TBR ||BAB 14:

4.3K 343 29
                                    

"Kau dah tahu diorang semua dekat mana?" soal seorang jejaka dengan mendatar.

"Sudah boss, diorang berada di kampung Aur, Terengganu."

"Kampung Aur? Kenapa jauh sangat merantau?"

Soalan itu membuatkan anak buahnya tidak dapat menjawab apa - apa.

"Aku tanya kenapa?"

"S-sebab, salah seorang pesakit dia baru lepas meninggal dunia."

Satu senyuman sinus terukir. "Ahh I see. Afiq, standby barang - barang, kita pergi kampung Aur."

"Sekarang?"

Jelas mata jejaka itu menikam wajah anak buahnya.

"Sekarang lah!!"

"B-baik!"

Langkah terus diaturkan dengan segera. Satu senyuman sinis terukir.

"Isya, Lisa and Nurfa. Heh, kau ingat kau boleh lari?"

Tongkat yang ada ditangan digenggam kuat. Dendam yang lama bakal terbalas.

Gudang lama itu kini dipenuhi dengan gelak tawa yang agak menyeramkan.

* * *

"Riz, nenek nak cakap something ni." Nek Iman menarik kerusi disebelah Riz dan diduduk. Aiman dan Iman yang baru tiba juga duduk di hadapan Riz.

"Apa dia?" kaca mata dibetulkan. Buku yang ada di hadapan ditutup.

"Airine balik hari ni kan?" soal Nek Imah dengan ragu - ragu. Cermin mata dibuka lalu diletakkan ke atas meja.

Nafas berat dihembus. Wajahnya bertukar serious.

"Kenapa?"

Aiman yang terasa akan kedinginan Riz itu cuba untuk memandang
kearah lain.

Iman yang berada disebelah juga bagaikan tikus yang ternampak singa .

"Nenek tanya je. Riz tak jemput dia dekat Airport ke?"

Riz memandang Nek Imah dengan tajam. "She is my past, kenapa nenek perlu ungkit?"

Meja dihentakkan. Habis air tertumpah. Aiman yang agak terkejut itu memandang Riz dengan lemah.

"Riz, nenek kau tu. Hormat sikit." suara Aiman menegur Riz dengan mendatar.

Riz mengalihkan pandangannya ke arah Aiman. Lalu mengalihkan kembali kepada Nek Imah.

"Riz minta maaf nenek. Riz tak ada niat nak tinggi kan suara. Tapi, Riz tak nak nenek ke siapa pun cakap pasal masa lampau Riz. Kena hormat Riz juga."

Nek Imah memandang Riz dengan lemah dan sayu. Dia tahu cucunya tidak suka diungkit pasal kisah silamnya.

Jari jemari cucunya dipegang erat. "Nenek minta maaf ye. "

Riz bangun dari duduknya dan mula memeluk Nek Imah dengan lembut.

"Nenek je yang Riz ada sekarang ni. Riz tak nak kehilangan nenek pula. Sebab tu, Riz cuba untuk tak tinggikan suara dekat nenek. Maafkan Riz."

Iman memandang Aiman dengan sayu. "Aku rindu nenek aku." ingin sahaja air matanya jatuh.

Aiman memandang Iman dengan sayu juga."Aku pun sama.. "

Mereka mula memeluk antara satu sama lain. Riz dan Nek Imah memandang kedua jejaka itu dengan pelik.

"Dah kenapa kamu berdua?"

Soalan mengejut Nek Imah membuatkan Iman dan Aiman melepaskan pelukan.

"T-tak ada apa." balas Iman gagap. Suaranya cuba dibetulkan semula. Aiman yang ada disebelah memandang Iman lalu meletuskan tawanya yang ditahan.

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now