Baju dibetulkan, tali leher diikat kemas. Kot hitam itu diambil dan diletakkan ditangan sasanya.
Jam rolex dipakai dengan segera. Ya, dia sudah terlambat untuk pergi ke hospital. Langkah laju sahaja diaturkan.
Aiman memandang jejaka itu dengan senyuman. "Tu lah kau, aku suruh tidur awal semalam. Kau kata apa, aku tak kisah. Aku boleh bangun awal. Tengok sekarang, kau yang lambat kan kita." dengan wajah yang tidak bersalah dia berkata.
Iman yang baru keluar dari bahagian dapur hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat telatah dua orang kawannya itu.
"Dah la, macam budak - budak. Sekarang ni, dua - dua buat kita lambat. Jom sekarang"
Langkah Iman terus dibontoti oleh Riz dan Aiman. Itu pun sambil bertolak antara satu sama lain.
"Ish, sanalah jalan aku!"
"Kau yang masuk jalan aku!"
"Kau lah!"
"Kau lah bongok!"
"Kau la gila!"
"Siapa lahir dulu aku ke kau?"
"Kenapa jadi isu pula siapa lahir dulu?"
"Kau kena lah dengar cakap aku!"
"Aku lah!"
"Aku la bodoh!"
"Ni jalan aku punya!"
"Aku!!"
Iman memusingkan tubuhnya dengan jelingan."Stop it, macam budak - budak. Sekarang kau buat barisan macam budak darjah satu tu."
Riz dan Aiman mula berbaris seperti yang di arahkan.
"Jalan, kau keluar dari barisan. Aku bantai sorang - sorang dengan tali pinggang aku. Kau nak ke?"
Wajah Iman ditenung sedalam yang mungkin."Garangnya, takut babe." bebel Riz lalu memandang Aiman yang ada di hadapannya.
"Ye babe, garang."Langkah diaturkan dengan teratur. Iman yang ada di hadapan hanya mampu tersenyum kecil melihat dua orang kawannya itu.
Sekejap baik, sekejap gaduh. Dia sendiri pun boleh pening melayan.
***
"Isya, cepat sikit siap tu!" jeritan dari bahagian bawah membuatkan Isya terburu- buru.
"Ye sikit lagi, kejap aku nak betulkan awning aku!" awning tudung itu sudah berapa kali dilipat. Tapi sayangnya, tidak menjadi dan dibiarkan sahaja.
Langkah terus diaturkan dengan segera. Beg yang ada di tangan dibetulkan. Wajah diukirkan dengan senyuman yang manis.
"I'm done! " jerit Isya tapi dibalas dengan pandangan tajam oleh Nurfa.
"Sekarang ni, kita dah lambat nak pergi hospital tahu tak?Kau ni kenapa, tu lah kau, tengok drama sampai pukul berapa pagi lagi. Kan dah bangun lambat."
Isya memandang Nurfa yang membebel bagaikan orang gila."Sekarang ni, kau yang lambat kan kita. Dah jom!"
Laju langkah diaturkan. Kunci kereta diambil dan bayangan kereta mulai hilang dibalik asap.
****
Mata tajam menikam melihat kereta yang mengambil parking miliknya. Dia yang nampak dahulu, kereta lain yang masuk.
"Oi, tak ada adab ke. Parking tu aku kut yang nampak dulu!" tengking Isya dengan wajah yang agak kemerahan menahan marah.
Pintu kereta dibuka, renungan tajam diberikan."Kitaorang yang nampak dulu, dari jauh lagi!"
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
AcciónMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...