TBR ||BAB 22:

4.1K 282 7
                                    

Kesejukkan bumi London itu membuatkan dirinya bagaikan dibelai. Dibelai dengan kerinduan yang menggunung.

Dia ingin merasa perasaan sayang yang lama. Tapi jika takdirnya ditulis untuk merasa perasaan itu hanya sekejap, dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Matanya dipejam serapat yang mungkin. "Riz, I miss you. Really miss you. I miss to be around you."

Air matanya jatuh. Perasaan rindu terhadap orang yang dia sayang. Memang tidak mampu untuk dibendung lagi. Setiap malam dia menangis. Terkenangkan orang yang dia sayang.

Hakikatnya? Adakah orang itu juga merindui dia bagaimana dia merindukan orang itu?

"Ya Allah, kau kuatkan lah hati ini. Kau kuatkan lah jodoh antara kami. Kau panjangkanlah rasa sayang ini. Kau lindungilah dia bagaimana dia bersama ku. Jauhilah dia dari sebarang penyakit, Ya Allah. Aku mohon, tabahkanlah hatinya. Jagakan lah dia untuk ku. Buat selamanya. "

Air mata diseka lembut. Hatinya sakit. Menjauh demi yang tersayang. Menjauh kerana itu pilihannya untuk bahagia kan si dia.

"Aku sayang kau, Lisa Mikayla. Ingat ni, walau apa pun terjadi. Aku akan selalu ingat kau. Aku akan selalu mencintai kau. Walaupun kita jauh."

Lisa memandang suara itu. Bayangkan yang perlahan - lahan muncul itu dipandang sayu.

"Riz?"

Air matanya jatuh. Tidak mampu untuk dia menahan. Ingin sahaja dia menyentuh wajah jejaka itu.

"Kenapa?"

Air matanya ditahan dari jatuh. "Kenapa kau dera perasaan aku macam ni? Kenapa kau dera hati aku? Kau tahu tak, hati aku rindu kau, rindu sehingga separuh mati. Perasaan aku bukannya mainan."

Riz memandang gadis itu sayu. "Maafkan aku, aku bukan yang terbaik. Aku bukan lelaki yang mampu membahagiakan kau seumur hidup. Aku hancurkan perasaan antara kita. I'm sorry."

Lisa memejamkan matanya. Tidak mampu menghadapi situasi itu. Baru sahaja ingin membuka mata, bayangkan itu beransur hilang.

"Riz?"

Air matanya jatuh. Teresak - esak dia menangis bagaikan anak kecil. "Riz, kau pergi. Lagi sekali, Riz!!"

Gema yang ada melantun diantara gunung itu didengar dengan sayu. Matanya berair kembali.

"Kenapa kau uji aku macam ni, Ya Allah! Aku tak kuat, tak kuat untuk hadap ujian yang berat ini. Aku tak mampu untuk bertabah!"

"Kau kuat babe, kuat untuk hadap. Walau hati berat merindui dia, tapi ingat, yang Allah dah aturkan sebaik mungkin takdir untuk kau dan dia. Sekarang kau hanya perlu percaya. Tu je!"

"Macam mana? Macam mana aku nak percaya kalau hati ni dah rabak? Dah sakit? Macam mana aku nak bertahan? Hati aku hancur? Perasaan aku semakin tipis untuk dia."

"Kenapa kau harus tipiskan perasaan kau terhadap dia sedangkan hati kau tak cakap pun macam tu?"

"Sebab dia sakiti aku, dia lebih kan orang lain! Hati aku dah tak mampu nak bertahan. Hati aku dah tersakiti. Dia tak ikhlas mencintai aku."

Aina memandang gadis itu dengan geram. Wajah gadis itu dipandang tajam.

"Kalau kau rasa perasaan kau dah tipis, kenapa, kenapa kau simpan gelang yang dia hadiah kan kau?! Kenapa waktu kau tidur kau peluk gambar dia?! Kenapa?!"

"Sebab.."

"Sebab apa, bagitahu aku Lisa Mikayla!"

"Sebab aku tak kuat. Aku tak kuat untuk melupakan dia!"

Aina mendengus geram. "Kalau kau rasa, yang dia tak sayang kan kau, buang dia, buang dia dari segala kotak memori. Buang dia dari hati kau!"

"Aku tak boleh, aku tak boleh! Aku pun lemah, lemah mencintai dia. Penat, aku penat!"

"Sebab tu, aku nak kau hanya menyukai dan bukan mencintai. Sebab nanti hati kau sakit, sakit yang tak menentu. Allah pun tak suka hambanya sakit. Sakit kerana cinta. Ingat pesan aku, hanya kau yang mampu memulihkan atau dia. Itu ketentuan hati dan perasaan kau. "

Air mata gadis itu diseka lembut. "Aku tak nak kau sakit. Cukup segala derita yang kau dapat. Hanya kerana rasa cinta, kau terasa perit. Cukup, aku tak suka. "

Tangan Lisa diraih lembut. Taman bunga dituju. "Here, dekat sini tempat aku lepaskan rasa sedih, marah dan benci terhadap orang. Cukup hanya gunung - ganang yang mendengar, dan haiwan yang mendalam. "

Lisa mengamati setiap pemandangan yang indah itu. Nafas ditarik dalam. Melepaskan setiap masalah.

Hati dia cuba untuk dikentalkan. "Wahai hati, kau kuatkan lah dirimu. Janganlah kau tersakiti." Monolognya sendiri.

Aina yang ada dibelakang dipandang dengan senyuman. "Thanks babe,   sebab always ada dengan aku."

Aina membalas senyuman itu berserta pelukkan. "My pleasure babe."

.
.
.
.
.

To be continued

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now