TBR ||BAB 11:

5K 378 28
                                    

"Abang Riz, Raisya nak cakap ni." ujar seorang gadis kecil yang sedang duduk diriba miliknya. Riz memandang gadis itu dengan pandangan yang lemah lembut.

"Ye sayang, Raisya nak cakap apa?"

Rambut si kecil diusap lembut berserta satu senyuman manis.

"Adik nak cakap yang, kalau satu hari nanti adik dah tiada disisi abang, abang redho tak pemergian adik?"

Riz yang sedang mengusap rambut si bongsu itu berhenti seketika. Wajah si kecil ditenung lembut dengan mata yang kuyu.

"Kenapa ni? Kenapa tiba - tiba je cakap macam tu? Anything happen?"

Pipi mulus si kecil diusap lembut. Satu senyuman satu diberikan.

"Raisya tak nak abang sedih, waktu Raisya dah takde nanti. Sebab Raisya punya penyakit ni kan dah tahap 4, andai kata Raisya dah pergi, abang redho kan?"

Ingin sahaja air matanya jatuh menitis, kenapa tiba - tiba adiknya berkata sebegitu. Apa benarkah dia akan ditinggalkan.

"Hey, tak elok cakap macam tu sayang. Abang Riz tak akan biarkan Raisya tinggalkan abang Riz. "

Raisya melentokkan kepala kecilnya ke dada bidang Riz. Secara tiba - tiba, baju kemeja milik jejaka itu terasa basah.

Kepala si gadis kecil diangkat lembut."Why are you crying?"

Air mata dikesat lembut. Dahi si gadis kecil di cium lembut.

"Jangan tinggalkan Abang Riz, walaupun ribut datang melanda. Abang Riz janji, janji yang abang akan bersama dengan adik kesayangan abang ni. One day, one day if something happen, trust me, I will there for you."

Raisya menyembam wajahnya ke dalam dakapan Riz, badannya yang kecil itu di peluk erat.

"R-Raisya sayang abang Riz tau!" Dahi si kecil dikucup kembali.

"Ye, abang Riz pun sayang kan Raisya."

'Raisya...'

Mata terus dibuka, posisi dibetulkan. Pipi disentuh dengan hujung jari, air jernih yang datang dari mata. Air yang jatuh secara tidak sengaja.

"Raisya.."

Wajah si kecil masih didalam bayangan. Ia seakan-akan berada di hadapannya sekarang.

Pipi si kecil dipegang lembut, rambutnya yang agak kusut itu dibetulkan.

"A-apa adik abang ni, hiks, k-kenapa comot sangat ni?"

Dedaun pintu ditolak lembut dari luar, kelihatan dua jejaka yang segak memakai kurta putih berserta songkok hitam dikepala.

Sejurus itu bayangan si kecil hilang dari pandangan.

"R-Raisya?!" Keadaan sekeliling dilihat mencari kelibat si kecil.

"Riz, kau okay tak ni?"

Riz memandang ke arah jejaka itu lalu menggelengkan kepalanya.

"R-Raisya, mana dia? T-tadi dia ada dekat dalam bilik ni? Dia dah keluar ke?" Jejaka itu memandang dengan pelik. Sekeliling wad diteliti.

"R-Raisya? Kita kan baru nak kebumikan dia. Kau okay tak ni?"

"Iman, betul aku nampak Raisya tadi. Dia menangis. Kesian dia, aku rindu dia. Sumpah."

Iman memandang jejaka itu dengan sayu. Bahu dipaut.

"Riz, lepaskan lah dia, jika itu ajalnya, maka kita sebagai seorang hamba juga, harus lepas kan pemergian dia."

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now