TBR ||BAB 55: FINALE

6.7K 345 43
                                    

Nanti baca, buka lagu yang Lisa bagi dekat bawah tau. Thanks.

Love author, 💜

Taman bunga itu dipandang sepi. Matanya di pejamkan. Tangan diletakkan didada dan di tepuk beberapa kali.

Matanya dibuka. Kini perhatian nya adalah terhadap bayangan isterinya yang sedang menari di tengah taman bunga itu.

Satu senyuman terukir. Kaki mula melangkah ke arah isterinya. Pinggang si isteri di rangkul dengan lembut.

Pipi gadis itu disentuh dengan lembut. Bibir isterinya disentuh perlahan. Mata mereka bertaut. Sungguh dia merindui wajah ini. Rambut yang kusut itu dibetulkan. Isterinya dipusingkan beberapa kali.

"Lambat.." Riz mengerutkan dahinya. "Lambat apa sayang?"

Tangan mula diangkat tinggi. Taman itu dijadikan tempat untuk mereka menari bersama.

Kaki lincah sahaja melangkah bersama. Seakan mengikuti irama. "Lambat untuk menyelamatkan hubungan kita.."

Riz masih lagi membawa gadis itu menari. Isterinya diputarkan beberapa kali.

"I'm sorry."

"For what?"

"For my ego. Abang terlalu ikutkan ego. Abang tak fikir perasaan isteri abang ni."

Kaki terhenti seketika. Tangan runcing isterinya diraih lembut dan diletakkan di dadanya.

"Dengar tu, hati abang. Sangat merindui sayang. Kembalilah, sebab abang tak rasa sempurna tanpa sayang."

Pandangannya dihalakan ke bawah. Matanya menjadi kabur akibat air mata yang ditahan dari gugur.

"Terlambat untuk abang selamatkan hubungan kita. Tapi.."

"Tapi?"

"Tapi abang tak terlambat nak selamatkan cinta kita berdua."

Kaki mula menari semula. Kali ini semakin lincah dan romantik. Mata tidak lemgkang dari mata si gadis.

"Lisa Mikayla.."

"Hmmm?"

" I love you.."

"I love you to-"

"Riz!!"

Bayangan isterinya hilang sekelip mata. Matanya meliar mencari bayangan yang sama.

Iman yang baru tiba itu mula memaut  bahu jejaka itu. Matanya juga meliar seperti apa yang Riz lakukan.

"Kau cari apa?"

Riz memandang Iman yang ada di sebelahnya. Matanya masih meliar di sebalik bunga - bunga yang ada dihadapannya.

"Isteri aku.."

Iman mengerutkan dahinya. Matanya mengikuti Riz yang sedang mencari bayangan sebentar tadi.

"Riz, lepaskan.."

Pandangannya dihalakan ke arah Iman dengan kerutan. "Apa maksud kau dengan lepaskan?"

Iman mengeluh. Bahu jejaka itu disentuh. Kemudian dada Riz di tepuk beberapa kali.

"Lepaskan dia, sampai bila - bila kau akan dibawah bayangan dia. Apa kata kau lupakan dia seketika."

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now