"Isya.." rengekan itu membuatkan si gadis tersentak. Kaki yang baru sahaja ingin melangkah kini kembali ke tempat asal.
Tangan si gadis dicapai. "Kenapa sayang."
Lisa memandang Isya dengan mata yang menahan tangisan. "Jangan pergi.."
Isya menggenggam erat tangan si gadis. "Kenapa ni?"
"A-aku tak nak kau pergi."
Isya mengeluh. "Aku kena pergi. Arahan pihak atasan, sayang."
Lisa merenung dalam anak mata si gadis. "Kenapa, tak ada orang lain ke kena pergi? Kenapa harus kau?! Kenapa!!"
Pipi si gadis diusap lembut. "Tanggungjawab aku sebagai pelindung negara."
"T-Tapi nanti kau tak akan kembali."
Isya tersenyum kelat. Ini yang membuatkan dia lemah. Rengekkan seakan budak kecil.
"Tak, aku akan balik. Aku janji. Lagipun aku bukan turun medan perang. Aku hanya melatih."
"And kau akan tercedera. Sama macam dulu." mata mula berkaca. Wajah Isya ditenung.
"Tak, aku tak akan. Jangan risau, okay?"
"Aku nak ikut."
"Tak boleh, bahaya sayang."
"Aku nak ikut kau!! Supaya aku dapat lindung kau!!"
"Lis, dengar cakap aku. Ramai lagi orang yang perlukan kau dekat sini. Haydar, Riz, Fa and Aina perlukan kau. Kau tak boleh ikut."
"A-aku nak ikut!! Aku nak protect kau!! Kau jangan lah pergi."
Rengekan kecil itu mula bertukar menjadi serious. Lisa mula meracau. Seperti orang gila. Dan seperti kanak - kanak kehilangan ibunya.
"Lis bahaya. Kau tak boleh ikut. Duduk sini!"
"Aku nak ikut lah!!"
Nurfa mendekati Lisa. Pipi si gadis disentuh lembut. "Lis, Isya ada tanggungjawab, kita terpaksa relakan dia pergi. Dia akan selamat."
Wajah Nurfa di pandang sekilas. "Fa, Isya nak tinggalkan kita. Isya nak pergi macam dulu. I-Isya nak pergi, dia tak akan balik.."
Nurfa memeluk si gadis. Erat. "Shhh, ica balik. Dia akan balik. Dia tak pergi lama pun, dua minggu je."
Kepala Lisa diusap perlahan. "Tak nak aku nak ikut Isya!! Aku tak nak jauh dengan Isya!! Tolonglah!"
Nurfa ditolak lembut. Nasib sahaja Aiman sempat menyambut. "Baby okay?"
Nurfa merenung suaminya itu. "I'm okay."
Riz mendekati Lisa. Gadis itu ditarik ke dada bidangnya. Kepala si gadis di usap lembut bagi menenangkannya.
"Lisa, dia pergi sekejap je. Janganlah macam ni. Nanti berat hati Isya nak tinggalkan kau. Eish, kata sanggup buat apa je untuk Isya. Kenapa tak nak lepaskan Isya?"
"Nanti Isya tak kembali. Nanti Isya pergi sampai bila - bila. Isya akan tinggalkan saya. Isya akan pergi.."
Isya mendekati Lisa. "Tak, aku akan balik. Datang tengok kau. Aku akan call kau selalu, okay?"
Aina memegang bahu Isya. "She is crying like a little kid. She is crying and don't let you go."
Isya menghela kan nafas yang panjang. Penat. Hatinya berat untuk pergi.
Iman mendekati Isya. Gadis itu diangkat supaya berdiri. "Lis, kalau kau susah untuk lepaskan dia pergi, aku yang sebagai suami apatah lagi. Menjauh dari isteri selama 2 minggu adalah sukar."
Lisa merenung Iman. "She will get hurt there. Isya akan sakit. Siapa nak rawat dia?! Aku nak ikut!! B-bagi aku kemas barang eh?"
