Rin
"Ok firstly jangan terkejut dengan semua ni" kataku kepada mereka. Mereka hanya mengangguk.
Aku segera menanggalkan cermin mata bulat dan juga contact lenses dan dengan itu,terserlahla mataku yang berwarna biru kekelabuan. Mereka semua terkejut dengan perubahan aku yang 360° ni.
No one
Mata mereka membulat setelah melihat perubahan Qairina yang mendadak.
"W-w-weh t-t-teruskanla" kata Mya tergagap gagap. Dia menarik nafas dalam dalam dan menghembuskannya perlahan.
"Nama aku Tengku Qairina Alisya binti Tengku Tengku Allen. Aku berasal dari Italy and diorang tu semua adalah abang-abang sedara aku. Aku baru berpindah kat sini atas urusan yang tertentu...Erm ape lagi eh tu je kot yang penting" kata Qairina sambil memandang kearah mereka. Mereka kelihatan masih terkejut dengan berita yang baru disampaikan sebentar tadi.
"Eh jap Tengku Allen? Anak Tengku Melisha and Tengku Dolan?" Soal Rayyan. Dia mengangguk sekali. Mata mereka kembali membulat.
Gila kau Tengku Melisha ngan Tengku Dolan tu orang terkaya kot kat Italy and Russia. Tapi tau tau cucu dia nerd uish tak bole jadi ni.
"So... Kenapa kau rahsiakan dari kitorang?" Tanya Misya.
"A-aku nak bagitau tapi belum sampai masanya lagi." Balasnya menunduk.
"Oh kau nak cakap yang kau tak percayakan kitorang la macamtu?" Tanya Isya bengang. Rayyan memandangnya tajam.
"B-b-bukan m-macamtu. Aku percaya korang tapi aku kan baru lagi kenal korang so tak yakinla. Lagipon aku baru masuk sekolah tu 3 bulan." Kata Qairina perlahan. Mereka mengeluh.
"So semua lelaki kat luar tadi cousin kau? Termasuk Syafiq?" Tanya Asyraf pula. Qairina mengangguk.
"Zarul pon sama" tambahnya lagi dan menunjuk kearah Zarul yang sedang duduk disofa. mereka memandangnya tajam dia hanya tersengih. Rayyan kembali memandang Qairina.
'eh jap dia ni bukan ke Rina,Instafamous yang aku minat tu?' katanya dalam hati.
"Weh Lisya kau ada IG?" soal Rayyan.
"Ada. Tapi aku log out dulu buat masa sekarang." Balasnya.
"Username?" Tanya Zarif pula.
"Tngku_rina" dua perkataan yang membuatkan mereka terkejut sekali lagi.
'patutla waktu first time aku tolong dia macam kenal je. Naluri aku tak pernah salah. Uwahhh aku dah jumpa crush Instagram depan mata wehh' jerit Rayyan dalam hati.
"Seriousla weh?! Yang ade 6.2 juta tu??!!" Tanya Mya terkejut.
"Entah haritu sebelum aku log out baru 5.7 M" balasnya selamba.
"Weh tau tak Ray- hmpp" belum sempat Haykal ingin menghabiskan ayatnya, mulutnya ditekup dan Rayyan tersengih. Qairina hanya menggelengkan kepalanya.
"Tapi kan weh. Kenapa kau jadi nerd eh sedangkan kau cantik dan kaya?" Tanya Asyraf. Mereka hanya mengangguk. Dia mengeluh seketika.
"Entahla weh. Aku pon tak tau" balasnya hambar.
"Eh lagi satu aku rasa korang dah boleh panggil aku Rin sebab tak biasa la panggil Lisya eh?" Katanya dan mereka hanya mengangguk.
Selepas itu mereka sambung berborak kosong bersama cousin cousin Qairina.
Time skip
"Weh aku laparla jom gi makan." Ajak Misya. Mereka mengangguk.
"Kau boleh tak sorang-sorang kat sini?" Tanya Haykal prihatin. Qairina tersenyum nipis.
"Cik abang oiii kita kat hospital bukan kat Chowkid nak risau-risau bagai" kataku. Mereka dah tergelak.
"Tak pela korang pergi makan aku teman dia." Kata Rayyan.
'haihh tolongla ikut dorang aku malas nak hadap kau ni. Dah la aku baru nak move on' kata Qairina dalam hati.
"Kau tak lapar ke?" Soal Zarif. Dia hanya menggeleng. Zarif mengangguk dan mereka berlalu pergi.
'Tinggalah daku sendiri bersama seseorang yang pernah menyakiti.' monolog Qairina dalam hati lagi.
Dia hanya duduk disofa dan bermain dengan fon. Aku dahla haus dia biar je tak gentle langsung huh.
"Baik takyah teman kalau camtu. Haihh cawan ni pon satu kenapala jauh sangat?" katanya membebel perlahan.
Qairina membongkokkan lagi badannya untuk mencapai cawan itu tetapi...
Grang!
Qairina mengeluh perlahan. Rayyan bergegas kearahnya.
"Kau ok? Ada luka? Ada sakit mana-mana tak?" Tanyanya sambil memegang tangan Rayyan. Dia segera menepisnya lembut.
"Aku ok. Just haus sikit tapi tak pela dah hilang rasa haus. Bye nak tido" katanya dan berbaring semula. Rayyan mengeluh perlahan dan mengutip kaca-kaca yang bersepah.
Qairina terus tido tanpa menghiraukannya.
YOU ARE READING
QAIRINA ALISYA
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] 🏅#1 in school category - 2020 🏅#1 in nerd category - 2020 🥉#10 in bullying category - 2020 🥉#18 in spm category - 2020 Mengisahkan tentang seorang gadis Italy yang perlu berpindah ke Malaysia untuk menguruskan sekolahnya y...