TBR ||BAB 12:

4.9K 371 46
                                    

Pusara adiknya ditenung sayu. Matanya kini kabur dilimpangi air mata. Air jernih itu diseka dengan segera.

Air bunga mawar itu di siram dengan lemah. Air matanya ditahan dari jatuh. Matanya diarahkan kepada kesemua ibu saudara yang ada dan neneknya.

Riz bangun dari kedudukan. Wajah sahabatnya ditenung. Dengan sayu dia memandang kearah neneknya kembali.

"Riz minta maaf kalau menyusahkan nenek. Riz minta maaf sebab dah lama tak lawat nenek. Maafkan Riz, Riz tak mampu nak jaga amanat mama yang terakhir. Riz gagal."

Kepala cucunya dibelai. "Riz tak gagal, Riz berjaya menjadi anak yang baik, cucu yang baik dan juga abang yang baik. Riz tak pernah gagal. Kalau  mama papa Riz ada mesti mereka bangga."

Riz memandang neneknya dengan air mata. "Nenek tak marah Riz?"

Satu senyuman terukir, kepala digelengkan. "Tak nenek tak marah, walaupun dalam hal perkahwinan Riz, nenek tak akan masuk campur. Itu keputusan Riz. Bukan nenek yang kahwin tapi Riz." Riz mengukirkan satu senyuman tipis.

"Thanks nenek for always be there for me." rengeknya dengan manja dan dilihat oleh semua org.

"Dah sekarang ni kita balik rumah. Boleh nenek berkenalan dengan tiga gadis dekat belakang tu." muncungnya dihalakan kearah Isya, Nurfa dan Lisa.

Mereka hanya membalas dengan senyuman. Dan dibalas semula dengan anggukan.

Langkah mereka terus diaturkan bersama meninggalkan tanah perkuburan.

Pusara si kecil dipandang buat kali yang terakhir. "Nanti abang datang lagi eh?" langkah diteruskan, kereta dinaiki dan dipandu pergi.

                            ***
Ruang tamu yang lawa itu dilihat dengan penuh kegembiraan. "Wahh, lawa siot design dia!" puji Nurfa tanpa sedar.

Aiman melangkah ke arah Nurfa lalu tersenyum. "Tu lah, aku rasa la kan, perempuan yang lawa, kena pandai interior design macam ni. Baru lelaki terpikat."

Dahi Nurfa ditunjal selamba. Nurfa yang masih blur memandang jejaka itu dengan geram.

"Suka hati kau je nak tunjal dahi aku yang lawa ni! Kalau luka tadi aku saman kau."

Kaki dijengketkan sedikit. Aiman yang sedar akan keadaan itu memandang dengan senyuman.

"Jangan tinggi sangat, kau nampak lagi comel bila tinggi kau setengah ketinggian aku je."

Langkah terus diaturkan pergi. Bilik Riz dituju dengan selamba. Sedangkan tuan badan tidak jejak lagi ke bilik itu.

Nurfa yang masih memerah muka cuba untuk menyembunyikan wajahnya. Isya yang perasan akan wajah kawannya itu mula mendekati Nurfa.

Senyuman nakal terbit dibibir. "Alololo, kenapa merah - merah ni, malu eh. Jap aku panggil dia balik suruh tarik malu kau. HAHAHHAH"

Muka puas ditayangkan Isya. Nurfa memandang gadis itu dengan geram. "Astagfirullah tak baik. Mana ada aku blushing!!"

"Tipu, Fa tipu. Kau blushing kan. Ha, nak sorok apa lagi?"

"Eee mana ada!"

"Ad-"

Tiba - tiba sahaja wajah Iman menerpa ke arah gadis itu. Kini, wajah mereka seinci jauhnya.

"Now, you are blushing. Not her." mata miliknya mengamati segenap wajah si gadis dengan senyuman. Pandangan dialihkan kearah mata.

"Sometimes, aku pun rasa macam, kau ni lawa rupanya. Tapi sebab kau garang, tu yang aku takut. But now, aku tahu apa yang buat kau lemah."

Wajah diangkat, satu senyuman nakal diberikan sebelum beredar. Isya yang terpaku mula memerah muka. Nurfa memandang Isya lalu tersenyum.

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now