Bulan mengambang membuatkan suasana malam teramatlah indah. Dengan kerlipan bintang bersama bunyi burung hantu itu membuatkan dirinya tersenyum sendiri.
"It's a nice view here." Bulan mengambang itu di tenung dengan mendalam.
"Aku teringin nak tengok bulan ni nanti dengan cik kekasih hati. Haih, berangan je lah Aiman. Tak akan ada seorang pun yang bakal melekat dengan kau."
Kecewa betul ayat yang diberikan olehnya. Dalam keadaan begitu, seorang jejaka menepuk bahunya dari belakang lalu duduk disebelah.
"Ada je orang nak kau, tapi kau reject macam tak ada apa - apa. Ada je perempuan dekat luar sana yang tunggu kau, tapi ayat yang kau akan bagi dekat diorang, sorry but aku anti-romantik benda sial?Anti - romatik konon. Aku tahu, dalam diri kau yang acah cool tu, ada taman bunga yang menanti seseorang untuk membuka."
Aiman memandang jejaka itu dengan senyuman.
"Iman, kau tahu tak. Last aku terima perempuan, waktu aku kena tinggal disebabkan badan aku yang gemuk, muka jerawat, pakai spec. Sumpah nerd aku dulu. Tak cool macam orang lain. Kulit hitam. Hati aku pernah kena pijak. Buat sekian lamanya." Iman memandang Aiman lalu tersenyum.
"But now, you already change yourself to be a better person in future, right?" soal Iman lalu memandang ke arah langit yang disinari bintang.
"Yah, I think so. Aku akan buka hati aku kepada perempuan yang betul - betul mampu terima baik buruk aku."
Kepala direbahkan ke atas rumput yang lembut itu."Yes, you will. "
Baru sahaja ingin melelapkan mata, dia teringat akan situasi dia dihina semasa majlis pernikahannya.
"Iman, kau nak dengar cerita tak?Nak kata kelakar pun ada, nak kata tindakan bodoh pun ada."
Iman memandang Aiman lalu tersenyum. "Apa dia?" soal Iman polos.
Flashback mode : online
Bunga yang ada di tangan di campak ketepi. Kecewa, kecewa kerana dia di hina, dia ditinggalkan semasa majlis pernikahan dia sendiri. Dibiarkan dan dipersalahkan kerana dirinya yang tidak seberapa.
Maruah dia seakan-akan dipijak, dihina dihadapan para tetamu.
"It's hurt. Again, and again. Perempuan tinggalkan Ieskandar sebab badan yang tak seberapa tegap. Dah la gemuk, muka berkerutu berjerawat. Senang kata, bukan pujaan wanita." luahan itu membuatkan dirinya terasa serba kurang.
"Hey, anak mama handsome boy. Good boy. Yes, you are the good boy. Anak mama ni perfect di depan mata mama. Bagi mama, rupa atau harta tak penting untuk kebahagiaan, tapi yang penting ialah, rasa sayang dan cinta seikhlas hati."
Aiman memandang Puan Sri Alyana dengan tatapan sayu. Lemah tulang lututnya untuk berdiri.
"I am not perfect. I am not a good boy. Sebab kan Ieskandar, maruah mama papa dipandang hina. Ies anak tak guna. Ies anak yang bawa malang."
Dia tidak sanggup lagi ingin menahan rasa sebak itu. Kini, air permata itu akhirnya jatuh menitis satu persatu di pipi miliknya.
"I am sorry, andai kata, Ies pergi tinggalkan mama papa, maafkan Ies. Ampunkan Ies, terutamanya dosa Ies sehingga mama papa kena hina."
Langkah diaturkan pergi. Dengan titisan air mata masih mengalir, dia cuba untuk kuatkan diri. Dia cuba untuk melawan tapi akhirnya dia tewas.
Puan Sri Alyana dan Tan Sri Afiq memandang antara satu sama lain.
"I rasa kesian tengok dia, bang. Ies anak lelaki yang sempurna. I am very proud because he is my son."
Pandangannya dilemparkan ke luar dewan. Puan Sri Alyana hanya mampu mengeluh berat.
***
"Ies, makan jom. Ies dengar tak mama panggil ni?" ketukan pintu itu dikuatkan lagi.
"Ies,dengar tak ni?Mama panggil kan!" jerit Tan Sri Afiq pula dari luar. Masih tiada sahutan.
Puan Sri Alyana memegang dadanya. Perasaan tidak sedap hati mula menyelebungi diri. Wajah suaminya ditenung.
"I rasa tak sedap hati la sayang." Tan Sri Afiq juga merasakan perasaan yang sama.
Pintu bilik itu ditendang dari luar. Kaki mula melangkah ke dalam bilik anak bujangnya itu.
Tulang lututnya mulai lemah. Titian air mata mula menitis ke pipi."Ya Allah Ies, sayang you call ambulance, now!"
Arahan itu diterima baik oleh si isteri. Anaknya itu digendong sedaya upaya dengan tenaga yang dia ada.
"Stay strong anak mama." langkah diikuti oleh Tan Sri Afiq dengan segera.
***
Wad itu ditenung dalam. Janganlah apa - apa terjadi kepada anak nya yang seorang ini. Disebabkan seorang gadis, dia jadi begini.
Doktor yang merawat melangkah keluar dari bilik rawatan.
"Doktor macam mana?" soal Puan Sri Alyana. Dirinya tidak boleh bersabar lagi untuk mengetahui keadaan anaknya itu.
Tan Sri Afiq memandang doktor itu dengan wajah yang tidak keruan.
"Nasib baik tuan bawa dia dengan segera. Kalau tidak, itu adalah hari terakhir dia hidup."
Terkedu pasangan suami isteri itu apabila mendengar laporan yang diberikan.
Flashback mode: offline
Wajah Aiman ditenung. Sungguh dia tidak sangka, jejaka yang kuat itu, pernah cuba untuk membunuh diri.
"Sumpah lah, kau ada perasaan nak bunuh diri masa tu?" soal Iman terkejut.
"Yes but after aku sedar, aku yakin yang Allah bagi aku peluang kedua untuk hidup and peluang untuk aku ubah diri aku. Now, here is the new Aiman, no more Ieskandar."
Tangan di depa kan ke hadapan. Satu senyuman terukir. Iman menepuk bahu kanan jejaka itu lalu tersenyum.
"I'm proud of you, man." Aiman membalas dengan senyuman.
"Aiman, Iman. Aku dah masak, jom makan!" seruan Riz itu membuatkan mereka berdua saling berpandangan.
"Siapa yang masuk rumah dulu, dia menang!" Kaki mula menjadi kelam kabut untuk melangkah.
Riz memandang mereka berdua dengan satu senyuman sinis. "Like childish." sepatah sahaja jejaka itu berbicara. Malam itu sememangnya riuh dengan suara pergaduhan mereka.
.
.
.
To be continued
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
AksiyonMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...