TBR ||BAB 26: AFTER 2 YEARS

4.5K 278 31
                                    

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT (KLIA)

Dua orang gadis yang sedang duduk menunggu memandang antara satu sama lain. Satu senyuman mula terukir.

"Akhirnya, kau nak balik juga dekat Malaysia kan? Aku ingat kau tak nak balik, lepas pujuk, baru nak balik!"

Gadis itu memandang kawannya yang lincah membebel. "But, now aku dah balik kan? Siap bawa kau lagi! Betul tak cik Aina?"

Aina memandang gadis itu geram. Kalau dimarah, ada sahaja yang ingin dia jawab.

"Kau kan Lis, suka sangat buat aku marah, kau tahu tak? Ni, kau dah bagi tahu yang lain belum yang kau dah balik?"

Lisa memandang Aina dengan sengihan. "Emmm, tak perlu kot. Sebab aku nak rest dulu mind aku. Then, pandai - pandai lah aku urus!"

Aina memandang Lisa sayu. Gelenggang kepala diberikan kepada gadis itu. "Kenapa kau tak nak bagi tahu? Ni kita nak tinggal dekat mana? Kau tahu tak kalau kita duduk sini lama - lama, kita boleh kena culik tahu tak? Macam mana? Kau na-"

"Shhh, penculik pun boleh takut nak culik kau tahu tak?"

Aina mengangkat kening sebelah kanannya. "Asal pula?!"

"Sebab, penculik tu pun tak sanggup nak dengar bebelan kau for 24 hours, you know?!" Dahi Aina ditunjal geram. Membebel sahaja kerja gadis ini.

"Eleh kau kata jela, yang kau rindu aku kalau aku tak ada kan?!"

"Siapa rindu ka-"

"Lisa?"

Mata mereka berdua kini terarah kepada seorang jejaka yang kini berdiri dihadapan mereka bersama satu garis senyuman.

"Lisa Mikayla kan? Doktor untuk hospital Prince Court?" soal jejaka itu lagi. Lisa memandang dengan teliti.

"Ahhh, doktor Rayyan? Doktor pembantu saya kan?" soal Lisa curiga.

Rayyan mendekati Lisa dengan senyuman. Tinggi disamakan diantara mereka.

"Ye saya!"

Lisa tersenyum. "Okey Rayyan, meet my friend, Aina. Aina this is Rayyan, pembantu aku nanti."

Aina memandang Rayyan. Mata mereka bertaut seketika. Wajah Aina yang agak kemerahan diusik Rayyan.

"Lisa, sian kawan awak tu. Muka dah merah. Panas eh?"

Aina yang mendapati dirinya diusik memandang Rayyan tajam. "Bukan panas tapi geram!"

Bahu Rayyan dilanggar kasar. Walaupun dia tahu yang tingginya tidak setaraf dengan Rayyan.

Lisa yang berada di tengah - tengah pergaduhan memandang mereka berdua dengan gelenggang.

"Sudah. Rayyan, dah cari rumah sewa untuk kami?"

"Ouh dah. Lisa, nak pergi sekarang atau nanti? Perabot dalam rumah tu semua dah ada. Tinggal nak pindah masuk je."

Lisa memandang Aina yang memasam muka apabila diusik Rayyan sebentar tadi.

"Pindah sekarang lah. Sebab kita orang penat, so pindah masuk hari ni juga. And saya nak pergi ke hospital sekejap. Aina kau nak ikut or stay rumah?"

Aina memandang Lisa dengan senyuman tipis. "Aku duduk rumah lah, nak masak untuk kau lagi. Kau kalau tak makan auto macam orang nak mati muka!"

Lisa memandang gadis itu dengan tajam. "Kau perli aku ke ni?"

"Ha ye kot!" Rayyan memandang Aina dengan senyuman.

"Cute." lancar sahaja perkataan itu keluar dari mulut si jejaka. Tapi tidak dapat didengari oleh gadis itu.

