Pinggan disusun dengan rapi. Matanya masih merenung keluar tingkap. Isya yang ada disebelah memandang gadis itu pelik.
"Kau okey babe?" soal Isya dengan lembut. Bahu Lisa dipegang erat. Nurfa mula mendekati mereka berdua dengan senyuman.
"Kau risau?" soal Nurfa pula. Lisa memandang kedua gadis itu dengan senyuman.
"Aku risau yang aku bakal membahayakan semua orang."
Sayu sahaja gadis itu berbicara. Isya memeluk gadis itu supaya tenang. Nurfa juga melakukan perkara yang sama.
"Habis tu, kau nak buat apa?"
Lisa memandang Isya dengan senyuman. "Bawa diri?"
Nurfa menepuk bahu gadis itu dengan kuat. "Kepala kau. Kau nak bawa diri pergi mana?!"
Lisa memegang tempat yang dipukul. "Arwah papa dulu ada rumah dekat London, aku stay sana je lah. Lagipun aku ada kawan dekat sana. So, tak adalah susah nanti."
Isya memegang pipi Lisa. Wajah gadis itu dipusingkan bagai anak patung.
"Kau okey ke tak? Sampai nak bawa diri. Gila?!"
Lisa melepaskan genggaman Isya dengan lembut. "Dari nyawa semua orang bahaya?"
Isya dan Nurfa hanya mampu diam terpaku. Tidak mampu berkata apa - apa.
"Lisa Mikayla!!" hentaman pintu itu membuatkan tiga orang gadis terkejut.
Bukan sahaja mereka, seisi rumah juga. Airine yang berada bersama Im memandang dari belakang.
"Riz sabar Riz!"
Riz melepaskan genggaman tangan Iman dan meluru ke arah gadis itu. Pandangan tajam diberikan.
Tangan gadis itu digenggam kuat. Isya dan Nurfa yang agak terkejut cuba untuk melepaskan jejaka itu tetapi gagal.
"Apa kau ni?!"
Riz merenung wajah gadis itu sedalam yang mungkin. Genggaman semakin kuat.
"Kau tipu aku. Aku ingat kau baik tahu tak?"
"Tak, kau ni kenapa?!" suara Lisa naik seoktaf.
Genggaman Riz semakin kuat. Nek Imah tidak mampu berbuat apa - apa. Airine yang berada dibelakang tersenyum sinis. Im? Lagi gembira.
"Kau tipu aku, selama ni aku ingat kau ni baik. Tapi, kau tipu aku. Hey dengar sini, kenapa kau sanggup nak cederakan Airine?!"
Lisa yang agak terkejut akibat dituduh memandang Riz pelik.
"Agak - agak lah kau nak tuduh pun, bila masa aku cederakan dia? Mulut kau biar berlapik sikit eh."
Matanya menikam Airine tajam. Iman yang ada bersama Aiman berlari ke arah Isya dan Nurfa.
"Riz, kau yakin ke? Kau yakin yang Lisa ni cederakan Airine. Aku tengok dekat tangan dia tak ada satu luka pun!"
Riz mengalihkan pandangannya ke arah Iman. Aiman yang berada disebelah cuba untuk melindungi Nurfa. Takut Riz mengamuk sahaja.
Sama juga dengan Iman, cuba untuk melindungi Isya. Airine yang terdengar namanya disebut, terus turun lalu menunjukkan tangannya.
"Riz, sakit. Saya tak tahan!" lengan baju diselak bagi menampakkan luka tiruan itu. Riz memegang tangan Airine dengan lembut. Kini amarahnya naik.
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
AksiMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...