After 2 years:
"Mama, Hazriel ada daddy ke?"
Lisa yang sedang menyiapkan laporannya terhenti seketika. Pandangannya dihalakan ke arah anaknya itu.
"Kenapa Hazriel tiba - tiba tanya ni?"
Hazriel tersenyum. Si kecil yang baru berumur 2 tahun itu dipandang dengan lembut.
"Hazriel tanya je. Kalau daddy ada lagi, kenapa dia tak nak jumpa kita mama? Ke daddy dah tak ad-"
"Daddy ada lagi, cuma dia kerja jauh sangat."
Hatinya membengkak. Matanya berkaca, dia terpaksa menipu anaknya itu.
Hazriel baring di riba Lisa dengan mulut yang memuncung. Jari jemari Lisa di main.
"Kalau Hazriel nak jumpa daddy boleh ke mama?"
Lisa terdiam seketika. Persoalan yang diberikan oleh Hazriel itu membuatkan dirinya terkedu.
"Boleh, tapi Hazriel kena janji dengan mama. Kita tunggu daddy balik dari kerja, baru kita pergi okay?"
"Kenapa tak pergi sekarang?"
"Sebab.."
Hazriel bangun dari baringnya. Lesung pipit yang dalam itu terserlah apabila si kecil itu tersenyum.
"Sebab apa mama?" Lisa tersenyum. Wajah yang diwarisi anaknya ini sama seperti wajah suaminya. Air matanya ditahan.
"Sebab, daddy jauh dari kita. One day, kalau daddy dah balik, kita jumpa. Boleh?"
"Hmm, okay!"
"Now, mama nak Hazriel mandi."
"Baik madam!"
Kaki mula dibuka untuk berlari. Sebelum pergi sempat dia mencium pipi Lisa lembut.
"Mama!!"
"Ye sayang?"
"Lepas Hazriel mandi, kita pergi taman boleh?!"
"Ye sayang!"
Satu senyuman terukir. Bagaimana keadaan suaminya sepanjang dua tahun dia tiada di sisi.
Buku laporan ditutup. Kaki mula melangkah ke dalam bilik untuk menyiapkan Hazriel.
* **
"Awak ni janganlah membuli! Awak tahu tak Allah tak suka orang yang anaiya orang lain?!"
Baju kemeja yang kotor itu tidak dipedulikan. Nafasnya bagaikan naga yang sedang mengamuk.
Dariel yang baru sahaja tiba membantu adik kembarnya untuk berdiri. Dibelakang mereka adalah Arish dan Arissa yang berpegangan tangan bersama Aisyah.
"Awak tahu tak, apa yang awak buat dekat dia ni salah? Awak nak ke, ramai orang benci awak? Awak nak ke yang orang lain tak suka kawan dengan awak sebab awak ni pembuli? Awak nak ke?!"
Matanya dibesarkan. Dengan bibir digerakkan ke kiri dan kanan. Iman yang baru tiba bersama yang lain memandang ke arah Hazriel.
"Awak ingat tak sakit ke, pukul orang? Awak tahu tak, sakitnya dipukul? Awak nak kena ke? Saya tegur sebab saya anggap awak kawan sebaya. Jangan lah berdiri atas kelemahan orang lain."
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
AcciónMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...