TBR ||BAB 48:

3.3K 265 62
                                    

Pss, sorry kalau mengarut sikit..

Truly, author

"Jangan.." matanya berkaca. Pandangannya dihalakan ke bawah. Dia tidak mampu untuk memandang ke hadapan.

"Jangan p-pergi.." rayuan nya seakan tidak didengari. Kaki mula lemah untuk berdiri. Dinding dijadikan tempat untuk dia bertahan.

"J-jangan tinggalkan saya.." lututnya menjadi begitu lemah untuk berdiri. Hidungnya mula berdarah.

Isya ingin sahaja membantu gadis itu berdiri tetapi dia ditolak. "Aku tak nak kau! Aku nak suami aku!!" Pandangan mereka dihalakan ke arah Riz yang masih lagi berdiri kaku.

"Aku dah nak pergi kerja lah. Kau jangan buat drama kau dekat sini boleh tak?"
Iman hanya menggeleng. Bila jejaka ini ingin menurunkan ego yang bergunung itu. Bahu Riz disentuh perlahan.

"Kau suami dia. Mestilah dia nak kau pujuk dia. Tak cukup lagi ke, kau nak dera dia macam ni. Cuba kau perhatikan dia betul - betul, hidung dia dah start berdarah tu. Jangan lah dera dia."

Nasihat Iman itu hanya sekadar kapal terbang yang melintasi fikiran. Langsung tidak melekat pada dia.

Lisa mula melangkah ke arah Riz dengan kaki yang lemah. Matanya ingin sahaja menitiskan air mata tetapi dia sanggup menahan dahulu.

Baju jejaka itu digenggam seerat yang mungkin. Pandangannya dihalakan ke atas. Mata mereka bertaut seketika.

"Kau ni kenapa? Cuba kau bagi tahu aku. Kenapa kau buat - buat lemah macam ni?!"

"Saya nak awak jaga saya. Tu je."

"Kerja lebih penting berbanding kau, jangan lah buat drama air mata dekat sini. Tak berkenan lah aku."

"Susah sangat ke awak nak stay dengan saya?"

"Apa yang kau merepek ni?!"

"Saya tanya susah k-" Matanya menjadi kelam. Semuanya bertukar hitam. Badan kecil isterinya itu disambut.

Matanya sempat mengamati wajah yang agak memerah itu. Hatinya tidak senang. Melihat hidung yang berdarah, membuatkan dia rasa berdosa.

Lisa diletakkan diatas sofa. Dahi gadis itu disentuh lembut. "Kenapa sorang pun tak bagi tahu aku yang dia demam?!"

Mereka memandang antara satu sama lain. Bulu roma mereka berdiri tegak. Seram. "Aku tanya kenapa korang tak bagi tahu aku yang dia demam?!"

Rayyan meneguk air liurnya. Takut untuk berhadapan dengan jejaka itu. Kemarahan jejaka itu sang Naga pun boleh meminta maaf.

"K-kita orang pun baru tahu yang dia demam." Perlahan sahaja Isya membalas. Pandangan mereka dihalakan ke bawah. Takut untuk bertentang mata pada saat ini.

Wajah merah Lisa di tenung dalam. Hidung yang berdarah itu dilap lembut. "Kenapa kau tak bagi tahu aku kau demam? Kau tahu tak berat hati aku nak tinggalkan kau? Dengan keadaan kau yang macam ni."

Iman cuba mendekati jejaka itu dengan perlahan. Bahu Riz di tepuk beberapa kali. Fikirannya mula memikirkan sesuatu.

"Kau kata kau nak pergi kerja?" Riz memandang Iman tajam. "Dengan keadaan isteri aku macam ni, kau suruh aku pergi kerja?! Kau agak - agak lah!"

"Baru kau mengaku tu isteri kau? Bukan selama ni kau kata dia perempuan sial? And bukan kau kata dia sampah masyarakat?"

Riz yang agak tersentap dengan kata-kata Iman memandang kesemua kawannya. "Aku.."

"Kau apa Riz? Kau apa, dulu kau buang dia. Kau kata dia perempuan sial. Sebelum kau pergi kerja ni tadi dia tunduk merayu dekat kau."

