TBR || BAB 23:

4K 278 20
                                    

Koridor penjara itu ditenung. Menunggu orang yang sepatutnya. Setiap penjuru dipandang dengan senyuman sinis.

"So, ni lah penjara yang kau kata tu?" soalnya dengan nada yang agak mendatar. Pembantu yang ada disebelah ditenung.

"Dah tak ada suara ke? Atau kau nak aku potong lidah kau biar bisu terus?!" herdik jejaka itu dengan kasar.

"Y-ye boss." terketar-ketar pembantunya menjawab soalan yang ditanyakan tadi.

"Kau dah buat appointment ke dengan pihak penjara?"

Pertanyaan itu dibalas dengan anggukkan sahaja. Matanya menikam tajam.

Pantang dirinya apabila sekali dia bertanya hanya dibalas dengan reaksi tubuh badan.

"Kau masuk kereta."

Wajah jejaka itu ditenung. Senyuman sinis terukir. "K-kenapa, tuan Aniq?" soalnya ketakutan.

Aniq memandang jejaka itu dengan senyuman ngeri. "Aku kata masuk, masuk je lah!"

Pembantunya itu terus disumbat kedalam kereta. Wajah jejaka itu ditenung menikam.

"Buka mulut kau!"

"Boss, n-nak buat apa?"

"Aku kata buka, buka je lah!"

Tengkingan itu membuatkan si jejaka automatic membuka mulut. Pisau lipat dikeluarkan.

Senyuman sinis terukir. "Aku dah kata, ada mulut kan? Kenapa tak jawab? Aku dah tanya kau pakai mulut, jawab lah pakai mulut!"

Lidah jejaka itu ditarik keluar dan dipotong tanpa sebarang perasaan takut atau serba salah.

Senyuman sinis terukir. "Salah sendiri, sekarang kan dah bisu. Sian.." Langkah terus diaturkan keluar kereta dan berjalan masuk ke dalam penjara itu.

Darah yang mengalir ditangan dilap. Senyuman ngeri diberikan kepada setiap penjaga penjara.

"Hello motherfucker! Dah lama tunggu?"

Kerusi ditarik dengan ganas. Wajahnya menikam ke arah jejaka itu. "Im, aku dah suruh kau hati - hati kan? Kenapa kau tak alert waktu nak tikam tu? Kau tengok kau susahkan siapa sekarang ni?!"

Im memandang Aniq dengan tajam. "Kalau kau nak kerja tu clean, kau kena lah buat sendiri. Aku dah cuba yang terbaik. Perempuan tu yang alert sangat. Tahu je bila aku nak serang!"

Meja penjara itu dihentak kuat. Naik benci dibuatnya. Wajah Aniq dipandang tajam.

"Apa, kau nak serang aku pula? Salah kau, sebab buat kerja tak clean. Know-know sampai penjara dah kau. Kesian.."

"Kalau kau rasa kau hebat sangat, cuba kau yang buat! Kau cakap senang, nak buat? Jangan harap!"

Aniq merapatkan wajahnya ke dinding kaca yang menjadi penghadang antara mereka.

"Kau."

"Cabar."

"Aku."

"Untuk."

"Buat."

Nafasnya ditarik dalam. "Silap hari bulan, kau yang aku korban dulu. Ingat tu."

Kot yang ada dibetulkan. Senyuman terukir. Senyuman physco. Ngeri.

Im memandang Aniq. "Arghhhh!!" Polis yang bertugas menjauhkan Im dari situ dan membawa dia pergi.

"HAHAHHAHAHA, have a nice day in the jail, bro!" Aniq memandang pemergian Im dengan sinis. Langkah terus diaturkan.

Bunyi derapan itu semakin lama semakin hilang.

"Pergi gudang, aku nak tengok apa yang jadi dekat sana." Arahannya diterima dengan baik. Pemandu yang bertugas hanya mampu membalas dengan anggukan.

"Kenapa kau tak bercakap?" Pemandu itu memandang Aniq dengan wajah kesian.

"Ouh, aku lupa. Aku dah kerat lidah kau. Maaf." Selamba sahaja dia berbicara. Tanpa perasaan.

                            * * *

"Puas ke hati kau? Aku tanya puas ke? Kenapa kau buang satu - satunya memori aku dengan dia! Kau perempuan jahanam!"

"Ye memang aku perempuan jahanam! Dia rampas kau dari aku! Sepatutnya, perasaan sayang dan cinta kau untuk aku dan bukan dia lah, bodoh!"

"Ye, sebab dulu aku bodoh, bodoh sebab mencintai kau! Tapi end up? Kau hancurkan perasaan tu sendiri."

Lubang tandas dipandang sepi. Rantai, cincin semua dilenyapkan sekelip mata. Riz memegang dadanya.

Amarah membukit didalam hati. "Kalau kau rasa kau hebat sangat, bagi aku alasan, kenapa kau buang semua barang - barang dia?!"

"Sebab kau, aku dah tak tahan. Tak tahan untuk hadap perangai ego kau! Jujur dengan aku, kau ada lagi kan perasaan sayang tu? Ada kan?!"

"Ye, aku jujur, dulu sebelum aku jumpa dia. Aku sayang kau, sepenuh hati aku! Tapi sekarang, aku lagi sayang kan dia!"

Bahu Airine ditolak sehingga membuatkan gadis itu jatuh. Darah mula keluar sikit demi sedikit.

"A-Airine? Weyh, Ya Allah apa aku nak buat ni?!"

"Sakit Riz!!!"

"Astagfirullah, sabar!" Badan Airine digendong lembut. Wajah gadis itu dipandang.

"Sabar sekejap. Kita pergi hospital!"

Wajah semua orang tidak diendahkan. Yang pasti, gadis itu selamat sampai ke hospital.

Nek Imah memandang pasangan itu dengan bahagia. "Maybe dia dah jatuh hati?"

Iman memandang sinis. "Riz? Tak mungkin. Kita tengok siapa yang mampu menewaskan cinta antara Lis and Riz."

Langkah terus diaturkan keluar. Puas hatinya. Kadang - kadang geram. Nasib orang tua, kalau tak hancur.

Kereta Riz memecut laju ke hadapan. Wajah Airine dipandang cemas. "Jangan lah budak ni mati. "

Bukannya Airine yang dirisaukan, tetapi budak itu. Airine hanya mampu meneran kesakitan akibat kecelakaan tadi. Nafasnya menjadi tidak teratur.

.
.
.
.
To be continued

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now