TBR ||BAB 37:

3.2K 258 15
                                    

"Siapa yang izinkan awak untuk sentuh barang ni?"

Lisa hanya tersenyum. Tidak mampu untuk berkata apa-apa. Wajah gerun jejaka itu membuatkan dia terdiam seribu bahasa.

"And siapa bagi kebenaran untuk awak punggah barang saya?" Kaki melangkah satu demi satu ke arah gadis itu. Jelas wajahnya yang agak kemerahan menahan amarah.

"Kotak tu nampak suspicious, orang ambil lah. Lagipun orang nak tanya sayang pasal kotak tu, sayang always busy."

Riz mendekati Lisa lagi. Tangannya diletakkan didinding. Kini, si gadis terperangkap antara lengan sasa si jejaka dan dinding.

Lisa menepuk perlahan pipi si jejaka. Dan dada bidang Riz ditepuk dan disapu bagaikan membersihkan habuk.

"Dah tu, tak reti nak ingat dalam kepala otak sayang, yang tu privacy orang?"

Bibir dijuirkan ke hadapan. Iman dan yang lain masih memandang situasi di antara Lisa dan Riz.

Mereka tahu, yang Riz paling tidak suka mana-mana orang menyentuh barangannya. Lagi - lagi barang yang yang hanya orang tertentu sahaja dapat.

"Sorry lah, orang tak sengaja." Riz mengejek percakapan dan senyuman Lisa.

"Sorry lah, orang tak sengaja, senang je sayang kata kan? Senjata ni kalau dapat dekat musuh, habis!"

Lisa memandang kebawah. Sungguh dia tidak pernah nampak jejaka itu marah sebegini.

"Sayang.."

"Hmm?"

"I'm sorry.."

Riz masih merenung tajam ke dalam anak mata Lisa.

"Sayang.."

"Apa?!"

Lisa menelan air liur. Ketakutan melanda diri.

"Sorry.."

"Hmmm."

"Sayang.."

Riz meraup wajahnya kasar. Penat mendengar..

"Apa, kenapa?!"

"Orang minta maa-"

"Arhhh!"

Langkah Riz diaturkan pergi. Lisa yang agak terkilan itu memandang semua. Iman menggelengkan kepalanya. Mereka tidak dapat membantu.

Senjata yang sudah dipilih diletakkan di tempat yang sesuai. Begitu juga mereka yang lain.

Langkah terus diaturkan pergi. Lisa yang masih tiada senjata memandang pemergian mereka.

Riz menghidupkan enjin dan mula memandu pergi. "Eh Riz, Lisa?!" serentak sahaja mereka berkata.

Wajah beku jejaka itu menakutkan mereka untuk bersuara. Lisa yang agak terkilan ditinggalkan. Ingin sahaja dia menangis.

Bayangan kereta itu hilang diliputi asap begitu sahaja. Senjata dipilih dengan teliti. Kunci keretanya diambil.

Salah dia juga, mengusik barangan jejaka itu sudah cukup melanggar privacynya.

Enjin kereta dihidupkan, dan dia mula memandu pergi. Dalam sekelip mata, bayangan keretanya hilang dibalik asap.

                           * * *

"Arghhh, sakitlah gila!" Mendengar sahaja jeritan itu membuatkan jejaka itu tersenyum sinis. Perut gadis itu ditumbuk lagi dan lagi. Sehingga menjadi lemah. Bagi jejaka itu, jika gugur tiada masalah. Yang pasti, dia bahagia.

"Bodoh Aniq!!" Masih tersenyum. Melihat kesakitan orang lain, itu adalah kekuatannya. Senyuman physco terukir.

"Help, help me, HAHHAHAHAHAH. Bodoh, tak ada siapa yang datang selamatkan kau! Tak akan ad-"

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now