Iman memejamkan matanya. Tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya itu.
Isya memandang tepat kearah anak mata Riz. Tajam menikam bagaikan pisau.

"Dia merayu dekat kau supaya jaga dia. Dia merayu sehingga darah mengalir dekat hidung. Kau ingat hati dia tak calar ke, kau kata dia perempuan sial, sampah masyarakat. Riz, hati perempuan ni sensitif."

Isya mula menarik lengan sasa Iman dan dipeluk erat. Matanya sudah tidak mampu unuuk menahan. Aiman mendekati Riz dengan pandangan tajam. "Kau nak tahu something tak?"

"Apa dia?"

"Perangai kau sebijik macam nenek kau. Ego, dan suka membenci tanpa sebarang alasan. Nenek kau benci dia sebab dia bukan Airine. Kau nak benci dia sebab pemergian Haydar?"

Riz terdiam. Dia tidak mampu untuk menjawab segala yabg diberikan oleh mereka. Nurfa mendekati suaminya perlahan. Lengan sasa itu dipaut lembut.

"Riz, kalau kau tak kesian kan dekat kita orang, kau kesian kan lah dekat isteri kau. Kau tengok wajah polos dia. Tak kesian ke?"

Pandangan nya dihalakan ke arah wajah isterinya. Wajah yang agak kemerahan itu di tenung lama.

"Aku.."

"Kau apa riz?"

"I have to go. Take care of he-"

"Tak pelah, biar nenek yang jaga."

Pandangan mereka kini tertumpu ke arah Nek Imah yang sedang berdiri kaku dihadapan pintu.

Riz mendekati neneknya dengan wajah yang agak terkejut. "Riz tak perlukan pertolongan nenek kot."

"Kenapa? Riz takut? Yang nenek akan dera isteri kesayangan Riz?" Riz meraup wajahnya kasar.

"Bukan takut, sebab Riz tahu. Apa sebab nenek datang sini." Nek Imah tersenyum sinis pabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Riz.

"Sebab apa Tengku Aisy Rizqy?" Senyuman sinis terukir. Kening Riz diangkat tinggi.

"Sebab, bila Riz takde, nenek senang nak pukul Lis, kan? Ke bila Riz takde, nenek boleh buli Lis?" Nek Imah memandang Riz atas dan bawah.

"Nenek dah insaf. Nenek dah terima Lis menjadi cucu menantu nenek. Jangan risau."

Aiman mendekati Riz dengan perlahan. "Kau sure nak tinggalkan Lis dengan nenek?" Wajah Aiman ditenung. "Dia kata dia dah berubah."

Aiman mengeluh perlahan. Iman mendekati kedua jejaka itu bersama Rayyan. "Aku rasa tak sedap hati."

Iman memandang Rayyan pelik. Keningnya bertaut. "Kenapa?" Rayyan memandang Iman. Nafas pendek dihembus.

"Tahlah, tapi yang pasti, bila nenek Riz duduk sini. Lis akan selalu disisi kita. Jangan tinggalkan dia."

Iman hanya menangguk faham. Hatinya juga berkata begitu. Riz melangkah mencapai bag kerjanya perlahan. Wajah Lisa ditenung.

Kaki mula melangkah untuk pergi. Iman memandang Riz sayu. Boleh berbuih rasanya mulut menasihati jejaka itu.

"Kau sure nak pergi Riz?" Riz memusing kan badannya. "I have important work. I'm sorry."

Enjin dihidupkan dan bayangan kereta mulai hilang dibalik asap. Isya mendekati Lisa dengan wajah sayu. Pipi gadis itu disentuh.

"Aku janji, aku tak akan biarkan perempuan sihir tu dekat dengan kau."
Ubun rambut Lisa diusap lembut. Satu senyuman tipis terukir di bibir mereka.

Nek Imah memandang Iman dan yang lain dengan senyuman sinis. Rumah ini bakal menjadi tempat penyeksaan bagi mereka.  Di hadapan cucunya, dia harus berlakon. Tetapi di belakang cucunya, dia akan menjadi syaitan durjana.

.
.
.
To be continued

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now