TBR ||BAB 9:

4.6K 370 10
                                    

Bilik wad itu di masuk dengan kadar yang segera. Dua orang jejaka mula memandang antara satu sama lain.

"Iman, ni semua salah aku. Kalau aku tak tuduh dia pembunuh semua, benda ni tak akan terjadi. Dia tak akan keluar dengan perasaan marah. Ya Allah Aiman, kau ni memang suka bawa bala lah!"

Iman memandang Aiman dengan satu garisan senyuman yang agak sayu.

"Kalau dah takdir dia untuk accident, kita pun tak mampu nak elak. Kita punya takdir dah tertulis apa yang akan jadi dan apa yang akan kita dapat. Jika yang maha berkuasa menulis takdir bahawa dia akan cedera dengan situation accident, ia akan terjadi."

Aiman memandang Iman dengan satu raut wajah yang sedikit sayu. "Tak Iman, semua salah aku. Kalau aku tak kata yang dia tu punca family dia pergi, benda ni semua tak akan jadi!"

Iman memaut bahu Aiman dengan senyuman yang dipaksa untuk mengukir.

"Kalau kau rasa kau salah, apa tah lagi aku. Aku ni, biar kan kau orang bergaduh, tak tolong. Hanya melihat. Aiman, ingat, suratan takdir yang telah ditulis kan untuk Riz, kita kena terima dia seadanya. Tak kira lah dia hilang ingatan ke lumpuh ke, kita sebagai kawan kena ada dengan dia. "

Aiman dipeluk erat oleh Iman. Ia membuatkan Aiman terasa nyaman sebentar.

Langkah terus didekati ke katil Riz. Wajah Riz ditenung dengan air mata yang bertakung. Dia cuba untuk menahan perit itu. Tapi dia lemah. Dengan keadaan kawannya yang sebegitu.

Tangan Riz disentuh lembut. Senyuman paksa diukirkan jejaka itu.

"Riz, aku nak minta maaf. Aku salah, aku tak patut buat kau macam ni. Aku ni bawa bala, kalau Emily tak datang rumah kita hari tu, kau tak akan jadi macam ni." rintihan demi rintihan jejaka itu berikan.

Iman memandang Aiman lalu tersenyum bangga. Ya, dia bangga dengan sahabatnya yang seorang ini. Dia lebih mementingkan keselamatan orang lain berbanding keselamatannya sendiri.

"Aiman, aku rasa kan jom lah kita pergi. Riz mesti nak rehat, betul tak?"

Aiman memandang Iman dengan senyuman. "Betul lah cakap kau. Riz nak rehat, kesian dia."

Langkah terus diaturkan ke luar wad. Seorang jururawat segera menghampiri mereka dengan wajah yang agak sukar untuk ditafsir.

Buku log yang ada ditangan dibuka dengan keadaan yang sedikit tidak terurus.

"Awak Encik Aisy Rizqy? Wakil keluarga untuk cik Aisy Raisya?" soal jururawat itu dengan curiga.

Iman memandang Aiman lalu mengalihkan pandangannya ke arah jururawat itu semula.

"Abang dia ada dekat dalam, masih belum sedar kan diri. Kami wakil untuk Raisya, kenapa ye?"

Jururawat itu memandang wajah Aiman lalu mengeluh. "Kami terpaksa memberi tahu encik hal ini. Pihak hospital telah mengesahkan bahawa, cik Aisy Raisya telah meninggalkan kita buat selama - lamanya. Maafkan kami, kami sudah cuba sedaya upaya untuk selamat kan dia."

Dada dipegang, air mata mula ingin mengalir. Tempat duduk yang ada disekitarnya dituju dengan kaki yang agak lemah.

"It's all my fault, kalau Riz sedar nanti dia tanya mana Raisya? Aku nak jawab apa? Semua salah aku. Aku bawa bala, aku tak guna, aku tak layak. Aku lagi baik mati!"

Rambutnya diramas geram. Habis kusut rambut miliknya. Pipinya ditampar kasar.

Iman yang berada disebelah juga rasa serba salah. Apa yang ingin dijawabnya apabila Riz bertanya tentang adiknya yang seorang itu. Nyawa dia telah pergi. Lagi sekali.

'R-Raisya, kat mana? A-abang Riz nak Raisya!' sayup - sayup sahaja kedengaran suara serak basah Riz memanggil gerangan si adik.

'Raisya, mana Raisya?!' jeritan sekali lagi membuatkan mereka berdua terbangun. Langkah terus diaturkan ke bilik wad tersebut.

Tangan Riz yang agak meracau itu di tahan smentara Iman memanggil doktor yang bertugas.

Seorang doktor perempuan memasuki bilik tersebut dengan segera. Iman memandang gadis itu dengan reaksi yang agak terkejut. Begitu juga Aiman.

"Nurse, bagi saya jarum, masukkan ubat tidur."

Arahan itu hanya dibalas dengan anggukan dan mula melakukan tugas. Iman memandang gadis itu dengan keadaan yang tidak berkedip.

'Is that Lisa Mikayla?' soal Iman separuh berbisik kepada Aiman. Selepas sahaja diberitahu, Aiman segera mengalihkan pandangannya ke arah doktor perempuan itu.

'Betul lah tu, eh jap aku je ke baru tahu dia doktor dekat sini?' soal Aiman.

Iman memandang Aiman dengan jelingan. 'Sah - sah la aku pun baru tahu sama. Bukan kau seorang!'

Lisa memandang dua jejaka itu dengan pandangan tiada senyuman.

"I just want to said that, dia memerlukan rehat yang banyak. Jangan sesekali pun cakap depan dia about Raisya atau dia akan mengamuk. Itu je saya nak pesan." langkah terus diaturkan keluar dengan senyuman yang manis.

Iman memandang Aiman dan Aiman memandang Riz."Now aku tahu apa yang perlu kita elak kan."

"Betul, tapi Raisya?"

.
.
.
.
To be continued

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now