Butik pengantin itu dituju dengan penuh bahagia. Jejaka itu memandang si gadis dengan senyuman.
"Selamat datang!"
Gadis penyambut tetamu itu merenung Aiman dengan manja. Nurfa memandang gadis itu tajam.
"Awak pergi sana dulu sayang, saya nak call mummy sekejap."
Aiman memandang Nurfa dan tersenyum. "Okey but jangan lama sangat"
"Ermm, okay!" langkah terus diaturkan ke bahagian suit pengantin. Matanya menjadi rambang. Pelbagai design menarik minatnya.
Nurfa berjalan ke arah penyambut tetamu tadi. Matanya menikam. Senyuman paksa diberikan.
"Kalau nak rasa kebahagiaan, cari dan usaha. Bukannya usha hak orang lain. Nanti, kebahagiaan orang tu hancur macam mana? Tak rasa bersalah?"
Wajah gadis itu ditenung. Agak dalam. Pandangannya menikam. Keningnya diangkat sebelah.
Pipi si gadis dipegang lembut. Senyuman sinis diberikan.
"Cari cinta sejati dengan usaha dan bukan dengan menggoda. Ingat tu, awak kaum hawa. Tak elok kalau menggoda lelaki yang bakal menjadi hak orang lain. Ingat tu dear."
Gadis itu? Hanya terdiam diceramah tanpa perlu dibayar. Nurfa melangkah pergi kepada Encik tunang dengan senyuman.
Gadis itu memegang dadanya. Ayat yang begitu sentap. Tidak mampu untuk ditahan.
Aiman yang sedang menilik baju - baju nikah memandang Nurfa yang baru sahaja kembali kepadanya.
"Kenapa lama sangat, awak tahu tak yang saya rindu awak?" rengek Aiman dengan manja.
Nurfa memandang jejaka itu dengan wajah yang tidak dapat ditafsir.
"Mengada je lebih!"
Aiman memandang gadis itu, muncung dipanjangkan. "Haih, zaman sekarang, nak bermanja dengan cik tunang sendiri pun dah tak boleh!"
"Eeee, gedik lah dia ni. Over!"
"Dengan awak je kan sayang?!"
"Eh, awak ada pasang scandal ke belakang saya?"
"Eh, mana ada. Kenapa awak cakap macam tu?!"
"Ha, dah tu kenapa awak tanya soalan macam awak pasang scandal ramai dekat belakang saya?"
Aiman memandang Nurfa geram. "Ye awak menang, bukan nak bagi orang menang!"
"Eleh, mengajuk konon!" Pekerja yang ada disekeliling hanya memandang dengan senyuman. Mereka juga terhibur dengan perangai pasangan ini.
Nurfa berjalan menghampiri satu baju yang cukup menarik minatnya. Baju suit berwarna baby blue itu dipandang dengan senyuman.
"Sayang, come here. Baju ni sesuai dengan awak!" Lengan Aiman ditarik lembut. Wajahnya ditenung dengan perasaan sayang.
"Warna ni? Why you said like that?"
Nurfa memandang jejaka itu. Satu senyuman terukir. "Sebab, awak nampak cool, smart handsome bila pakai macam ni. Lagi satu.."
Aiman merapatkan wajahnya kepada gadis itu. "Lagi satu?"
Hidung Aiman dicuit lembut. "Lagi satu, awak nampak comel bila pakai macam ni. So, saya pilih lah baju warna ni."
Aiman memandang lembut wajah si gadis. " Eee dia ni suka buat orang blushing tengah orang ramai kan?!"
Nurfa memandang sekeliling, ya mereka menjadi pusat perhatian. Seisi kedai memandang mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/279168989-288-k601570.jpg)
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
ActionMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...