TBR || BAB 17 :

4K 311 41
                                    

"Sampai hati awak Riz!! Saya baik dengan awak, awak ambil kesempatan!"

"Masalahnya aku tak buat!"

Gadis itu terus meluru ke arah Nek Imah. Mereka yang lain masih tidak tahu apa yang berlaku.

"Riz, cuba jujur, betul ke Riz sentuh Airine?"

Riz memandang neneknya dengan sayu. "Riz tak akan sentuh anak dara orang sesuka hati Riz! Riz masih respect diorang. Kalau Riz nak sentuh, Riz tahu apa yang harus Riz lakukan."

Airine memandang Riz dengan air mata. "Awak sentuh saya! Malam tadi, awak mamai awak sentuh saya waktu awak ambil barang dalam bilik saya!"

Riz mencapai pasu disebelah dan membalingnya ke lantai. Mereka yang lain agak terkejut dengan reaksi jejaka itu.

"Riz masih tahu hukum halal dan haram! Riz tahu hukum menyentuh anak dara orang yang belum sah untuk Riz adalah haram! Nenek please, percaya Riz!"

Nek Imah memandang Airine dengan sayu. Jelas mata gadis itu berkaca.

"A-Airine beritahu nenek, apa yang jadi."

Iman segera mendapatkan Riz bersama Aiman. Mereka memandang Riz dengan sayu.

Betul atau tidak? Itu mereka tidak pasti. Airine menyelak lengan bajunya, dan menunjukkan lengannya yang lebam.

Riz memandang Airine terkejut. Bukan dia sahaja, tetapi seisi rumah.

"R- Riz pukul Airine sebab Airine marah dia sentuh diri Airine. Lepastu dia ambil buku tebal dia pukul dekat tangan Airine."

Teresak - esak gadis itu menangis. Riz memandang Airine dengan pandangan yang tidak percaya.

"Please, cuba kau bagi tahu benda betul. Jangan buat aku macam ni. Tolonglah." Isya dan Nurfa memandang pergelangan Airine dengan teliti.

Nurfa memandang wajah Airine. "Kenapa tangan kau berkilat?" soal Nurfa polos.

Airine segera menarik tangannya. "Saya kutip eyeshadow saya yang dah pecah tadi." Nurfa memandang Aiman pelik. Yakin ke eyeshadow dia pecah?

Nek Imah memandang Airine. "Airine cerita dekat nenek, apa terjadi malam semalam." Tangan gadis itu di tarik dan mereka duduk di sofa.

Flashback mode : online

"Nah, air saya buatkan untuk awak. Penat sangat awak saya tengok."

Secawan kopi diberikan kepada Riz. Jejaka itu mengambil tanpa sebarang keraguan.

"Thanks."

Airine memandang Riz dengan senyuman sinis. Sikit sahaja lagi dan plan dia akan berjaya.

"Kenapa kau tak duduk?"

"Ouh, okey."

Airine duduk berhadapan dengan Riz bersama satu senyuman. Senyuman penuh makna.

"Kau.. Umph, kau apa khabar.. Umph.., sepanjang dekat UK?"

Airine memandang Riz dengan sinis. "Saya okey je dekat UK, tapi diri ni rindu dekat Malaysia."

Mata Riz menjadi kabur. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Kepalanya terasa berat.

Riz memandang Airine dengan lemah. "Kenapa aku rasa berat ni?"

Airine kini bangun dan mengambil posisi di sebelah Riz. Wajah risau dia berikan.

"Huh, awak pening? Kalau macam tu saya bawa awak pergi bilik awak. Jom."

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now