Hafeeza menyilangkan kedua lengannya pada bahagian bawah dadanya,dia menghela nafas pendek melihat Hafez dan Fahren berdiri sambil menghadap antara satu sama lain."Tak sangka putera Ikhwan bagi kita gunakan bilik latihan secara percuma.." ujar Fahren melakukan sedikit senaman panaskan badan.
"Kau jangan percaya sangat dia.. Tak mungkin dia akan bagi guna secara percuma.." balas Hafez meregangkan ototnya.
"Haih kau.. Jangan prejudis sangat.." kata Fahren.
"Kau tak kenal dia macam mana bro.." balas Hafez.
"Dah.. Lupakan la.. Kau paranoid sangat.. Ni siapa tiga orang awek cun kau bawa balik tu ha?" soal Fahren.
"Apa? Ouh.. Mereka semua cuma teman kembara aku.. Lagipun mereka di bawah tanggungjawab aku.." kata Hafez tanpa berselindung.
"Tiga orang sekaligus? Kau betul-betul dah berubah bro.. Ingatkan jadi alim.. Makin jadi kasanova.." ujar Fahren dan Hafez timbul urat bengang.
"Kau nak mintak kena pukul ke?"
Erica,Jeanne dan Sakuya juga ada bersama. Memerhatikan dua orang sahabat itu bertekak,mereka memandang tepat ke arah Fahren.
"Err.. Hafeeza.. Dia tu?" soal Erica dan Hafeeza mengeluh sahaja.
"Ya.. Dialah satu-satunya anggota kumpulan Hafez yang terselamat.." jelas Hafeeza dan Jeanne serta Sakuya menoleh ke arahnya,Erica mendiamkan diri kemudiannya.
"Kau pasti ke?" soal Hafez.
"Apa? Kau ingat aku hilang satu tangan dah tak boleh berlawan?" bidas Fahren dan Hafez tersengih.
"Jangan menangis kalau kalah.." kata Hafez dan Fahren tersengih juga.
"Aku baru dapat alasan yang kuat untuk tumbuk muka kau kuat-kuat.." balas Fahren dan Hafez ketawa kecil.
"Ouh? Kau kenakan aku tadi boleh pulak?" kata Hafez sinis.
"Alright... Alright.. Boleh kita mulakan?" soal Fahren.
"Sedia?" soal Hafez dan Fahren tersengih.
"Sudah tentu.." kata Fahren.
Fahren mengangkat tangan automail miliknya,kemudian tangan besi tersebut berubah menjadi pedang hujungnya. Hafez tersengih sahaja melihat keadaan tersebut,Jeanne terus bangun dan terkejut.
"Nano technology?" soal Jeanne dan Erica kehairanan dengan reaksi wanita itu.
"Itu ke pembangunan yang dikatakan oleh media sosial?" soal Hafez.
"Yeah.. Sekarang mereka mencuba untuk senjata dan kegunaan harian.." balas Fahren dan Hafez teringat semula reaksi air muka Ikhwan ketika dia meminta izin untuk menggunakan bilik latihan.
"Aku dah agak dah.." keluh Hafez.
"Kau nak mula atau tak?" soal Fahren.
Hafez menghela nafas pendek,lalu dia menarik keluar kerambit miliknya. Nafas ditarik dan dihelakan,langkah posisinya juga disusun dengan kemas. Suasana menjadi sunyi dan sepi,Erica,Jeanne dan Sakuya serta Hafeeza hanya diam menyaksikan dari jauh.
Latar belakang bilik visual terus berubah kepada latar belakang menunjukkan flora dan fauna,di dalam sebuah hutan tebal dan daun mulai gugur. Sebaik daun tersebut mencecah tanah,Hafez dan Fahren sudah bergerak pantas berlaga senjata masing-masing.
Erica dan Jeanne serta Sakuya terkejut,manakala Hafeeza hanya berlagak tenang. Hafez dan Fahren berbalas senyuman sinis,kemudian menghayunkan libasan dan bunyi lagaan yang nyaring terhasil dengan kuat.
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
AventureDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...