan Jeanne membuatkan Hafez terkejut.

"Bagaimana kau boleh tahu?" soal Hafez pula.

"Lady Jeanne adalah Fortune Teller dan ketepatan ramalan dia adalah 100 peratus tepat..." Geraldine menyampuk dan Hafez menoleh ke arahnya.

"Fortune Teller?" soal Hafez dan teringat kata-kata Ikhwan.

"Kau tahu mengenai Fortuna Lady..?"

Hafez teringat dengan apa yang dikatakan oleh Ikhwan,dia mendecih geram mengepalkan penumbuknya sekuat hati.

"That mad dragon.." bisik Hafez.

Tetapi Erica terkejut dengan apa yang berlaku seterusnya,Hafez juga sama kerana Jeanne menundukkan badannya.

"Saya harap awak mampu selamatkan saya.."

Hafez terkedu dan Erica juga sama,tidak tahu dengan apa yang dimaksudkan oleh gadis di hadapannya.

Hafez dan Erica kini berada di sebuah kafe,kopi dihirup oleh Hafez dan Erica menongkat dagu.

"Awak tak terasa hairan ke?" soal Erica.

"Hairan kenapa?" soal Hafez semula.

"Kenapa dia minta tolong pada kita? Pertolongan apa?" soal Erica ingin tahu dan Hafez sekadar menghela nafas pendek.

"Aku tak ada mood nak bincang benda ni.." ujar Hafez.

"Dia minta pertolongan kita Hafez.. Pertolongan awak!" Erica berkata dengan serius.

"Kau tahu ke apa yang dia mahukan?" soalan daripada Hafez seiring renungan tajam menikam pandangan Erica.

Erica terdiam dan menghirup coffee latte yang sudah sejuk sehingga habis,dia menghela nafas panjang.

"Jadi kita kena cari!" ujar Erica.

Tetapi pada masa yang sama,Hafez dan Erica tiba-tiba sahaja dikepung oleh puluhan lelaki sut serba hitam dan berkaca mata hitam.

"Apa hal yang berlaku?" soal Erica risau dan Hafez mengeluh sahaja.

Tidak lama lepas itu,muncul pula lelaki bersut hitam bersama lelaki misteri yang mengawasi Jeanne.

"Greetings.. My name is Herbert Kennedy..." ujar lelaki itu dan Hafez hanya merenungnya.

"So what do you want?" soal Hafez.

"Aku datang ini memberi amaran.." jelas Herbert.

"Amaran?" soal Erica kehairanan dan Hafez hanya dengan muka biasanya.

"Jangan berani dekat dengan miss Jeanne.." ujar Herbert.

"Kenapa?" soal Erica.

"Untuk kebaikan kita bersama.. Saya harap tuan boleh faham.." ujar Herbert.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now