"Eh, sayang ya Allah jangan bergerak sangat. Susah nanti. Awak tu mengandung!"
Aiman segera berlari mendapatkan Nurfa. Gadis itu yang sedang membawa dulang dipenuhi air melihat pelik.
"Apa baby ni, tahu lah sayang baru je keluar hospital. Tapi tak perlu lah sampai cemas begini."
Aiman memandang isterinya dengan kerutan di dahi. "Aloo sayang ni, baby nak care pun salah."
Nurfa tersenyum. "Yelah encik suami, sana sikit saya nak letak air ni." Si jejaka mula beralih sedikit dari meja. Iman mendekati Isya dan mula memeluk gadis itu dari belakang.
"Emmm, I miss you." Isya yang agak terkejut itu memandang ke belakang. Leher suaminya di rangkul lembut.
"Tak malu eh, depan orang?" Iman tersenyum malu. "Sikit. Takpe adik ipar saya juga."
Isya menepuk dada bidang Iman perlahan. "Mengada. Ni kalau Haydar ada, auto kena ceramah."
Iman tersenyum. Haydar? Si kecil itu sekarang berada dirumah ibu dan ayah Iman.
Bak kata si kecil, dia mahu duduk disitu. Rindu katanya, terakhir mereka berjumpa semasa perkahwinan Iman dan Isya.
"Ahh rindunya dengan si kecil tu." rungut Aina pula. Rayyan yang baru sahaja tiba mengambil tempat di sebelah si gadis.
"Kalau awak rindu, saya lagi rindu."
Aina menepuk jejaka itu dengan kuat. "Menggatal 24 jam. " Rayyan menggosok bahunya yang ditumbuk tadi. Keningnya mengukirkan kerutan di dahi.
Lisa yang baru hadir bersama biskut ditangan mula mencebik. "Haih bestnya ada suami."
Mereka mengalihkan pandangan kearah si gadis. Termasuk Riz. Kening jejaka itu mula terangkat sebelah.
"Tulah kau, aku suruh kahwin awal tak nak."
Lisa memandang Isya. Muncung itik dikeluarkan. "Bukan tak nak, tapi itulah nasib. Encik tunang sibuk dengan kerja mafia dia."
Rungut Lisa. Anak mata dilirik kan ke arah Riz yang sedang menghirup coffee.
"Uhuk!!" Rayyan menggosok belakang badan si jejaka. Kesian sehingga tersedak gadis itu buat.
"Dah, aku lagi? Ha, yelah. Semua salah aku. Nanti tak bayar bil air, aku. Tak bayar bil elektrik aku."
Pasrah sahaja bunyi bait - bait perkataan yang dikeluarkan oleh si jejaka. Iman memandang ke arah Riz dan tersenyum. Rayyan dan Aiman? Mereka telah meletuskan gelak tawa yang agak besar.
Riz memandang tajam kearah mereka. Mimik muka mereka diikuti. Lisa memandang lagi. "Dah tu, awak pagi pergi start enjin kereta, jalan ke gudang. Balik pula tengah malam. Bilanya ada masa nak fitting baju kahwin? Kalau macam tu kahwin jelah dengan gudang tu."
Langkah terus diaturkan. Ingin merajuk. Sentiasa tidak ada masa untuk dirinya mahupun bersama Haydar sekalipun.
Riz mengerutkan dahinya. Iman memandang pemergian Lisa dengan senyuman.
Rayyan dan yang lain mula memandang jejaka itu pelik. "Kesian aku tengok Lisa ni. Dapat tunang yang mereng."
Riz yang agak tersentak itu memandang kearah Iman dengan jelingan. Tanda tidak berpuas hati.
Rayyan dan Aiman memandang antara satu sama lain. "Ha betul lah tu. Lepas kena hentak, auto gila."
Aiman memandang Rayyan. "And kepala otak ingat nak kerja je." Pernyataan Rayyan disambung Aiman selamba. Isya, Nurfa dan Aina memandang jejaka - jejaka itu dengan senyuman.
"Macam - macam." balas ketiga - tiga gadis itu dengan serentak. Riz yang diusik itu mula memandang tajam. "Balik - balik gudang salah. Dah tu, nak buat apa?"
Mereka yang lain mula menepuk dahi serentak. "Soalan kau betul bodoh." selamba sahaja Iman berkata.
