Chapter 23 : Kirino Sakuya

497 53 7
                                    


Hafez bersama Erica dan Jeanne berada di sebuah kafe,menikmati makanan tengahari ketika hujan masih lagi lebat. Awan gelap tiada tanda-tanda ingin cerah dan reda,air teh dihirup oleh Hafez dengan cermat.

"Hujan lagi.." ujar Erica mengeluh.

"Rezeki Tuhan nak bagi.. Jangan mengeluh.." kata Hafez sambil meletakkan cawan pada piring di atas meja.

"Saya tahu.. Tapi entah kenapa saya rasa tak selesa dengan keadaan cuaca kali ini.." jelas Erica.

GRUUMM!!

Bunyi dentuman guruh kedengaran begitu kuat,membuatkan Erica menekup kedua telinganya. Hafez memejamkan mata dan menghela nafas pendek,dia membuka mulut.

"Jeanne apa kau buat?" soal Hafez apabila Jeanne bertindak memeluknya dengan tiba-tiba.

"Peluk awak lah.. Bunyi tu buat saya takut.." ujar Jeanne tanpa segan silu.

"Lepaslah.. Haih rimas okay?" Hafez menolak Jeanne dengan lembut.

"Hehehe.. Awak malu ke?" soal Jeanne mengusik sambil tersenyum,Erica merenungnya tajam dengan perasaan tidak puas hati.

"Apa?" soal Hafez pada Erica.

"Si gatal.." ujar Erica dengan muka meluat dan Hafez berkerut dahinya.

"Excuse me?" Hafez berkata bengang.

"Hello my friend.." sapa satu suara dengan nada yang mesra,Hafez dan yang lain menoleh serentak.

Air muka Hafez berubah dari marah terus menyampah,kerana kehadiran Ikhwan yang sedang berdiri di hadapan mereka. Ikhwan kali ini ditemani oleh Nazemi,dan Aminudden serta Siddiq pula sedang berjalan-jalan di kota utama negara Sakura.

"Kacaknya muka kau buat camtu.. Macam singa tengah menangis.. Buruk.." ujar Ikhwan tersenyum selamba.

"Kau dengan muka smug biasa kau.. Ingat kacak sangat ah?" bidas Hafez.

"Well can't deny that.. I'm handsome am I right? Don't get jealous.." cantas Ikhwan.

"I'm NOT!" tekan Hafez geram.

Jeanne tergamam dengan kehadiran Ikhwan,si raja naga duduk bersebelahan Hafez dan Erica memberikan sapaan hormat pada Ikhwan dengan menundukkan kepalanya sedikit. Jeanne turut mengikuti tindakan Erica,Hafez pula hanya menghela nafas pendek.

"Kau ada apa tiba-tiba muncul ni?" soal Hafez.

"Huh? Cuma nak lawat kawan lama.." ujar Ikhwan bersahaja.

"Aku kenal kau lama.. Jangan nak temberang aku.."

"Ouh.. Macam tu ke?"

Nazemi hanya mendiamkan diri,hanya memerhatikan dua orang kawan berbicara tanpa mencelah.

"Kenal ke aku kalau kau banyak luangkan masa di luar negara?" soalan Ikhwan menikam tepat di benak fikiran Hafez.

"Kau nak cakap apa ni?" Hafez berkata merenung tajam ke arah Ikhwan.

"Tak payah la nak buat muka seram macam tu.. Nah.. Aku ada sesuatu untuk kau.." jelas Ikhwan menyerahkan satu kad kecil pada Hafez.

"Apa ni?" soal Hafez.

"Jangan tanya.. Baca je.." ujar Ikhwan dan bangun dari meja tersebut.

"Nazemi.. Aku boleh balik sendiri.. Abang aku berikan arahan supaya kau bantu Hafez.. Jadi tak perlu iringi aku.." ujar Ikhwan dan payung sudah berada di tangannya.

Payung dibuka dan Ikhwan melangkah meredah hujan,Hafez hanya sekadar memerhatikan Ikhwan beredar. Matanya redup merenung belakang Ikhwan,nafas helaan dilepaskan dan Jeanne mengambil kad mini tersebut.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now