SPECIAL | QA

889 51 0
                                        

Bagasi terakhir yang berisi baju mereka dimasukkan kedalam but kereta. Qainn yang berada dilantai berdekatan tangga diangkat oleh Qairina. Pipi gebu itu dicium geram. Qainn hanya ketawa suka.

Rayyan berjalan mendekati mereka dan pinggang Qairina dipeluk. Mereka kemudian berjalan keluar rumah.

Raid dan Raiz yang sedang bermain dihalaman rumah dipanggil masuk kedalam kereta. Rayyan memeriksa mangga pintu yang baru dikuncinya sebelum dia turut memasukki kereta.

Kereta itu kemudian meluncur keluar dari perkarangan rumah menuju kerumah mummy.

Kereta dipakir dihadapan rumah agam itu. Raid dan Raiz adalah yang pertama berlari keluar dari kereta. Nenek mereka yang sedia menunggu dihadapan pintu dipeluk erat.

Qairina hanya mencebik melihat mereka bersuka ria tanpa dirinya. Lah drama.

Qainn yang memeluknya erat dicium geram "Adik je yang sayang mummy kan" kata Qairina dalam nada merajuk. Rayyan hanya menggeleng kepala melihat isterinya.

Jam ditangan dikerling. Tangan naik memeluk bahu isterinya "Jomla, flight lagi 2 jam" kata Rayyan lembut. Qairina mengangguk perlahan.

Mereka berjalan mendekati pintu rumah dan Qainn diberi kepada mummy.

"Alah takyah sedih sangat la, kamu tu pergi honeymoon bukan berperang" perli mummy selamba. Air liur Qainn dilap dengan tangan kirinya.

Qairina kembali mencebik. Apa ingat mak orang tak boleh merajuk ke? Eh mak orang ni muda lagi tau baru 28 tapi anak dah 3 ha.

Rayyan mengenyitkan mata kepada daddy yang memandang dari jauh.

"Raiz, Raid sini kiss mummy dah nak pergi ni" Qairina memanggil apabila anak-anaknya yang langsung tidak menunjukkan minat dengan pemergiannya.

Raid dan Raiz yang bermain diruang tamu berlari kearah ibu mereka. Qairina melutut dihadapan pintu dan anak kembarnya dipeluk.

Ini adalah kali pertama dirinya meninggalkan mereka untuk jangka masa yang agak lama. Semasa melahirkan Qainn juga mereka ada disisinya.

"Sayang... " panggil Rayyan meleret. Rayyan menggeleng kepala perlahan. Kalau tidak dipanggil memang sampai bila-bila la isterinya itu tidak melepaskan pelukan. Sayang sangat nak tinggal anak.

Qairina beralih kepada Qainn dan gadis kecil itu digomol "Adik jangan nakal tau duduk dengan nenek" pesan Qairina pada Qainn. Gadis kecil itu hanya tergelak suka.

Selesai membuat drama dihadapan pintu, Rayyan dan Qairina masuk kedalam kereta. Rayyan meletakkan tangannya dipeha Qairina. Qairina tersenyum dan tangan Rayyan dipegang.

Playlist yang dibuat khas untuk trip itu dipasang. Perfect dari ed sheeran dimainkan dan suasana diluar dihayati.

"This gonna be a really long week"

_______________________________________

So many happened in a week omg ma man yuta and mark vocal in one song yes pls im ready 🧎🏻‍♀️

And also sticker is in 2 days skdhnsgsndhsns

Also, lemonade and road trip rent free in my mind 😔💥

Song recommendation: bambi - bb baekhyun and only - lee hi

About the wattys2021 im not too confident nak menang but lets pray for the best <3

QAIRINA ALISYA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang