Langit malam itu ditenung dengan senyuman yang masih tidak lengkang dari wajahnya. Masih terbayang cara gadis itu mengelap sisa coklat yang ada di pipi.
Tangan mula menyentuh dengan lembut. Sejurus itu terus sahaja dia menggelengkan kepalanya.
"Tengku Aisy Rizqy, kau dah angau ni!" jerit jejaka itu dengan geram. Tetapi masih dipenuhi senyuman.
"Kenapa aku rasa something yang boleh buat aku terangau angau?" bebelnya sendiri.
Tanpa dia sedar, dua orang jejaka memandangnya dari jauh.
"Aku rasa ada something jadi dekat Riz ni. Kenapa dia berubah sia? Dia jadi soft dengan kita. Dia berubah perwatakan. Dia bukan Riz yang ganas weyh." bebel Iman dengan curiga.
Aiman memandang Iman dengan pelik lalu melemparkan pandangan ke arah Riz semula.
"Aku faham kau, bro. Dia macam tiba-tiba murah senyuman. Biasa dia lah orang yang susah nak senyum. Apa jadi dekat dia ni?"
Fikiran mereka dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Apa terjadi? Kenapa Riz tak hot temper macam dulu? Pelik.
Langkah terus diaturkan kearah jejaka. Senyuman cuba untuk diukirkan.
"Oi Riz, kau kenapa? Dari balik hospital kau tersenyum sorang - sorang. Ada something kau nak share ke bro?" soal Aiman tanpa ragu - ragu.
Riz memandang jejaka itu lalu memandang Iman. Senyuman terukir lagi.
"Nothing." Iman memandang Aiman lalu mengeluh.
"Kau ada something , tapi kau tak nak bagi tahu. Kau jangan sampai aku pergi hospital Riz." ugut Iman. Riz memandang Iman lalu tersenyum.
"Okay fine, something weird just happened to me." jelas Riz dan itu membuatkan Iman dan Aiman memandang pelik.
"Apa dia?"
"Apa dia?"
Serentak dua jejaka itu bertanya.
"Tadi waktu aku pergi lawat Raisya, ada sorang perempuan. Manis, comel pun ada. Dia menangis sebab dia tak nak hilang Raisya, macam apa yang aku rasa. Aku tenung dia dari luar, and the surprise part is, dia buat Raisya bangun dari koma." Riz menarik nafasnya sebelum menyambung ceritanya semula.
"Tapi, Raisya jeling aku. Aku geram, so aku tarik perempuan tu keluar. Dia tak takut tapi dia berani, siap lapkan sisa coklat kat tepi mulut aku. Aku pun pel-"
"Wah, siap lapkan sisa coklat bhai. Aku nak juga, tak aci weyh!" rengek Aiman.
Riz memandang Iman lalu tergelak kecil. Dahi Aiman ditepuk.
"Sorry, dia aku punya. " selamba sahaja Riz berkata. Iman dan Aiman memandang antara satu sama lain dengan reaksi terkejut.
"Kau punya?!"
"Kau punya?!"
Riz memandang mereka dengan senyuman.
"Yup, aku punya." terus langkah diaturkan memasuki rumah.
Iman memandang Aiman lalu tersenyum. Langkah terus mengejar Riz.
"Share lah!" jerit Aiman lalu mula berlari.
"No she is mine!" jerit Riz lalu melangkah ke dalam bilik.
Iman memandang kedua kawannya itu lalu tersenyum. "Aku pun rindu, Isya Danisya." secara tidak sengaja, Iman melafazkan nama itu.
Kepala digeleng dengan segera.
"Iman, kau jangan macam Riz. Angau!" terus langkah diaturkan. Pintu dikunci rapat dan mula memasuki bilik.
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
AksiMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...