Langkah baru sahaja ingin diaturkan, mula terhenti. "No, kau tak boleh ikut Lisa Mikayla. Kau kena stay sini sayang. Jaga yang lain."
Lisa memusing kan badannya. "K-kau tipu, aku boleh ikut kan?! Aku kemas barang sekejap je. Tak lama!"
Iman meraup wajahnya kasar. "Kau tak boleh ikut! Kalau kau macam ni, dia akan jadi serba salah!! Hati dia tak tenteram Lis!"
Lis terduduk. Dia tidak mahu lepaskan Isya pergi. Dia tidak mahu Isya pergi.
"Aku nak ikut tu je. Aku nak duduk dekat dengan Isya. Tu je."
Aina mendekati Lisa. "Lis, Isya kan ada tanggungjawab. Semua ada tanggungjawab. Tanggungjawab dia protect negara. Tanggungjawab kau lagi besar. Beribu nyawa kau kena selamatkan. Kau kena fikir tu juga."
Lisa merenung aina. Wajahnya di tunduk ke bawah. Rayyan mendekati Lisa.
" everybody have their responsibility. Kita sebagai doktor ada tanggungjawab juga. Okay? Let her go. "
Lisa merenung Rayyan. Matanya di pejamkan. Air matanya tidak berhenti mengalir.
"Aku tak nak Isya pergi!! Aku tak nak Isya tercedera! Please!! Let me go with her!"
Iman mendengus geram. "Lis, kalau perangai kau macam ni, serba salah bini aku nak gerak lah!! Sedar lah kau bukan budak lagi! Yang dia kena jaga 24 jam! Kena pandang muka kau 24 jam!!"
Lisa terdiam seribu bahasa. Isya ditenung. "I'm sorry, aku tahu aku menyusahkan. Aku tahu yang aku ni perangai like childish. I know, Isya semua dah fed up dengan perangai aku. Aku, pendapat aku rayuan aku tak guna dah."
Nafas panjang dia tarik. Kini, Lisa ialah pusat perhatian mereka. Termasuk Isya.
" Pergilah, kalau tu yang kau nak. Pergilah, aku relakan. Aku tahu aku bukan adik yang baik untuk kau. Kawan yang sempurna, tunang yang terbaik. Aku ni menyusahkan orang. Aku ni selalu paksa orang. Selalu buat orang annoying. Sorry, aku tahu maaf aku murah. Aku tahu yang aku ni hanya adik angkat, tak ada izin untuk meluah. Pergilah. Kalau tu yang kau nak. "
Langkah terus diaturkan ke bilik." Aku tak nak kau tinggalkan aku, macam mana ibu ayah tinggalkan aku! Aku just nak kau selamat. Tak nak sama nasib macam ibu ayah. "
Pintu bilik di hempas kuat. Hatinya rabak dan retak. Mereka hanya memerhati Lisa dari bawah.
Isya mengeluh. "Aku tolak tawaran tu. Aku tak nak dia sakit lagi."
Iman memandang isterinya. Pipi si gadis disentuh "No, sayang pergi. Jangan sibuk jaga perasaan dia! Tawaran ni sayang dah tunggu lama!"
Riz mendekati Isya. "Biarkan dia, go on with apa yang kau dah buat sekarang."
Aina dan Nurfa memeluk Isya dari kiri dan kanan. "Let her go. Kau teruskan."
"Betul aku sokong." Rayyan mendekati Iman dan memaut bahu si jejaka.
Aiman mendekati isterinya. "Biarkan Lis. Dia nak masa."
Mereka duduk di sofa bersama. Memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk Isya. Sementara Isya masih meragui ingin pergi atau tidak.
Lis menyembamkan wajahnya ke lutut. "Ayah, ibu. Isya nak pergi. Tinggalkan Lis lagi. Lis takut, dia pergi. Lis takut.."
Matanya semakin lama semakin tertutup. Penat mengalirkan air mata. Penat sangat, tidak mampu untuk berdiri lagi.
Kepala diletakkan di lantai. Mata dilelapkan. Ingin berehat walaupun hanya terbaring di atas lantai.
.
.
.
.
To be continued
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
AçãoMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...