"Nenek sakit nenek!!"
"Siapa nenek kau?!"
"Nek tolong lepaskan Lisa!!"
"Kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu je?!"
"Nenek sakit!! Tolong nek Lis merayu nek!!"
"Jangan panggil aku nenek lah! Aku tak pernah jadi nenek kau!"
"Arghh!!"
Rambutnya direntap dan ditarik dengan kuat oleh Nek Imah. Entah mengapa, hatinya terasa sakit melihat gadis itu bahagia.
"Nenek, Lis merayu nek."
"Kau ingat sikit, walaupun cucu aku kahwin dengan kau, tak bermakna kau boleh bahagia!"
"Nenek apa salah Lis nek!!"
"Banyak, berjuta salah kau dekat aku!! Dasar perempuan murah!!" Perut Lisa ditendang, kepalanya dihantukkan ke bucu dinding. Nek Imah tersenyum sinis. Puas hatinya melihat kesakitan yang dirasai oleh gadis itu.
Kecederaan yang ada disetiap bahagian badan gadis itu membuatkan dia tersenyum.
"Kau ingat benda ni dalam kepala otak kau.."
"Nek.."
"Aku, akan pastikan rumah tangga kau hancur. Dan aku akan pastikan cucu aku benci kau sampai bila-bila!!"
Matanya dipejamkan. Pipi yang lebam, dahi yang berdarah disentuh lembut.
"Arghh!!" Matanya berkaca. Sakit di setiap bahagian badan tidak dapat ditahan lagi.
Kaki yang lebam itu disapu ubat perlahan. Tangan yang luka akibat dipukul diurut lembut.
"Lis?" Ketukan pintu itu membuatkan dirinya agak tersentak. Air mata segera diseka. Bahagian lebam ditutup kemas.
"Kejap!!" Pintu dibuka perlahan. Satu senyuman di ukirkan untuk mereka.
Isya memandang wajah Lisa dengan kerutan. Bahagian dahi si gadis dilihat. Keningnya bercantum.
"Kenapa dahi ka-"
"Arghh!"
"Sorry, now tell me kenapa dahi kau?" Soalan Isya itu membuatkan dia ketakutan. Tangannya yang menggigil di sembunyikan.
"Takde apa, dahi aku terhantuk dekat bucu pintu." Isya merenung dalam anak mata si gadis. Hatinya tidak senang. "Kau tipu ke?"
"Mana ada aku tipu, betullah." Iman mendekati Lisa dengan wajah sayu. "Bagi tahu aku, Isya, kitaorang semua. Apa yang menyebabkan dahi kau lebam?" Lisa meneguk air liurnya beberapa kali. Dahinya ditutup dengan segera.
"Tak, betul. Aku terlanggar pint-"
"Betullah apa yang Lis kata tu, dia terlanggar pintu. Aku ada waktu dia terlanggar. Betul tak nenek kata Lis?"
Pandangan yang diberikan oleh Nek Imah itu membuatkan gadis itu terdiam. Iman memandang Lisa dengan pandangan sayu.
"Bagi tahu aku, kau tipu kan?"
"Taklah, jangan risau. Aku okay je." Nurfa mendekati Lisa dan menarik gadis itu masuk ke dalam bilik bersama Isya dan Aina. Pintu bilik ditutup rapat.
Iman memandang Nek Imah. Langkah diaturkan ke Arah Nek Imah bersama Rayyan dan Aiman.
"Nenek, jujur dengan Iman. Waktu kitaorang takde tadi, nenek ada pukul Lis ke?" Nek Imah memandang Iman dengan senyuman sinis.
"Tak ada masa aku nak pukul perempuan tu. Baik aku tengok TV, buang masa aku je." Aiman menahan Nek Imah dari bergerak pergi. Pandangan tajam diberikan.
"Nenek jangan ingat yang nenek menang. Ingat Aiman tak tahu ke yang nenek sebernanya pukul Lis?"
Nek Imah meletus kan tawanya. Rasa terhibur dengan tuduhan mereka. Walaupun ia benar.
