Hentakan meja pool itu membuatkan semua orang terkejut. Kini, mata mereka mula terarah kepada tiga orang jejaka yang muncul disebalik asap putih.
"Kau, datang kacau tempat aku. Salah siapa? Salah kau kan. Kau tunjuk samseng kau dekat anak - anak buah aku. Kau tak tahu ke yang kau akan menempah maut kalau kau usik seorang dari anak - anak buah aku. Tahu ke tak!"
Jerkahan dari jejaka itu membuatkan para pelanggan sedikit terhinjut. Mereka kini berada di dalam keadaan yang agak ketakutan.
"Amar, kau kena tahu. Tak kira lah anak buah Riz ke, anak buah Aiman ke or anak buah aku sekali pun, sekali kau cuba untuk sentuh, mati kau babe!"
Kayu baseboll diangkat dan diletakkan diatas bahu kanannya. Kening kiri diangkat dengan wajah yang agak sinis.
Aiman melangkah setapak demi setapak ke arah jejaka itu lalu menghentakkan kayu tersebut di tengah - tengah kangkangan Amar. Amar yang sedikit terkejut itu merenung tajam.
"Kau, tak sedar yang kau cuba untuk sentuh naga, Mar. Kau ni tak takut mati ke?Kalau aku kan, aku lagi sayang nyawa tau dari merusuhkan tempat orang. Kau tak rasa macam tu ke Mar?"
Amar memandang kearah tiga jejaka itu lalu tersenyum sinis."A-aku t-tak t-takut n-nak h-hadap korang s-semua lah! Kalau setakat k-korang, celah g-gigi a-aku la-"
Bush!
Hinggapan kayu baseball itu tepat mengena ke arah pipi si jejaka. Tangannya terus menyinggah ke pipi yang baru sahaja dipukul dengan kayu baseball.
"Kau bodoh ke apa?Sakit lah setan!" Amar hanya mampu menjerit sebegitu. Ingin melawan?Bakal kembali ke rahmatullahlah dia.
Iman duduk mencangkung di hadapan jejaka itu lalu tersenyum sinis. Tangannya yang berurat menyentuh pipi jejaka itu dengan senyuman yang agak menyeramkan.
"Alololo, sakit ke Amar sayang? Sian dia eh. Tapi ni baru kena dengan Aiman je. Bukan gabung dengan aku. Lagi - lagi Riz."
Jari ditunjukkan ke arah tempat Riz berdiri tadi. Mata milik mereka mula meliar mencari kelibat Riz sehingga mata Aiman tertangkap ke arah satu kelibat yang sedang bermain pool.
" Riz, kau buat apa?"sergah Aiman dari jauh. Tapi tidak diendahkan oleh jejaka itu.
"Tengku Aisy Rizqy!" panggilan kali kedua dibuat. Tapi sayang, juga tidak diendahkan.
"Riz, pandang sini!Macam mana kau boleh main-main sedang kan orang lain serious, Aisy Rizqy!" tengkingan Iman itu akhirnya berjaya mencuri perhatian Riz.
Pandangan dilemparkan terus ke arah mereka. Di tangan masih memegang kayu snooker dengan wajah yang tidak bersalah.
"What?"
"Kita tengah serious kau main-main Riz? Kau kenapa?Tadi dalam kereta, kau paling tak relax. Sampai sini, kau sempat main pool?"
Riz memandang Iman dan Aiman silih berganti.
"Aku main salah, aku serious salah. Kau nak aku jadi apa!" marah Riz pula.
"Kau tunjuk lah effort kau nak marah. Tu pun nak kena ajar ke?" bebel Iman tanda geram.
Dari hospital tadi, Riz la orang yang paling tak relax. Sampai sini, dia bawa main pula.
"Kau nak aku serious? Let me show you." mendatar sahaja jejaka itu berbicara.
Kayu snooker itu dipegang erat. Langkah mula dibuka untuk berlari. Meja pool itu dipijak, kayu snooker itu dilayangkan tepat ke arah wajah Amar.
Amar? Selepas dipukul oleh Riz, dia telah jatuh menyembam tanah. Mereka yang lain memandang Riz dengan agak terkejut. Aiman melangkah ke arah Riz lalu menepuk bahu jejaka itu.
YOU ARE READING
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY
AcciónMAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak m...