"Mia, boleh saya tahu siapa papa kepada Haydar?" Mia memandang gadis itu dengan senyuman. Dahinya yang agak berkerut kelihatan.
"I'm not sure Lisa, tapi Rayyan tahu. Sebab dia yang suruh patient tu jumpa saya."
Lisa memandang Mia dengan kerutan. "Kalau macam tu, saya pergi cari Rayyan sekejap. Boleh awak sediakan file maklumat untuk Haydar?"
"Boleh!"
"Okey then, thanks!"
Lisa terus melangkah pergi. Dedaun pintu bilik ditolak lembut. Kaki terus melangkah untuk mencari kelibat Rayyan.
"Ouh Mia, nama penuh Haydar apa?" Mia yang baru sahaja ingin menyelesaikan tugasnya itu memandang Lisa.
"Tak silap saya nama dia Tengku Haydar Asytar Abdullah.."
Lisa mengerutkan dahinya. Senyuman diukirkan buat si gadis. Kaki mula melangkah pergi.
"O-okey. Thanks."
"Sama - sama."
Langkah Lisa terus diaturkan untuk mencari kelibat Rayyan. Pemikirannya sekarang bercelaru. Hatinya tidak sedap memikirkan tentang Haydar.
***
"So, Riz macam mana Haydar? Doktor Mia kan yang merawat Haydar?"Riz memandang jejaka itu dengan senyuman tipis. "Lisa Mikayla." Laju sahaja nama gadis itu meluncur keluar dari mulut si jejaka. Iman dan yang lain memandang Riz.
Mereka tahu yang jejaka itu hanya berpura-pura. Sedangkan didalam hati merana.
Rayyan mendekati Haydar. Badan Haydar disentuh lembut. "So, dah turun dah suhu badannya. Nanti akan ada nurse datang untuk check keadaan Haydar."
Riz memegang tangan Rayyan dengan wajah yang agak sayu. "Lisa Mikayla, bila dia balik?" Rayyan yang terasa dilema antara ingin memberitahu atau ingin merahsiakan.
"Saya tak b-boleh mungkir janji. Maafkan saya." Riz menggenggam lengan Rayyan dengan kuat. Urat dileher jelas kelihatan.
"Lisa Mikayla, bila dia balik sini?!" Rayyan ditenung tajam. Sehingga membuatkan jejaka itu tidak senang untuk duduk.
"S-saya memang tak boleh beritahu yang L-"
"Suka hati aku nak bagi tahu atau tidak. Kau tak perlu untuk memaksa orang lain dan tanya bila aku balik!" Mata gadis itu tajam menikam anak mata Riz. Iman, Aiman, Nurfa dan Isya memandang gadis itu dengan terkejut.
Dia bukanlah gadis yang sama. Dia berubah. "Kenapa, kenapa kau perlu rahsiakan yang kau dah balik? Kenapa? Sebab kitaorang dah tak penting?!"
Rayyan yang digenggam kuat itu semakin sakit apabila Riz tidak melepaskan cengkaman.
"Lisa Mikayla, jawab aku!"
Lisa memandang Riz dengan tajam. Nafasnya mula naik dan turun. "Lepaskan Rayyan."
Mendatar sahaja gadis itu bersuara. Riz berdiri dan melangkah kearah gadis itu.
Anak mata Lisa dipandang. Tidak mampu untuk memarahi. Kerana dia cukup merindui untuk menatap wajah gadis itu."Did you know, how I miss all the moment?"
"Only world can know how hurt I am. Know how I have to survive alone. Aku penat Riz, penat. I'm done to fall in love again. Now, lepaskan Rayyan."
Tangan Rayyan ditarik dari genggaman Riz. Nurfa mendekati Riz. Anak matanya sayu memandang Lisa.
"Kenapa kau berubah? Kenapa kau tinggalkan aku dengan Isya? "
Lisa memandang Nurfa dan yang lain. "Aku minta maaf, tapi buat masa sekarang aku nak sendiri. Aku tak perlukan sesiapa pun dalam hidup aku."
Nurfa memandang Lisa seakan tidak percaya. Gadis itu membuang tittle kawan baik begitu sahaja. Isya melangkah kearah Lisa.
Pang!!
"Puas hati kau? Puas ke aku tanya? Puas hati kau sebab kau dah buang aku dengan Fa? Puas kau buat kita orang merana selama 2 tahun?!"
Lisa memandang Isya. Wajahnya yang agak kemerahan menahan amarah dipandang mereka.
"Puas, puas sebab punca aku keluar dari rumah adalah sebab dia. Kalau kau ada dekat tempat aku pun, kau akan buat benda yang sama, Ica."
Kini pandangan mereka berubah sayu. Rayyan yang ada disebelah memandang Lisa.
Lengan baju Lisa ditarik untuk keluar. Sempat Rayyan menoleh kearah Riz dan yang lain.
"Stop hurting her. Stop make her like a person who didn't have a feeling. Stop make she feel like a stupid person. I really beggin you."
Langkah terus diaturkan pergi bersama Lisa. Riz memandang Iman. Air matanya jatuh.
Hatinya didera dengan perasaan sakit. Kenapa dia dibenci? Iman memeluk jejaka itu dengan lembut.
"Buat masa ni, kau jaga perasaan kau je. Jangan fikir pasal dia. Sebab aku takut, kau yang tak terurus dan bukan dia."
"Aku setuju dengan Iman. Hati kau pun perlu dirawat dan dijaga. Buat masa ni, lupakan dia."
Isya mendekati Riz dengan senyuman sayu. "Bukan kau je yang kehilangan dia, tapi aku dengan Nurfa pun kehilangan dia. Kehilangan kawan yang dari kecik hidup bersama. Hati kita orang lagi sedih, sanggup dia gadaikan nilai seorang kawan."
Riz memandang Haydar yang masih belum sedar. "I'm sorry, daddy terpaksa kata yang harapan kita untuk mama kembali adalah tipis. I'm sorry sebab daddy tak hargai mama waktu mama ada dulu. Semua sebab tindakan daddy yang bodoh."
Isya memandang Riz. "Lupakan dia, buat sementara waktu. Lupakan dia kerana hati kau juga sakit. Lupakan dia. Kerana kau tidak mampu untuk memiliki dia kembali."
Isya memandang Iman. Buat sekian lama air matanya jatuh. Menitis. "Dia balik, tapi bukan seperti Lisa Mikayla yang dulu. Dia balik sebagai Lisa Mikayla yang baru."
Nurfa memandang Aiman dan yang lain. Penglihatannya semakin kabur. Lengan sasa Aiman digenggam kuat.
Pandangan yang kabur itu semakin lama semakin kelam. Sayup - sayup mendengar suara jeritan si suami.
"Sayang bangun! Ya Allah, sayang kenapa ni?!" Suara yang sayup itu bertukar senyap. Sehingga tiada bunyi yang didengari.
Nurfa di gendong lembut oleh Aiman. Jururawat yang ada di sekitar dipanggil.
"Panggilkan doktor! Cepat!"
.
.
.
.
To be continued
![](https://img.wattpad.com/cover/279168989-288-k601570.jpg)
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
AcciónMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...