Jeanne duduk di hadapan tingkap,di luar cuaca sedang hujan lebat. Matanya sayu memerhatikan keadaan luar,Geraldine sekadar mampu menyaksikan apa yang Jeanne tunjukkan.Hafez dan Erica memerhatikan keadaan luar,hujan yang lebat membasahi bumi dan Hafez menghirup air kopi yang baru sahaja dia bancuh.
Pemuda itu kemudian membaca maklumat mengenai Jeanne,dia menghela nafas pendek dan meletakkan cawan berisi air kopi.
"Masih tidak mahu bantu?" soal Erica.
"Diamlah.." ujar Hafez dengan muka meluat.
Hari ini sudah hari kedua dan Hafez bukan hati sekeras batu,tetapi dia hanya ingin menunggu masa yang sesuai. Tidak jauh dari bangunan hotel,ada seseorang penembak hendap sedang mensasarkan sasaran.
Tidak lain tidak bukan sasaran penembak itu ialah Hafez,si penembak yakin Hafez berada dikawasan tembakannya. Mulut terukir senyuman dan membidik,picu ingin ditarik tetapi tersentak.
Hafez menggamit jari telunjuknya ke arah si penembak,sambil suruh tepati di dahi Hafez dan si penembak menggigil kerana mana mungkin dia boleh dikesan. Jarak dia tersembunyi dan jauh dari bangunan hotel tersebut,seseorang berdiri di belakangnya.
"Nice place for kill someone without somebody knew right?" soal lelaki itu tersenyum.
Sebaik penembak hendap menoleh dan bunyi guruh berdentum,Hafez hanya memerhatikan dari sebalik tingkap hotel dan hanya menghela nafas pendek. Penembak hendap tidak sedarkan diri,si penyerang misteri berpakaian lengkap kalis air kembali bangkit sambil mengambil senapang milik penembak hendap.
"Tak sangka senjata ciptaan Mentari disalah guna..? Haih.. Aku kena laporkan benda ni pada Ikhwan..." ujar lelaki misteri dan terus lenyap dari pandangan.
"Siapa pula tu.." bisik Hafez sendirian.
Hujan kekal turun dengan lebatnya,Jeanne sekadar tersentak dan ramalan masa depan bermain di mindanya. Jeanne terkejut dan menggigil,dia hampir terjatuh tetapi sempat ditangkap oleh Geraldine.
"Miss? Miss Jeanne?! Awak okay?" soal Geraldine.
"C-cari Hafez.." ujar Jeanne.
"Eh?"
"Ayah dalam keadaan bahaya!" kata Jeanne dan Geraldine kehairanan.
Sementara itu di hotel Hafez hanya membelek telefon,mencari hiburan dari internet dan kadangkala dia menguap kerana kesejukan. Tidak lama lepas itu,dia sedar Erica berjalan melepasinya ke arah pintu.
"Kau nak ke mana?" soal Hafez.
"Keluar.." jawab Erica ringkas.
"Hujan macam ni?"
"Saya nak beli barangan wanita lah.." ujar Erica lagi dan Hafez berkerut,Erica terus segera keluar.
Hafez menghela nafas pendek,Windalfr pula terasa sesuatu dan menepuk bahu rakannya.
"Apa hal kau singa berbulu?" soal Hafez.
"Baik kau ikut dia.. Aku rasa tidak sedap hati.." jelas Windalfr.
"Dia kan hunter.. Tahu la dia jaga diri dia sendiri.." ujar Hafez.
"Aku cakap pergi.. Jangan nak bangkang!" tegas Windalfr dan Hafez tersentak dengan nada si mergastua.
Hafez hanya mengangguk dan segera bersiap,kemudian dia keluar selepas mengunci pintu. Tetapi langkahnya terhenti,kerana sebaik menoleh ada orang acukan pistol ke arah dahinya.
"Sorry sir.. You can't leave this place.." Herbert menunjukkan dirinya.
Hafez memandang ke kiri dan ke kanan,agak ramai pengikut Herbert sedang mengacukan senjata masing-masing ke arah Hafez.
![](https://img.wattpad.com/cover/164951127-288-k453756.jpg)
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
PertualanganDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...