TBR ||BAB 1 :

16K 682 33
                                    

Keadaan yang huru hara itu menyukarkan lagi pandangannya untuk melihat.

"Move,move and move!!" setiap orang yang lalu disebelahnya atau yang menghalang laluannya ditolak ketepi untuk melihat pandangan yang riuh itu.

"I said mov-"

Bang!!

Anak matanya sedikit bergegar apabila bunyi tembakan itu dilepaskan. Kini, dia duduk didalam keadaan yang agak ketakutan.

"B-bunyi tembakan t-tu, s-someone h-help m-me!" Kaki ditarik untuk dipeluk. Keadaan tersebut membuatkan dia takut untuk meneruskan.

Tanpa didalam keadaan sedar, tangannya ditarik oleh seseorang lalu dipeluk ke dalam dada bidang milik seseorang.

"Shh, kau selamat. Kenapa kau lari pergi sini?Bukan aku dah pindah kan semua orang pergi tempat yang selamat?Aryan, come here and bring this girl to the safe place!"

Orang suruhannya dipanggil dengan wajah yang agak serious. Sekelip mata sahaja gadis itu berpindah ke dalam tangan yang lain.

"Sir, macam mana kalau perempuan ni tahu rahsia kita? "

Persoalan itu membuat dirinya diam seketika. Ada betulnya juga, jika gadis ini adalah wartawan, habis rancangan dia selama ini.

"Suntik dia dengan ubat tidur, lepastu letak kan dia dekat depan pintu hospital. Tinggalkan dia dekat situ, jangan sampai kantoi."Langkah terus diaturkan pergi dengan wajah yang tiada senyuman.

Krak!

Bunyi sesuatu yang patah dipijak itu dilihat olehnya. Satu tag nama yang cantik ditilik.

'LM'

Nama yang ada disitu dibaca, satu senyuman sinis terukir.

"Maybe tag ni dari si kecil tadi. Dalam keadaan takut dia terlepas. Who's know?" soalnya sendiri lalu menyambung perjalanannya yang tertunggak tadi.

Tag nama itu disimpan kemas didalam jacket kulitnya."I will give it to her, when I see her again."

Jelas sahaja ayat itu meluncur keluar. Pintu kereta dibuka dan kini bayangnya mula hilang sikit demi sedikit.

                               ***

" Lis, Lis buka mata. Lis, dengar tak apa yang aku cakap ni. Lis, open your eyes."

Sayup-sayup sahaja suara itu menyinggah ke dalam telinga miliknya.

Mata dibuka dengan perlahan, pandangan semakin jelas. Keadaan sekeliling dilihat dengan lemah.

"Lis, kau dah bangun. Ica, panggil doktor!"

Isya memandang gadis itu lalu tersenyum. Kaki mula melangkah dengan laju ke arah kaunter pertanyaan.

Bukk!

Punggungnya terhentak ke atas lantai bersama - sama buku yang bersepah. Punggungnya di gosok perlahan. Wajah jejaka itu ditenung tajam.

"Lain kali pandanglah depan, bukannya jalan pandang phone!"Jejaka itu memandang Isya lalu tersenyum sayu.

"M-maafkan saya, s-saya tak ada niat pun nak langgar awak. Saya tergesa-gesa sebab ada kecemasan tadi."

Isya memandang jejaka itu lalu memandang tag nama yang terpasang di baju.

"Aiddan Iman?"Jejaka itu memandang seraya namanya disebut.

"Ye, Aiddan Iman nama saya."

Satu senyuman manis diukirkan oleh si jejaka.Isya memandang Iman lalu tersenyum sinis.

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now