Mata dibuka perlahan. Perasaan gemuruh kini menyelebungi diri. Terasa seakan nafas ingin sesak.
Wajah Haji Aziq dipandang dengan mata yang tidak berkedip. Dahinya yang berpeluh diseka segera.
"Tengku Aiddan Iman." Iman memandang dengan senyuman gemuruh. Air liur diteguk perlahan. Matanya di pejam dan dibuka semula.
"Ye saya." Haji Aziq tersenyum. Nafas ditarik dalam.
"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Isya Danisya binti Haji Aziq dengan mas kahwinnya, RM 5000 tunai!"
Iman memandang Isya yang berada diatas pelamin. Nafas ditarik dalam. "Aku terima nikahnya, Isya Danisya binti Haji Aziq dengan mas kahwinnya, RM 5000 tunai!"
Haji Aziq memandang Iman dengan senyuman. Saksi disebelah kanan dipandang.
"Sah?"
Matanya ingin berkaca tetapi ditahan dahulu. Tidak disangka, anak perempuannya bakal menjadi isteri orang.
"Sah!" Satu senyuman terukir. Saksi di sebelah kiri pula dipandang. "Sah?"
"Sah!" Kedua telapak tangan diangkat. Doa dibaca. Tanda kesyukuran kerana majlis pernikahan tersebut berjalan lancar.
Iman memandang Haji Aziq dengan senyuman. Haji Aziq merapatkan wajahnya.
"Jaga anak ayah betul - betul. Tanggungjawab untuk menjaga dia sekarang ada pada kamu."
Iman tersenyum. "Saya janji ayah. Dan saya tak akan kecewakan ayah."
Isya yang ada diatas pelamin ditenung gembira. "Izinkan saya?" Haji Aziq tersenyum. "Ha yelah!"
Langkah terus diaturkan. Wajah Isya ditenung nakal. Sempat dia mengamati wajah yang manis itu.
"Assalamualaikum cik isteri." Isya memandang Iman yang berada dihadapannya sekarang.
"Waalaikumsalam encik suami." Jelas kelihatan telinga jejaka itu kini kemerahan. "Boleh saya minta izin untuk sarungkan cincin nikah kita ke jari awak?"
Isya tersenyum malu. Darah mula menyerbu muka. "Boleh."
Cincin nikah itu disarungkan dengan lembut. Dahi didekatkan sedikit dan dicium perlahan. Terasa hangat hembusan nafas Iman didahi si gadis.
Isya mencapai tangan suaminya dan mencium. Iman memandang Isya dengan senyuman.
"Wahh, kita dah halal!" Isya menepuk bahu si jejaka. "Eish, macam budak - budak lah dia ni!"
Iman hanya ketawa melihat Isya. Jelas kemerahan wajah si gadis. Lisa yang bersama Haydar mula mendekati pasangan dua sejoli itu. Diikuti bersama mereka yang lain.
"Ibu Ica dan kahwin! Nanti Haydar nak kawan yang ramai tau!" Isya membulatkan matanya. Pipi Haydar di gomol lembut.
"Amboi, ingat ibu Ica ni mesin ke?!" Iman yang berada disebelah mula tergelak. Diikuti yang lain.
Haydar tersenyum. Dia mula berlari ke tengah dewan hotel. Lisa memandang si kecil dengan risau.
"Haydar, jangan lari sayang! Ya Allah, nanti jatuh sayang!" Lisa berlari mendapatkan Haydar. Takut si kecil itu hilang. Riz mengikuti dari belakang.
Tangan gadis itu ditarik. Lisa memandang Riz dengan kerutan. "Kenapa tahan? Haydar hilang nanti."
Riz merenung anak mata si gadis. Senyuman terukir. Lengan si gadis dilepaskan.
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
حركة (أكشن)MAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...