TBR ||BAB 46:

3.2K 238 43
                                    

Pusara anaknya ditenung sayu. Matanya kini kabur dilimpangi air mata yang bertakung. Matanya terarah kepada ibu saudara Riz yang hadir dan juga kawan-kawannya.

"I'm sorry, mama tak dapat protect anak mama dengan sebaiknya. Mama salah sebab tak bagi the full attention to you. I'm really sorry."

Nurfa memeluk gadis itu dengan erat. Tangisannya juga hampir pecah. Isya segera mendapatkan Lisa dan Nurfa bersama Aina disisi.

"Shhh Lis, jangan menangis. Kalau kau fikir menangis ni boleh buat Haydar bangun balik, tak. Haydar tak tenang tengok kau menangis dekat sini." Air bunga mawar itu disiram dengan lemah. Air matanya ditahan dari jatuh.

Gadis itu dipeluk seerat yang mungkin. Buat masa ini, mereka tidak boleh membiarkan gadis ini sendiri. Takut dia mengalami tekanan perasaan. Dan mereka takut dia membuat benda yang luar dari jangkaan.

Nek Imah memandang Riz dengan pandangan yang kosong. Langsung tiada senyuman yang meniti di bibir orang tua itu.

"Puas ke Riz? Nenek dah kata yang orang luar ni bawa bala. Boleh berbuih mulut kami ni nasihatkan kamu! Dulu waktu kamu dengan Airine, takde benda ni semua terjadi. Elok je aman je!" Riz meraup wajahnya kasar. Penat mendengar keluhan neneknya itu.

"Nenek please, it's not the right time to discuss about this. Lagipun ni tanah perkuburan islam. Hormat lah sikit nenek."

"Perempuan sial tu tak sesuai untuk keluarga kita! Perempuan sial tu bawa malang! Tengok sekarang, anak sendiri yang mati gara-gara bala yang dia bawa!!"

Riz memejamkan matanya. Sudahlah kehilangan anaknya ditambahkan lagi dengan bebelan percuma dari neneknya itu.

"Riz tahu apa yang Riz buat. Nenek siapa untuk tentukan hidup Riz? And nenek dengar sini."

Nafasnya ditarik dalam. Matanya menikam anak mata Nek Imah. "Perempuan sial yang nenek kata tu ialah isteri Riz!! Dah ajal Haydar untuk pergi dulu kita nak buat macam mana? Dengar sini nenek, kalau apa - apa yang jadi dekat Lisa, Riz tak teragak - agak untuk patahkan tulang belakang nenek!!"

Nek Imah yang agak tersentak itu memandang tajam. Cucunya itu sudah pandai untuk melawan kata dan meninggikan suara kepadanya.

"Isya, bawa Lisa balik rumah!!" Isya memandang Riz dengan keliru. "Sekarang? "

"Ye!" Langkah terus diaturkan dengan segera. Lisa dipimpin dengan erat. Nurfa dan Aina hanya membontoti langkah mereka berdua.

Iman memegang bahu Riz dengan lembut. Matanya memandang dalam anak mata jejaka itu.

"Shall we?" Soalan itu hanya dibalas dengan anggukan. Tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut jejaka itu.

Sebelum melangkah, sempat dia memandang Nek Imah yang masih berdiri kaku.

"Nenek ingat ni, walau apa pun yang terjadi. She is my wife and forever be my wife! Tiada siapa yang boleh pisahkan Riz dengan dia, ingat tu. And.."

Kakinya melangkah ke arah Nek Imah. Senyuman sinis terukir. Keningnya diangkat sebelah.

"Sesiapa yang sentuh isteri Riz tanpa pengetahuan Riz, ajal dia akan tamat dekat situ juga. Remember that. Riz masih hormat nenek sebagai keluarga Riz, tapi sekali sampai satu tahap nenek atau sesiapa pun melebih, Riz akan pastikan orang tu merana."

Iman memandang Aiman dan Rayyan serentak. Kepalanya digelengkan. Nampaknya jejaka itu sudah hilang sabar.

Riz melangkah dengan wajah kosong. Satu senyuman pun tidak terukir di bibir jejaka itu.

Isya sempat memandang pusara Haydar buat kali yang terakhir. "Nanti ibu Ica bawa mama lagi ye sayang. Tunggu kehadiran kami tau."

Perlahan sahaja dia berbicara. Dia tidak mahu semua orang terganggu dengan suaranya.

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now