TBR ||BAB 13:

4.5K 371 37
                                    

"Maafkan Riz papa, maafkan Riz mama. Riz gagal, gagal untuk pertahankan hak Riz. Kalau mama papa ada, mesti mama papa menyesal sebab ada Riz, mama papa menyesal sebab terlahirnya anak yang macam ni. I'm sorry, I had tried my best to protect my self, but I'm so weak. I'm sorry. I fai-"

"Tak, anak mama tak gagal, anak mama kuat. Kuat hadap segalanya. Riz adalah anak yang terbaik mama papa pernah ada. Sebab tu mama bangga untuk panggil Riz sebagai anak mama. "

Bayangan seorang wanita didalam lingkungan 50-an duduk dihadapan Riz dengan senyuman.

"Ma-ma?"

Wajah wanita itu ditenung sedalam yang mungkin. "Ma-ma ke tu?"

Kepalanya dibelai lembut. Riz menahan air matanya dari jatuh.

"Ye sayang, ni mama. Kenapa menangis? Bukan ke anak mama kuat? Bukan ke anak mama adalah lelaki yang terbaik didunia? Kenapa boleh jadi lemah ni?"

"Riz minta maaf kalau Riz ni menyusahkan mama. Riz minta maaf sebab Riz punca mama papa pergi, sehingga Raisya pun tinggalkan Riz. Riz memang malang. I'm sorry, andai kata betul kata Mak Usu yang kahwin dengan orang luar adalah bala, Riz akan setuju..."

Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin."Untuk kahwin dengan anak dia."

Wanita itu memandang Riz dengan senyuman sayu. "Riz ada pilihan hati Riz kan?"

Riz memandang wajah mamanya dengan mata yang kuyu. "Emm.."

"Kalau macam tu, kenapa tak pilih pilihan hati sendiri? Kenapa perlu ikut pilihan orang lain? Belum tentu itu mampu membuat anak mama ni bahagia. Faham?"

"Tapi-"

Wajah anaknya disentuh. "Tapi?"

"Tapi, Riz tak nak orang yang Riz sayang ditimpa bala pula."

Wanita itu tersenyum.

"Tak, andai kata takdir dia untuk meninggal didalam kemalangan, maka jadilah ia. Jangan sesekali pertikaikan apa yang Allah S. W. T dah aturkan untuk takdir kita."

Pipi anaknya dipegang lembut. "Kalau dah jodoh, maka ia akan berhasil, faham sayang?"

Ya, dia gagal menahan air matanya dari jatuh, dia tidak mampu bertahan lagi. Dia lemah dihadapan mamanya.

Air mata diseka oleh wanita itu dengan lembut. "Shhh, jangan menangis. Go inside, ask yourself. Who you need to choose, and why? Ask yourself."

Baru sahaja dia ingin mengangkat wajahnya, bayangan mamanya hilang dibawa angin.

"Mama?!"

"Mama?!"

Keliling halaman dilihat. Bayangan mamanya hilang. Iman dan Aiman yang baru sahaja muncul memandang Riz dengan pelik.

"Why dude?"

"Kau okey tak ni?"

Riz memandang wajah kedua jejaka itu dengan cemas. "Ma-ma, mama aku mana?"

"Mama?"

"Riz kau okey tak ni?"

Wajah Riz yang cemas itu dipandang. Hati tidak sedap melihat jejaka itu sebegini.

"Riz, apa kata kau masuk dulu. Rehat? Kau tak rehat kan dari pagi tadi?"

Riz merenung Iman sedalam yang mungkin. Kemudian beralih kepada Aiman.

"Betul apa yang Iman cakap tu, kau tak rehat lagi kan. Jom kita masuk, kita rehat. Nanti aku suruh si budak roti tu buatkan air. Okey?"

"Okey."

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now