Qairina
"Tengku makanla ubat ni" kata nurse yang bertugas.
Haihh ni yang aku tak suka tau kalau duduk hospital. Pagi-pagi dah kena bangun makan ubat. Erghhh shit dahla ubat tak sedap pastu kacau tido aku. Eeee rasa nak bunuh je doktor-doktor kat sini. Dahla semua doktor gatal heihh sabar jela.
"Kan saya cakap saya tak nak ubat ni" kataku kepada nurse yang bertugas itu.
"Tapi tengku ubat ni wajib. Kalau tengku tak makan macam mana nak sihat?" Pujuknya lagi. Aku memandangnya tajam sambil mencebik.
Tok tok
Seseorang membuka pintu dan terserlah la abang Aidil di situ.
"Kenapa ni?" Tanya Abang Aidil.
"Dia tak nak makan ubat tengku" balasnya. Aku masih dalam posisi tadi.
"Rin jangan macam ni makanla ubat tu eh?" Tanya abang Aidil lembut.
"Ok tapi akak kena lawan mata ngan saya dulu" kataku sambil melihatnya. Riaknya bertukar terkejut+pelik.
"Eh takpela awak keluar dulu biar saya yang suruh dia makan" abang Aidil segera meredakan keadaan dan nurse itu berjalan keluar. Aku masih mencebik dan ingin kembali baring tetapi...
"Ha tak payah nak baring sangat makan ni" kata abang Aidil sambil menghulurkan secawan air dan dua biji ubat tadi. Aku mengeluh seketika dan menggeleng.
"Aishh kam-"
Klek
Aku segera mengalihkan padangan kearah pintu.
Dan ternyata ianya Rayyan.
'haih dia ni sehari tak kacau aku tak boleh ke?' tanyaku geram dalam hati.
"Ha bagusla kau ada kat sini senang sikit kerja" kata abang Aidil.
'amboi abang ingat suruh dia bolehla pujuk Rin makan? Heh memang tak la' kataku dalam hati lagi dan memandang abang Aidil tak puas hati.
"Kerja ape?" Tanya Rayyan.
"Ni ha suruh dia ni makan ubat. Degil sangat" kata abang Aidil sambil menjelingku. Aku masih mencebik.
"Oh haha bole je" balasnya lalu abang Aidil berjalan keluar.
"Eh abang nak pegi mana?" Tanyaku kuat.
"Nak makan pastu ambil nenda. Suruhla Rayyan teman dulu. Boleh kan Rayyan?" Tanyanya. Dia hanya mengangguk. Aku mengeluh lagi.
'aku rela tinggal dalam hutan dari duduk ngan kau kat dalam ni'
Abang Aidil berlalu keluar dan tinggallah aku dengan pak cik tua ni.
"Nah makan ni pastu baru makan ubat" arahnya. Aku memandangnya sekilas.
"Kalau tak nak?" Tanyaku.
Rayyan
"Oh aku tau kau nak aku suapkan kan sebab tu tak nak makan sendiri. Tak pe meh abang hensem suapkan" kataku dan menghalakan sudu kemulutnya. Dia membuka mulut spontan.
'wah tak sangaka senang je nak pujuk kau kan. Heh comelnya lah kau ni cam mana aku tak cair.' keluhku dalam hati.
Selepas habis kunyahan pertama dia membuka mulut lagi.
"Seleranya kau makan. Lepasni makan ubat ye" kataku sinis.
Dia seperti baru tersedar sesuatu berhenti mengunyah. Aku mengerutkan dahi.
'Kenapa aku ada salah cakap ke?' kataku risau dalam hati.
Dia memandang aku tidak percaya. Makin berkerut dahiku.
"Kau suap aku??!!" Tanyanya kuat dan segera mencapai air. Dia kemudian merampas sudu dari tangan aku dan menyuapnya sendiri.
"Dah aku dah makan keluarla tunggu ape lagi?" Tanyanya bengang.
"Eleh entah entah tengah blushing." Sakatku. Dia memandangku tajam dan terus menutup bekas makanan.
'haih dia ni kuat betul merajuk'
"Weh weh sorryla makan balik eh? Kalini aku tak kacau. Makanla nanti nak makan ubat kan" pujukku manja.
Dia memandangku kosong kemudian dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya perlahan.
"Kau ni memang nak makan kasut saiz 10 ke ha?" Tanyanya bengang. Dahiku kembali berkerut.
"Kenapa? Aku rasa aku takde buat salah pon" kataku. Dia mengeluh seketika.
"Kau tak faham ke maksud single dan taken hm? Kau nak aku terangkan kat kau satu-satu? Okla kalau kau mintak eh orang single ni dia boleh keluar or jumpa dengan sesapa je yang dia nak tak kira jantina. Tapi orang taken ni selalunya DIKONGKONG. Tak boleh jumpa orang tu tak boleh rapat ngan orang ni euww. So sekarang ni kau nak aku ingatkan kau pasal status kau? Okla tuan putera aku ingatkan kau eh. Kau tu dah berpunya nak lebih jelas dah TAKEN tau so kau tak boleh sesuka hati nak jumpa perempuan lain selain girlfriend kau so aku rasa better kau balik sekarang sebelum aku suruh abang Aidil halau kau." Katanya panjang lebar. Aku mengeluh seketika.
"Kau tak maafkan aku lagi ke pasal Hana tu?" Tanyaku kepadanya. Dia hanya memandangku sekilas dan kembali fokus kearah tv. Sekali lagi aku mengeluh.
"Ok listen aku nak minta maaf ngan kau. Kau tak boleh nak salahkan aku sangat sebab this is not my fault-" kata kataku dipotong olehnya.
"So kalau bukan salah kau salah sape? Salah aku? Salah Hana? Weh tolongla guna otak tu. Mestila dia marah kau tolong aku lebih-lebih dia tu girlfriend kau tau GIRLFRIEND kau bukan kawan biasa. Kau rasa apa yang dia fikir? Mestila dia ingat aku ni nak rapat dengan kau so boleh tak kali ni je kau dengar cakap aku jauhkan diri dari aku." Katanya dengan nada marah campur ingin nangis.
'tapi aku suka kau Rin. Aku dah lama suka kau sejak kali pertama aku tolong kau haritu.' kata hatiku sayu.
"Kau... Jealous eh?" soalku kepadanya.
YOU ARE READING
QAIRINA ALISYA
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] 🏅#1 in school category - 2020 🏅#1 in nerd category - 2020 🥉#10 in bullying category - 2020 🥉#18 in spm category - 2020 Mengisahkan tentang seorang gadis Italy yang perlu berpindah ke Malaysia untuk menguruskan sekolahnya y...