TBR ||BAB 10:

5K 382 8
                                    

Riz meraba-raba sekeliling, mata masih terasa berat untuk dibuka. Dia cuba juga. Terik. Riz memejamkan kembali matanya, menarik nafas sedalamnya.

Mata dibuka perlahan, dia memerhati keadaan sekeliling - sunyi. Perlahan badan diangkat. Kening berkerut, dia pernah melihat keadaan ini, tempat yang dia ada kini.

Saling tak tumpah...

"Hospital?" bisik hatinya. 
Dia tahu ini hospital yang sama dengan hospital tempat adiknya pernah berada.

"Apa dah jadi nih?" dada mula berombak, Riz mencuri nafas kerna dadanya terasa berat tidak semena-mena.

Dia bingkas bangun dari katil, cuba berdiri.

BAP!

Riz terjatuh, kakinya terasa tidak kuat untuk berbuat demikian.

"NURSE!!" jeritnya sekuat hati

"NURSE..-"

"Eh, Encik Riz, kenapa ni? En Riz nak pergi mana?" kelam kabut jururawat tadi.

"Adik aku mana? Adik aku?" kata Riz

"Emm, adik encik Riz?" jururawat tadi cuba membantu Riz bangun

"Adik aku, aku tau dia ada dalam hospital ni." dia memicit-micit kepalanya, cuba ingat nombor wad adiknya.

"Boleh saya tahu nombor wad? Saya bawa Encik Riz ke sana," jururawat itu membantu Riz duduk di atas kerusi roda dengan niat membantu Riz mencari adiknya.

Perasaan Riz mula bercampur-aduk, rasa tak kena, berdebar ada peluh dingin didahinya.

"Ini wadnya Encik Riz," belum sempat jururawat tadi menghabiskan ayat. Riz bingkas bangun. 
Entah dari mana dia dapat kekuatan untuk berdiri dan menolak daun pintu wad adiknya.

KOSONG.

Tiada sesiapa di dalamnya. Katil terlampau rapi untuk dikatakan bilik itu berpenghuni. Dia memandang sekilas jururawat tadi.

"Mana adik aku?!" herdiknya kuat.

"Maaf Encik Riz, pesakit wad ni..." Riz meluru masuk. Pintu bilik air ditolak kasar. Tetap kosong.

"Mana adik aku!!!" Riz naik angin.
Katil ditolak, almari kecil di sisi katil ditendangnya.

Seraya itu, Riz jatuh tersembam ke lantai.

"Maaf Encik Riz, kalau pesakit dekat bilik ni, dah meninggal dunia." jururawat tadi memegang bahu Riz

"Kau tipu, kau tipu!" air mata deras mengalir. Dia menumbuk-numbuk lantai.
Mana mungkin adiknya telah dijemput Tuhan. 

"Keluar!!" Riz tidak dapat menahan hati. Dia tak berdaya. Dia cuba bangun, namun dia tidak mampu. Teresak-esak dia menangis seperti anak kecil. Kenapa Tuhan menduga dia begini. Benarkah adiknya sudah tiada? 

Perlahan dia berpaut pada almari kecil tadi, menggagahkan diri untuk bagun. Bibir terasa sejuk, tangannya menggigil dalam tangisan yang masih berbaki.

Tiba-tiba dunia jadi kelam. Matanya sempat menangkap satu figura manusia yang berlari mendapatkan dirinya.

"Encik Riz, encik Riz bangun!!" suara itu, suara jururawat tadi.  Dia cuba untuk bangkit tapi gagal, sehinggalah suara itu semakin lama semakin lenyap.

                             ***
"Kak Nol, tolong masukkan ubat ni, saya nak masukkan ke dalam pesakit."

Sayup - sayup sahaja suara seorang gadis menerpa ke dalam telinganya. Mata cuba untuk dibuka tetapi gagal dan menyebabkan ia tertutup kembali.

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now