Lisa mengambil luggage nya dan berjalan ke arah kereta Rayyan. Tempat duduk belakang diambil.

Rayyan mendekati Lisa dengan curiga. "Kenapa awak tak duduk depan?"

"For your information, saya dengar awak cakap aina cute tadi. Jangan tipu saya, and one more thing, saja supaya awak dapat date dengan Aina." selamba sahaja gadis itu membalas.

Rayyan mendekatkan wajahnya ke arah wajah Lisa. "Awak yakin?"

Lisa memandang mata Rayyan dengan tajam. "This is me, always confidence. You know that?"

Rayyan menghembuskan nafas panjang. "Yes, you win. Fine, enough. Urggh!"

Pintu kereta dibuka untuk Lisa. Gadis itu ditolak lembut ke dalam. Pandangannya memandang Lisa menikam.

"You win!"

Lisa tersenyum kemenangan. "Yes, always win!"

Aina yang memandang mereka berdua bergaduh mula mencelah. "Dah sudah gaduh? Ke nak sambung lagi? Aku boleh je bawa penonton tengok show korang gaduh. Nak?"

Lisa dan Rayyan memandang Aina dengan tajam. Rayyan mendekatkan wajahnya ke wajah Aina. Aroma bau wangian jejaka itu menusuk ke dalam hidung Aina.

"Kau nak aku angkat kau baru kau nak senyap and masuk dalam kereta? Nak?"

Aina yang agak terkejut itu memandang Rayyan dengan tajam. "Eeee, tak nak kawan kau!"

Dada bidang Rayyan ditumbuk kasar. Tapi sayangnya, tangan diri sendiri yang sakit.

Rayyan memandang si gadis dengan senyuman. "Tahu takut."

"Siapa takut?"

"Kau takut!"

"Tak, kau lah!"

"Kau."

"Kau!"

Lisa yang menunggu dari tadi mula beralih ke arah seat pemandu. Hon di bunyikan, enjin dihidupkan.

"Kau nak masuk atau kau nak kena tinggal."

Aina memandang Lisa dengan tajam. "Fine!"

"Hahahhaha, kena marah!" Senyuman mengejek diberikan oleh jejaka itu. "Same to you, Rayyan!"

Rayyan yang agak tersedak itu memandang keretanya. Satu senyuman tipis terukir. "Saya datang!"

Langkah terus dilajukan. Aina memandang Rayyan dengan senyuman. Tanpa dia sedar Lisa memandang senyuman itu.

"One day jangan tanya kenapa kau pula yang naik pelamin. Haih, love at the first sight is real."

"Kau cakap dengan aku?"

"Eh tak ada lah, aku cakap dengan tingkap kereta ni. Aku cakap dengan dia, nanti kahwin ajak aku."

Aina memandang pelik. "Huh? Kau gila ke? Kereta mana boleh kahwin?"

Rayyan yang baru sahaja duduk diseat belakang memandang mereka berdua dengan pelik.

"Dah tu, aku cakap dengan kaulah! Kau expect aku cakap dengan siapa."

"Eleh, panggil lah lain kali."

"Mana kau nak dengar kalau mata sibuk tengok orang tu."

"Siapa tu?"

"Lelaki tu."

"Siapa?"

Soalan serentak dari Rayyan dan Aina. Lisa memandang mereka berdua dengan terkejut.

"Eee dah lah!"

Gear dimasukkan, kereta yang dipandu bergerak laju ke hadapan. Rayyan yang ada di belakang bagaikan manusia yang bakal kehilangan nyawa.

Aina? Dia sudah biasa. Gadis ini memang tidak dapat dikawal jika dia yang memandu kereta.

Jangan ditanya jika dia yang melanggar kereta orang lain, orang lain yang membayar duit kepada dia.

Sesiapa pun pasti gerun untuk menaiki kereta bersama Lisa Mikayla. Jalan akan diberikan kepada dia. Hanya dia.

.
.
.
.
To be continued

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now