'Mama, tengok Haydar dapat ikan!!'
'Mama, daddy tengok ni cantikkan Haydar lukis!'
'Mama, tengok ni Haydar dapat mainan!'
'Mama, handsome tak Haydar?'
'Mama, Haydar sakit kaki!'
'Mama..'
'Mama..'
'Mama, sayang Haydar kan?'
'Mama..'
'Mama..'
Satu persatu memori dia bersama si kecil terpalit diingatannya. Matanya dipejamkan serapat yang mungkin.
Dia rindu suara si kecil, dia rindu senyuman itu. Dia rindu segala - galanya."Mama?" Lisa memandang satu bayangan yang berada dihadapannya. Matanya digosok beberapa kali.
"Mama, kenapa mama menangis ni?" Lisa masih terdiam. Dia seakan tidak percaya. Kini, Haydar berada dihadapan matanya.
"Mama, Haydar ada buat salah ke? Haydar ada kecewakan mama ke?" Gadis itu masih diam terkaku dan tidak bergerak. Matanya masih tidak memandang ke tempat lain selain wajah Haydar.
"Mama, Haydar rindu mama. Haydar rindu nak gelak tawa dengan mama. Mama rindu Haydar tak?" Lisa memalingkan wajahnya. Takungan air mata itu ingin sahaja pecah tetapi dia menahan.
"Mama ni, Haydar panggil mama kan! Kenapa mama tak layan? Haydar tanya, mama rindu Haydar tak?" Lisa merenung anak mata Haydar dalam. Nafasnya tersekat - sekat akibat menangis.
"Mam- auch!!" Tangannya dihisap supaya darah terhenti. Tetapi tidak seperti yang dia anggap, darah tetap mengalir melintasi pergelangan tangannya.
"Lis?!" Lisa memandang Nurfa yang baru tiba dengan mereka yang lain. Tangannya disorokkan ke belakang.
Wajah yang tersenyum dipamerkan. Nurfa dan gadis yang lain mendekati Lisa dengan wajah yang agak risau.
"Kau okay tak ni?"
"Kau menjerit tadi sebab apa?"
"Kau ada cedera ke?" Persoalan itu membuatkan dia terkedu. Satu senyuman diukir kan untuk mereka.
"Tak ada apa. Aku okay je." Isya mengerutkan dahinya. Kerusi dihadapan Lisa ditarik dan diikuti oleh Nurfa dan Aina.
"Habis kau menjerit tadi sebab apa?" Lisa terdiam. Pandangannya dialihkan kearah mereka bertujuh.
"A-ada cicak lalu tadi. Ha tu yang aku menjerit." Nurfa memandang tepat anak mata gadis itu. Keningnya diangkat sebelah.
"Sure?"
"Yes!" Nurfa memandang dengan penuh keraguan.
"Tak tipu kan?" Lisa tersenyum melihat persoalan yang diberikan oleh mereka.
"Ye, tak. So, aku nak naik bilik. Nak ambil barang." Kaki mula mengatur pergi. Didalam hatinya sudah beribu kali meminta maaf kerana telah menipu. Mereka hanya memandang Lisa pelik. Seakan gadis itu menyorok kan sesuatu.
Riz menahan isterinya dari meneruskan langkah. Matanya menikam anak mata gadis itu.
"L-lepas lah." Riz masih terdiam. Tiada sebarang tindak balas yang di tunjukkan oleh jejaka itu.
Lisa sedaya upaya melepaskan pergelangan tangannya dari cengkaman tangan Riz.
"Awak,lepaslah."
"Kau luka."
"M-mana ada!"
"Aku nampak, sebab tu aku cakap. Kau sanggup menipu?"
"Tak de kan!"
"Yang kau tinggikan suara dekat aku kenapa?!"
"Sebab awak!" Riz terdiam. Wajahnya diraup kasar. Nafasnya mula naik dan turun dengan tidak teratur. Darah mula menyerbu muka. Mereka yang lain mula risau dengan keadaan mereka.
"Pahal sebab aku?!"
"Sebab awak kata saya punca Haydar pergi! Awak kata saya pembawa sial! Dan awak kata cinta saya pada awak tak ikhlas!" Dada jejaka itu ditolak ke belakang. Matanya berkaca. Nafasnya tidak teratur.
"Kau dengar?"
"Kenapa, awak takut?"
"Why?"
"Sebab awak cakap isteri awak sampah masyarakat. You know what, I'm enough with all this drama."
Kaki terus melangkah ke bilik. Hatinya retak seribu. Iman memandang Riz dengan gelenggan.
"Riz, please. Kita orang penat, penat tengok perangai kau asyik nak bergaduh dengan Lisa. Korang dah kahwin tahu tak. Please lah, hargai dia sekali ni je."
Iman menarik nafas yang agak panjang. Isya memeluk lengan sasa suaminya erat.
"Dia dah banyak kali bagi kau peluang, maafkan kau semua. Tapi kau janganlah buat dia macam boneka bodoh. Yang tak tahu apa - apa. Please, hargai dia."
Riz memandang ke bawah. Aiman mendekati jejaka itu dengan wajah yang tiada senyuman.
"Bro, sekali ni je. Pujuk dia, hargai dia. Kau ingat kita orang tak penat ke asyik nak nasihatkan kau dalam soal hubungan? Kita orang pun ada hubungan kita orang juga."
Nurfa menggenggam jari jemari suaminya itu. Lengan sasa itu diusap perlahan supaya jejaka itu bersabar.
"Aku penat Riz. Tengok air mata dia jatuh. Dia hilang senyuman dia lepas kehilangan Haydar. Kau buang dia dari hidup kau, tu mampu bahagia kan dia ke? Cukuplah. Aku penat, seriously aku penat." Rayyan terus mengatur kan langkah pergi. Hatinya panas melihat cara jejaka itu melayan gadis ini seperti sampah.
Aina hanya membontoti Rayyan dengan pandangan dilemparkan ke bawah. Nurfa dan Aiman mula melangkah pergi diikuti oleh Isya dan Iman.
"Fikirkan. Kami tegur bukan sebagai kawan, tetapi sebagai family." Sempat Iman menjerit sebelum bayangnya hilang.
Riz hanya dibiarkan bersendirian. Biar jejaka itu berfikir. Dimana sepatutnya dia meletakkan kesetiaan dan kasih sayangnya?
Riz meraup wajahnya kasar. Stress hidupnya. Tidak tahu mana satu ingin diselesaikan dahulu, isteri atau kerja.
.
.
.
.
To be continued
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
ActionMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...