TBR ||BAB 51:

3.8K 292 61
                                    

Sorry kalau mengarut.

Love author

"Bagi aku masa 4 minggu, untuk kau mencintai aku semula." Matanya sudah berkaca. Nafasnya menjadi tidak teratur. Hatinya sudah tidak senang duduk.

Iman memandang Rayyan dan yang lain. Wajah Lisa di tenung sayu. Janganlah gadis itu membuat keputusan yang bukan-bukan.

"Lisa, please 4 minggu. Aku janji kalau lepas 4 minggu tu juga kau tak rasa perasaan cinta tu, aku relakan kau pergi."

Lisa memandang wajah suaminya itu dengan mata yang berkaca. Hatinya membengkak.

"I'm sorry, saya terpaksa pergi. Saya dah tak kuat nak hidup macam ni. Saya.."

"Saya apa sayang?"

"Saya tak jamin yang dalam 4 minggu tu, kita akan dapat kehidupan kita yang dulu. I'm sorry."

Tangan Lisa diraih lembut. Matanya yang kabur akibat air mata yang bertakung diendahkan.

"No, j-jangan pergi. 4 minggu je, please.."
Lisa menarik tangannya perlahan. Nafas panjang di hembus. Matanya di rapatkan.

"I'm sorry, saya tak mampu lagi." Riz menunduk kebawah. Air mata jantannya jatuh. Hatinya tidak menentu.

"J-jangan pergi.." Lisa menghentikan langkahnya. Pandangannya dihalakan ke arah Riz yang sedang menangis.

Dinding yang ada di sisi menjadi tempat bertahan. Kakinya lemah. Satu badannya menjadi lemah.

"J-jangan, aku merayu.." Nafasnya yang tidak teratur cuba untuk dikawal.

"Bagi.."

"Masa 4 minggu untuk aku buat kau jatuh cinta dekat aku kembali."

Lisa memejamkan matanya. Hatinya meronta. Dia menjadi serba salah.

"I'm sorr-"

"Lis.."

Pandangan dihalakan ke arah Isya. Jelas mata gadis itu sayu memandang dirinya.
"Aku tahu, banyak silap yang Riz dah buat dekat kau. Tapi kita boleh bagi peluang kan?"

Lisa memandang mereka yang lain. Nafas ditarik sedalam yang mungkin.
"I'm sorry, dari perasaan aku terseksa. Dari aku mempersiakan peluang buat berjuta kalinya, biar aku pergi. Demi kebahagiaan dia."

Isya terkedu seketika. Matanya dialihkan ke arah Nurfa dan Aina. Aiman memandang Riz yang lemah disisi.

"Lis,kalau kau tak kesian kan Riz. Kau kesian kan kita orang." Lisa memandang Riz. Matanya di pejamkan.

"I'm sorry, this is my finale decision." Kaki mula melangkah keluar, pintu kereta dibuka, dan enjin dihidupkan.

"No!!" Pintu rumah dibuka, langkah terus diaturkan ke tengah jalan. Matanya mula berkaca sekali lagi.

Bayangan kereta isterinya hilang, sekali lagi. Tar jalan ditumbuk kuat. Dia tidak kira tangannya luka atau tidak. Yang dia mahu hanya isterinya.

Aiman mula berlari mendapatkan Riz. Jejaka itu dipeluk erat.

"Riz.." Tangan  Aiman ditepi kasar. "Aku tak nak! Aku nak isteri aku, aku nak Lis!!"

Iman memandang Rayyan sayu. Hati mereka sayu melihat jejaka itu sebegini.
Tetapi salahnya juga, apabila isterinya ada di hadapan mata dia tidak hargai..

"Riz, andai kata kau dengan dia jodoh. Satu hari nanti, mesti akan jumpa balik. Percayalah."

"Tak Iman, kenapa dia tak nak bagi aku masa untuk menghargai dia?" Iman hanya senyap tidak tahu ingin menjawab. Nurfa mendekati Riz perlahan.

"Riz, percaya cakap aku. Satu hari nanti, Lis akan kembali. And that day.." Riz memandang Nurfa lembut. Kuyu sahaja pandangannya terhadap gadis itu.

"That day?"

"And that day, kau akan bahagia. Trust me." Riz menarik-narik rambutnya. Hatinya sakit, kepalanya tidak mampu untuk memikir apa - apa.

"Tak nak.."

"Aku.."

"Aku nak isteri ak-"

Kepalanya menyembam ke tanah. Aiman segera mendapatkan Riz. Wajah yang memucat itu membuatkan mereka risau.

Dahi Riz disentuh lembut. Isya memandang mereka dengan raut wajah yang sukar di tafsir.

"D-dia demam panas." Rayyan memandang Isya, dahi jejaka itu disentuh perlahan. Bibir pucat itu dipandang.

Riz diangkat oleh Iman perlahan. Kepalanya di sandarkan di sisi sofa. "Kesian aku tengok dia."

Aiman memandang Rayyan dengan kerutan di dahi.

"Kenapa?"

Rayyan mengeluh. "Sebab dia, nak sangat isteri dia ada dekat sebelah. Tapi disebabkan silap dia. Isterinya pergi meninggalkan dia."

Nurfa memandang Aiman. Isya mula memaut tangan suaminya lembut. Rayyan mendekati Aina.

"Kita doakan, yang Lis akan kembali semula satu hari nanti.."

"Aamiin.."

Mereka tidak tahu sama ada ingin kasihan kepada jejaka itu atau Lisa Mikayla yang sudah jauh dari mereka.

Dan mereka takut yang suatu hari nanti, Riz akan membuat perkara yang di luar jangkaan mereka.

.
.
.
To be continued

C | TUAN RIZQY'S PRIORITY Where stories live. Discover now