"Kau ni tak faham bahasa ke? Aku kata aku takde masa nak pukul perempuan tu, takde masa lah? Yang kau nak menuduh aku beria sangat ni kenapa?"
Rayyan mendekati Nek Imah dengan pandangan tajam. "Okay then. Tapi ingat, nenek tak akan terlepas dari pantauan kami. Sekali nenek sentuh Lis, kepala nenek Rayyan putarkan."
Langkah terus diaturkan pergi dengan selamba. Senyuman sinis diberikan kepada wanita itu.
"Kau ingat aku takut? Setakat budak mentah macam kau. Aku ni dah lama hiduplah! Lagi berpengalaman dari kau!"
Iman mula melangkah bersama Aiman. Penat melayan wanita tak sedar diri ini.
"Rumah kata pergi, kubur kata mari! Sedarlah sikit, banyak dah nenek buat dosa tu! Tak panas ke?!"Terletus gelak tawa para jejaka itu dengan kata-kata yang diberikan oleh Aiman. Nek Imah mula merengus dengan geram. Biliknya dituju, dedaun pintu ditolak kasar.
"Kau ingat aku nak lepaskan macam tu je? Kau tunggu.."
* **
"Lis, bagi tahu aku apa yang jadi sebernanya?" Lisa merenung anak mata Nurfa dengan agak mendalam. Hatinya ingin sahaja memberitahu mereka, tetapi mulut berkata lain."Lis?" Kini Isya pula yang bersuara. Tangan yang menggigil dengan kuat itu dipegang erat.
"Lis, bagi tau kita orang. Apa yang perempuan sihir tu buat dekat kau?" Lisa menghembuskan nafas panjang. Air matanya ditahan dari jatuh.
"T-takde apa, aku elok je." Isya mula memeluk Lisa erat. "Kau tipu aku, kau tipu Aina and kau tipu Fa. Sekarang, kita orang nak kau jujur, dia pukul kau kan?"
Lisa memejamkan matanya. "Tak, dia tak buat apa - apa pun." Aina mula menyelak seluar Lisa sehingga paras lutut. Lebam yang terdapat di kaki agak memeranjatkan mereka.
"Lis?!" Lisa memandang mereka dengan ketakutan. Hatinya meronta. Aina memeluk Lisa erat. Gadis itu berada di dalam keadaan ketakutan.
"Nek Imah buat semua ni dekat kau?"
"T-tak.."
"Lis, jangan tipu aku. Aku tahu kau waktu menipu." Lisa memandang Isya dengan mata yang agak merah menahan tangisan.
"Tak, mana ada. Ni aku cedera waktu aku mengemas dekat belakang." Nurfa mendekati Lisa dengan wajah yang tidak senang.
"Jangan tipu aku. Bagi tahu kita orang perkara sebenar." Lisa merenung Isya dan kemudian beralih kepada Nurfa yang sedang memegang erat tangannya.
"Tak, betul.." Aina memeluk gadis itu erat sekali lagi. Matanya sudah mengalirkan air mata.
"Lis tolonglah, bagi tahu aku, Isya and Fa benda betul. Kita orang tak nak kau tersakiti macam ni." Lisa merenung ke arah Aina, Nurfa dan Isya. Air matanya jatuh.
"Tak, aku.." Nafasnya menjadi tidak teratur. "Tak, aku tak tipu."
Isya menghela kan nafas panjang. Susah untuk membuat gadis itu jujur. "Lis jujur, pleas-"
"Tak, aku tak tipu!!" Kaki mula melangkah ke luar. Hatinya sakit melihat dirinya. Terpaksa menipu sahabatnya demi keselamatan dirinya..
Isya memandang Nurfa dan Aina serentak. Nafas ditarik dalam. "Susah macam ni.."
Aina memeluk erat Nurfa dan Isya. "Dia tak nak jujur tu yang susah."
"Aku risau keselamatan dia tu je." Mereka memandang antara satu sama lain. Fikiran mereka buntu, tak tahu apa yang ingin dilakukan.
.
.
.
.
To be continued
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
ActionMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...