BAB 48

2.1K 102 6
                                    

2 minggu telah berlalu. Qairina dan Rayyan juga sudah tidak bertegur setelah kejadian hari itu.

"Rayyan" panggil Hana.

"Hm?" Balas Rayyan.

"Kenapa u selalu lepak dengan I ni? Kesian I tengok R–" kata kata Hana dipintas oleh Rayyan.

"Kan I dah cakap sebab I nak jaga u" balas Rayyan tenang.

"Tapi Rin?" Tanya Hana.

"Tak faham lagi ke? I cakap nak jaga u so buat apa nak sibuk pasal dia?!" Tanya Rayyan kuat.

Afif dan Zafril yang berada dibelakang kelas,tersenyum sinis saat melihat muka Qairina yang sedih di muka pintu saat mendengar jawapan dari Rayyan. Akhirnya plan mereka berjaya.

Hana bangun dari duduknya dan ingin keluar dari kelas tetapi terserempak dengan Qairina. Terus dia menarik tangan Qairina menuju ke rooftop. Lama mereka berdiam diri sebelum Qairina memulakan perbualan.

"Nak apa?" soalnya.

"Err– kau dengan Rayyan–"

"Kitorang kawan je" pintas Qairina.

"But Rin,bila aku tengok kau dengan Rayyan,aku tahu yang kau dan dia dua dua ada perasaan antara satu sama lain" kata Hana.

"Kenapa kau cakap macam tu? Kan Rayyan dengan kau sekarang?" Kata Qairina. Matanya langsung tidak memandang wajah Hana.

"Tak. Aku still couple dengan Iqbal. Rin aku dah berubah. Dia dekat dengan aku–"

"Sudah la Hana. Tak pe aku tak kisah pun." Kata Qairina dan terus berlalu pergi.

______________

"We start our plan this night. Suruh budak kita buat kerja betul betul. Aku nak simpan memori ni elok elok" kata Afif. Zafril mengangguk.

_____________

8:00 p.m

Rayyan mencapai kunci motor Y15 nya dan memecut laju dijalan raya. Dia sudah berjanji untuk melepak bersama The prefect.

Telefon yang menyala menandakan seseorang menelefon tidak dihiraukan.

Sesampai di tempat yang sunyi,saat Rayyan membuka helmet,kepalanya diketuk dengan kayu dan semuanya gelap.

_____________

"Well,well,well tengokla siapa kat sini. Tengku Rayyan Ariff. Kononnya hero dalam kisah seorang gadis cantik. Huh? HAHAHAHA" pekik si penculik.

"Kau siapa ha?!" Tanya Rayyan padanya kerana semua panculik disitu memakai penutup muka.

"Wait a minute i have suprise for you" katanya dan 6 kerusi ditarik keluar dari tempat persembunyian. Mata Rayyan membulat.

"Kenapa kau culik diorang sekali ha?!" Jerkah Rayyan padanya.

"HAHAHAH let's make it more interest" katanya dan mendail nombor seseorang tetapi di mute suara si panjawab.

"Hey NANA. Can you come here? I have something special for you. Or not,HE will die" katanya dan memutuskan panggilan. Sekali lagi mata Rayyan membulat.

"Daa daa" katanya dan berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Jangan menyesal atas perbuatan kau Rayyan" kata Haykal. Rayyan memandang Haykal pelik.

"Ha?" Tanya Rayyan tetapi tiada balasan.

_______________

'ya allah kau lindungilah mereka' doa Qairina didalam hati sambil memandu laju kelokasi yang diberi.

Sempat dia memberitahu hal itu kepada abang saudaranya.

Sesampai di tempat kejadian,dia terus merempuh tempat itu.

Semua yang berada disitu termasuklah Afif dan Zafril mengangkat kepala. Rayyan masih tidak mengenali orang didepannya kerana mata mereka ditutup.

"Hey NANA long time no see" kata Afif dan berjalan kearah Qairina. Qairina segera melarikan diri tetapi sempat ditangkap oleh konco konco Afif.

Mata mereka dibuka oleh konco konco Afif. Rayyan terkedu saat melihat wajah yang dirinduinya berada didepan mata.

"R-r-rin" panggilnya. Qairina mengalihkan pandangannya ketempat lain.

"Now you know what's going on right,tengku Rayyan Amar?" Kata Afif sinis. Rayyan amat terkedu waktu itu. Tidak tahu apa patut dijawab. Gadis yang selama ini dijaga bukanlah seorang mangsa. Lama dia mengabaikan gadis kesayangan kerana ingin menjaga keselamatan seseorang yang tiada kena mengena dalam hal ini. Sebaliknya,gadis yang dia abaikan dan cintai selama ini yang menjadi mangsa.

'ya allah sungguh ku rasa berdosa' desis hatinya.

"Sudah aku malas nak tengok drama air mata! Sekarang kau pilih sama ada ikut aku,ataupun kau tengok orang yang kau cinta,mati depan mata kau" kata Afif dan membelai rambut Qairina lembut sebelum ditariknya kasar. Zafril pula berjalan mendekati Rayyan dan meletakkan muncung pistol betul betul didahi Rayyan.

Air mata sahaja yang menemani mereka tika itu. Begitu perit untuk menerima kenyataan yang berada didepan mereka.

"Cepatlah aku tak banyak masa!!" Jerkah Afif. Bahu Qairina terhinjut saat dijerkah. Dia memandang Rayyan dan Afif silih berganti. Tiba tiba dia berhenti pada mata hazel milik Rayyan. Lama dia merenung mata itu.

Tiba tiba dia teringat akan kata katanya bulan lalu.

"Aku akan buat apa sahaja untuk tebus semua ni kat kau Awisya. Aku janji aku akan ikut cakap Afif"

Air matanya laju mengalir. Dia mmemandang muka Afif sebentar sebelum kembali merenung Rayyan.

Pada masa yang sama,semua abang saudaranya berkumpul disitu. Kini dia akan memberikan jawapan itu pada semua saksi yang berada didepannya. Dia menarik nafas pendek sebelum dihela kembali.

"Rin akan ikut Afif" empat perkataan yang membuat hati Rayyan hancur. Air mata lelakinya jatuh jua. Sungguh dia menyesal kerana tidak periksa dulu sebelum bertindak. Dia memandang tepat mata Qairina mencari kepastian.

Pistol dijatuhkan kesisi semula. Afif melepaskan Qairina dan terus berjalan kearah The Redgirls dan The Prefect. Sampai didepan Rayyan,dia mengalihkan pandangan.

"Aku minta maaf. Aku terpaksa" kata Qairina dan terus menuju kekereta Afif. Kereta itu berlalu pergi tanpa tahu kemana lokasinya.

Rayyan jatuh terduduk dengan air mata yang makin laju.

"Rin!!!!!!" Jeritnya kuat. Bergema kilang itu dengan suaranya.

Semua yang melihat hanya mampu berdiam diri kerana kesalahan itu datangnya dari Rayyan sendiri bukannya mereka.

_______________________________________

When 'let go' and 'film out' bergabung inila jadinya.

Honestly, chapter ni hambar hm.


QAIRINA ALISYA Where stories live. Discover now