"Sayang.." rengekan manja itu membuatkan Riz dan seorang gadis tersentak.
Riz memandang gadis itu dengan pelik. Ingin sahaja dia tersenyum, tetapi dia cuba mengawal lagi.
"Sayang, baby lapar.." Rengekan manja itu membuatkan hatinya meronta. Geram melihat kemanjaan Lisa Mikayla dihadapan nya ini.
Iman dan yang lain memandang Lisa dengan sengihan di bibir, jelas yang gadis itu cemburu. Tetapi dia tidak ingin mengaku. Hati kata ye tetapi mulut kata tidak.
Lisa menarik - narik lengan si jejaka dengan kuat. Sehingga jejaka itu hilang keseimbangan untuk berdiri.
Gadis yang berhadapan dengan Riz ditenung geram. Kening kanannya diangkat tinggi. Jika boleh sehingga langit ke - 7.
Pandangan dialihkan semula kearah Riz. "Sayang, baby lapar.." Rengekan yang dibuat - buat oleh Lisa membuatkan gadis yang berhadapan dengannya meluat.
Tangan Lisa ditepis geram. Lengan sasa Riz kini dipegang ataupun lebih dikenali sebagai dipaut oleh dua orang gadis.
Lisa dan seorang gadis asing. Wajah Riz disentuh oleh gadis itu dengan lembut.
"Who is this weird girl? Datang - datang terus panggil sayang."Riz mengalihkan pandangannya ke arah gadis itu. Lembut sahaja pandangan itu.
Lisa yang masih menahan senyuman mula melangkah ke hadapan sedikit."I'm his fianc-"
"She is my friend."
Pandangannya terus dihalakan ke arah Riz. Wajah jejaka itu ditenung dalam. Luluh hatinya, ke manakah status tunangnya itu? Semudah itu jejaka ini mengukapkannya. Kawan? Tunang bertukar kawan?!
Senyuman masih diberikan. Dia ingin pertahankan haknya. Tangan dihulurkan ingin bersalam bersama gadis itu.
"No, I'm his fiancé." Pandangan gadis itu dilemparkan ke arah Riz. Masih didalam keadaan tertanya - tanya.
"Is it true?" Riz memandang gadis itu dengan senyuman. "Nah, she just a innocent girl. Jangan dengar cakap dia. Kita orang kawan je."
Mata Lisa mula berkaca. "K-kawan? Mana status tunang saya? Semudah itu awak buang, Aisy Rizqy."
Hatinya parah. Derita dan terluka. Bersatu kembali. Wajahnya dihalakan ke bawah.
Air matanya jatuh. Riz memandang gadis itu dengan pandangan biasa. Buka seperti Aisy Rizqy yang dahulu.
Gadis yang masih merangkul tangan milik Riz tersenyum sinis. Nurfa yang dari tadi memandang dari jauh mula memandang geram.
Langkah diaturkan segera ke arah Lisa. Gadis itu ditarik untuk pergi tetapi Lisa masih tidak mahu bergerak. Dia ingin tunangnya sendiri memujuknya.
Aiman mendekati Nurfa dengan perlahan. Dia sentiasa berjaga - jaga. Keselamatan isterinya adalah penting.
Aina, Rayyan dan Iman mula mendapatkan Lisa. Ya, gadis itu masih menangis bagaikan anak kecil.
Cincin yang tersarung dijari runcingnya dilihat. Di manakah hubungan yang diikat melalui cincin ini?
Setitis air matanya jatuh ke atas cincin permata itu. Gadis asing itu mula menarik lengan Riz untuk pergi.
Lisa memandang Riz. "Tengku Aisy Rizqy!!"
Riz memandang gadis itu. "What?!"
"Where is your?"
Riz mengangkat keningnya sebelah. "What?!"
Nafasnya ditarik dalam. Langkah diaturkan pergi kearah jejaka itu. Jelas matanya yang agak kemerahan akibat menangis.
"Is it enough for you? I'm asking you, is it enough for you, Aisy Rizqy? Play with my heart, again?"
Riz merenung anak mata gadis itu. Pandangannya dilemparkan ke bawah. Tidak sanggup bertentang mata.
Gadis asing itu hanya dibiarkan. Dagu Riz diangkat tinggi oleh Lisa. Supaya mata mereka bertaut.
"I'm asking you, one more time. Is it, enough for you to play with my heart? My feelings? Is it enough? Answer me!!"
Dada bidang jejaka itu ditumbuk beberapa kali. Sekuat yang boleh, Riz hanya mengerutkan dahinya menahan sakit.
Tangan gadis itu digenggam kuat. "Enough!!" Mata Lisa kini berkaca sekali lagi. "Saya tahu, hati saya tisu. Menangis all the time, tapi tu tak bermakna, awak boleh pakai dan buang saya macam tu je. Hati saya sakit, mana perginya gelaran tunang saya?!" Wajah Riz ditenung.
"Setiap wanita, inginkan satu layanan istimewa terhadap dirinya. Dia ingin diperkenalkan sebagai kesayangan di hadapan orang lain. Bukannya sebagai kawan."
Riz merenung bagaikan tiada apa yang berlaku. Air mata gadis itu seakan tidak berkesan pada dirinya.
"Dah habis menangis?" Lisa tersentak mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut jejaka itu.
"I can't stand for it anymore."
Cincin tunangnya ditarik keluar dari jaring runcingnya. Telapak tangan Riz dibuka, cincin diletakkan di tengah telapak tangan itu. Riz merenung cincin itu dalam. Apa yang ingin dimaksudkan oleh gadis ini?
"Kenapa kau cabut cincin ni?" Lisa memandang Riz sedalam yang mungkin. Anak mata jejaka itu ditenung.
"I'm not a perfect one for you." Jari - jemari Riz ditutup rapat, biarlah jejaka itu bahagia, dengan pilihan yang dia inginkan.
Riz merenung gadis itu dalam. "Kau nak putus tunang?" Lisa masih tidak menjawab. Riz meraup wajahnya kasar.
"I'm asking you right now!! Answer me Lisa Mikayla!" Masih tiada jawapan. Gadis itu masih merenung ke bawah, tidak mahu bertentang mata.
"I'm asking you for the last time. Is it true? Kau tak nak teruskan lagi hubungan ni?!"
"I can't. You play with my heart." Riz menolak gadis itu ketepi dengan kasar. Lengan sasanya mengepung Lisa di tengah.
"Why you say like that?!" Lisa merenung dalam. "Because I'm your friend. Remember? You said it just now."
Riz tersentak. "How?"
"In front of her." jarinya menunjuk kearah gadis asing itu. Pandangan Riz mengikuti jari runcing itu.
- Continues part 2-
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
ActionMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...