Badan Haydar disentuh lembut. Semalam genap 1 tahun Haydar menjadi anaknya.
Dahi Haydar dicium. Janganlah ada apa-apa yang terjadi kepada si kecil ini. Iman yang baru sahaja tiba memandang Riz risau.
"Tak turun lagi panas dia?"
Riz memandang Iman dengan wajah yang agak kerisauan. "T-tak. Janganlah apa - apa jadi dekat dia. Ya Allah, jauhi lah anakku dari sebarang penyakit."
Wajah Haydar yang agak kemerahan, bibir yang sedikit pucat dan badan yang menggigil teruk dipandang sayu.
Nurfa yang baru sahaja tiba memandang mereka berdua dengan sayu. "Kita kena bawa dia pergi hospital ni. Dah teruk sangat demam dia."
Riz memandang Nurfa dengan wajah yang ingin menangis. "Suruh Aiman standby kereta. Kita bawa Haydar p-pergi hospital!"
Langkah terus laju melangkah dengan tangan sibuk mengendong Haydar. Pipi si kecil ditampar lembut supaya si kecil tidak pengsan.
"Haydar, sedar sayang. Daddy bawa Haydar pergi hospital. Haydar jangan pengsan sayang. Bangun demi daddy."
Air matanya ingin sahaja jatuh, tetapi dia sanggup tahan demi si kecil tersayang.
Aiman yang baru sahaja tiba dipandang. "Dah, enjin kereta dah siap. Jom cepat!"
Riz duduk di bahagian belakang. Nurfa memandang Riz kemudian suaminya.
"Cepat sayang." Aiman memandang Nurfa dengan senyuman. "Ye sayang. Riz dah?"
Riz memandang Aiman dengan sayu. Dia tidak mampu untuk berbicara. Hanya dibalas dengan anggukkan.
Iman dan Isya mula membontoti kereta yang dipandu Aiman. Hospital Prince Court dituju.
"Sayang sedar sayang, jangan tinggalkan daddy. Kita pergi hospital sekarang."
Pipi Haydar ditampar lembut beberapa kali. Sekejap sedar sekejap ingin pengsan si kecil itu.
* * *
"Nurse cepat panggil doktor!!" Riz yang baru sahaja tiba menjerit didalam hospital itu dan seluruh warga hospital memandangnya.
Seorang doktor lelaki melangkah kearah Riz dengan senyuman. "Eh Riz? Haydar kenapa?!"
Riz memandang doktor tersebut dengan air mata ingin jatuh. "H-Haydar demam teruk. Aku dah bagi ubat, dia makin teruk. Aku bawa dia dekat semua klinik, diorang kata demam biasa. Tahu - tahu, menggigil sampai macam ni."
Rayyan memandang Riz dengan kesian. Haydar yang berada ditangan jejaka itu dipandang. Dahi si kecil disentuh lembut.
Dahi mula berkerut." Panasnya badan dia?!"
Riz memandang Rayyan. Wajahnya jelas ingin menangis. "T-tolong selamatkan dia. Jangan jadi apa-apa dekat dia"
Iman melangkah kearah Riz bersama yang lain. "Rayyan tolong Rayyan."
Rayuan Iman itu membuatkan mereka seperti merayu untuk diselamatkan dari didera.
Rayyan memanggil jururawat yang ada berdekatan. "Panggilkan saya doktor Lisa. Sebab dia sahaja yang tahu macam mana nak handle pesakit macam ni."
Jururawat yang bernama Ainur itu memandang Rayyan dengan keluhan. "Doktor Lisa sedang busy dengan pesakit lain. Kita panggil doktor Mia, boleh?"
Rayyan memandang Ainur dengan keluhan. "Panggil je doktor Mia. Jangan ganggu doktor Lisa. Segera!"
Ainur mula melangkah dengan laju mencari kelibat doktor Mia. Riz memandang Rayyan dengan kekeliruan. "Lisa dah balik?"
Rayyan memandang Riz dan yang dengan senyuman. "Maaf, saya terpaksa pergi dahulu. Kamu semua boleh tunggu dekat sini. Sehingga doktor Mia datang."
"T-tap-"
"Saya pergi dulu."
Langkah terus laju diaturkan. Riz yang masih tergamam memandang Iman dan yang lain dengan wajah yang kepenatan.
"She is back?"
Nurfa memandang Riz sayu. " We don't know." Kerusi menunggu dituju oleh mereka. Riz memandang Haydar yang separuh sedar itu.
"Kalau dia dah balik, kenapa tak nak bagi tahu kita?"
Isya memandang Nurfa dengan wajah yang sukar di tafsir. "Aku pun tak tahu."
Dalam beberapa minit, akhirnya Haydar dibawa oleh Doktor Mia yang bertugas.
Bilik rawatan kanak - kanak dituju. Langkah Mia dibontoti oleh mereka yang lain.
Mereka hanya dibenarkan melihat Haydar disebalik dinding kaca dan tidak dibenarkan untuk ke dalam.
"Haydar nanak!! Haydar nanak kena cuntik!! Cakit, Haydar takut!"
Meronta - ronta anak kecil itu takut untuk disuntik. Mia yang tidak mampu untuk mengawal situasi itu ingin memarahi si kecil. Tetapi dia harus bersabar.
Dedaun pintu ditolak lembut dari luar. Seorang doktor perempuan memasuki bilik pemeriksaan itu dengan sebaris senyuman.
Mia memandang gadis itu dengan keluhan. "Doktor Lis, this kid is so aggressive. Dia tak nak kena suntik."
Keluhan itu membuatkan Lisa tersenyum. "Namanya budak, kalau kita pandai ambil hati dia. Dia akan dengar cakap kita. Bagi saya jarum suntik tu."
Langkah diaturkan kepada Haydar. Senyuman diberikan. Riz memandang Lisa. Hatinya meronta kesedihan. Gadis kesayangannya sudah kembali.
Begitu juga dengan Isya dan Nurfa. Gadis yang ditunggu - tunggu kini sudah balik ke Malaysia. Setelah dua tahun tiada di sisi mereka.
Haydar didekati Lisa dengan senyuman. "Hey sweetie. What is your name?"
Soalnya lembut. Haydar memandang Lisa dengan perasaan takut. "H-Haydar."
Wajah si kecil dipandang dengan lembut. Rambut dibelai perlahan. "Haydar kenapa datang hospital? Sakit ye?"
Haydar memandang Lisa. Tiada lagi rontaan seperti dia bersama doktor Mia.
"Daddy kata Haydar demam. Kena suntik dengan doktor. Tapi Haydar takut!"
Lisa mendekatkan wajahnya kearah Haydar. "Tak perlu takut. Kakak dekat sini. Boleh kakak suntik Haydar?"
Haydar merenung ke dalam anak mata Lisa. "Perlahan?"
Soalan itu membuatkan Lisa tersenyum. "Ye sayang, perlahan. Pandang mata kakak, jangan alihkan ke tempat lain."
Jarum suntik diambil dan Haydar disuntik perlahan. Haydar memandang ke dalam mata Lisa. Tangan Lisa digenggam.
Riz? Hanya mampu melihat di sebalik dinding kaca. "Your mama is back, daddy miss her. Daddy really miss her. Over 2 years."
Iman dan yang lain hanya memandang Riz dengan sayu. Kesian pun ada. Pelbagai persoalan berada di pemikiran mereka.
Mengapa Lisa tidak beri tahu mereka yang dia sudah balik? Kenapa? Adakah mereka tidak penting lagi?
.
.
.
.
To be continued
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
ActionMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...