"Kalau macam tu, tak payah kahwin! Duda je sampai tua!" Jelas kedengaran bunyi jeritan si gadis dari hujung rumah. Pandangan mereka dialihkan kearah bunyi itu.
Riz meraup wajahnya kasar. "Apa lah nasib dapat tunang yang emosi tak dapat control."
Matanya memandang si gadis yang sedang duduk di buaian keseorangan. Masih didalam kemarahan.
Iman mendekati Riz dengan senyuman. "Dia macam ni bro, kalau kau nak sesuatu kau kena korbankan masa kau sikit. Untuk benda tu."
Riz memandang Iman. "Kalau aku dah buat, tapi tak dapat raih juga, macam mana?"
Kini, Rayyan pula mendekati si jejaka. Nafas pendek dihalakan. "Kau busy, aku busy, Iman busy, Aiman pun busy. Tapi kita orang dapat cari masa untuk bersama yang tersayang. Kalau kita orang boleh, kau pasti boleh."
Matanya memandang tepat kearah anak mata jejaka itu. Riz meraup wajahnya kasar.
"Sumpah aku tak ada masa langsung nak layan kerenah budak dia. Banyak kerja kat gudang yang kena settle, haih."
Isya memandang jejaka itu yang telah duduk di hadapannya. "Then let her go."
Riz memandang terus ke arah Isya. Air yang terkeluar dari mulut dilap segera.Nurfa memandang Isya. Jari gadis itu digenggam. Matanya menikam Riz yang ada dihadapan. Aiman dan Iman mendapatkan tempat disebelah isteri masing - masing.
"Aku pun tak ada masa nak dengar alasan bodoh kau. Kau cakap kau sayang dia. Tapi dengan cara kau yang macam ni, Lis rasa dia disayangi ke? Dulu, waktu Aiman buat hal, kau beria kata macam - macam. Tapi sekarang tengok, kau yang tak tunjuk effort tu."
Riz memandang Nurfa. Kata - kata si gadis itu begitu menusuk ke dalam hati. Aiman memandang isterinya. Senyuman terukir.
"It savage baby. "
"I know. "
Mereka berdua saling bertukar senyuman. Riz merenung coffee yang ada di hadapan nya.
"Kalau macam tu, putus tunang." Selamba sahaja si jejaka berkata. Aina yang sedang menghirup air teh itu agak
tersedak.Rayyan menepuk - nepuk kepala si gadis. Supaya hilang sedikit rasa tersedak itu.
"Haah, putus lah, sebab kau pun tak ada masa untuk Haydar juga kan? So lepaskan lah semua."
Iman mula menambah apa yang dibicarakan oleh Nurfa. Riz meraupnya kasar.
"Then, Haydar. Hantar rumah anak yatim. Susah?" Mata mereka agak membuntang. Mendengar apa yang baru sahaja di sebut oleh Riz.
Kepala Riz di tunjal geram. "Bodoh ke?!"
Riz memandang Nurfa tajam. "Dah kau kata kau penat tengok kita orang. Asyik gaduh and aku pula tak ada masa nak melayan. So that is the conclusion."Isya memandang Riz dengan geram. Keningnya diangkat sebelah. Aina merenung Riz.
"Ye aku tahu kau mafia. Full kerja dekat gudang, dekat mansion semua. Tapi bukan kau seorang, Isya. Bakal tentera. Protect negara. Iman? Dia private investigator lagi. Banyak hal - hal sulit yang dia kena siasat. Aiman, Rayyan, Fa, aku and Lis sekalipun. Kita orang semua busy. Tapi.. "
Riz memandang Aina. "Tapi?"
Aina tersenyum. "Tapi, kau kena tahu kita orang boleh cari masa untuk bersama dengan yang tersayang. Kenapa kau tak boleh?"
Riz mengeluh. Asyik mendengar nasihat yang sama berulang kali. Matanya di pejamkan seketika.
"Putus tunang and Haydar letak dekat rumah anak yatim. "
Mendatar sahaja si jejaka berkata. Tanpa sebarang riaksi. Mereka sudah penat dengan perangai dia seorang.
Belum ditambahkan lagi dengan Lisa Mikayla. The Queen Of Keras Kepala.
- continues to part 2-
![](https://img.wattpad.com/cover/279168989-288-k601570.jpg)
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
AcciónMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...