BAB 47

2K 89 0
                                    

Semua murid tingkatan 5 Roses Elite High School sedang berkumpul didewan untuk mendengar taklimat daripada guru guru penasihat dan juga pengetua sebelum memasuki dewan peperiksaan.

"Baiklah murid murid . Saya lupa nak bagitahu yang kita ada seorang pelajar pertukaran dari US yang ingin mengambil SPM" terang cikgu Aida.

"Afif sila naik kepentas" panggil Cikgu Aida lagi. Qairina mengangkat kepalanya saat mendengar nama itu. Dia berpaling kearah The Redgirls dan The Prefect ternyata mereka juga terkejut. Mata Qairina beralih pula pada Rayyan dan Hana yang bermesraan ditangga belakang dewan. Dia mengeluh seketika dan terus keluar dari dewan begitu juga dengan The Redgirls dan The Prefect. Mereka menuju ke block D.

Saat menjejakkan kaki diblock itu,setitis air mata Rin gugur. Dia tidak kuat untuk melihat adegan itu. Cukuplah dia berkorban. Mungkin setakat ini sahaja perasaanya terhadap Rayyan.

"Rin... Janganla macam ni" kata Mya dan memeluk bahu Qairina. Qairina hanya membisu dan menangis.

"Rin aku janji lepas habis SPM Rayyan akan jaga kau" kata Haykal tegas. Walaupun Rayyan itu kawan baiknya tetapi dia tidak suka dengan perangai yang dibuat oleh Rayyan tika itu.

Qairina menggeleng dan terus menangis.

"Tak, sekarang ni kau kena jauhkan diri dari Afif" kata Zarif tegas. Qairina memandangnya dengan mata yang merah.

"Tak. Aku akan tetap layan dia. Kan aku dah cakap dia bahaya. Lagipun ini salah aku juga" balas Qairina dan berlalu pergi. Mereka mengeluh. Mereka sudah tahu semuanya tentang Qairina dan Awisya.

Flashback...

The Redgirls dan The Prefect sudah berada diruang tamu rumah Qairina. Tiba tiba kelibat Rin keluar dari lif rumahnya.

"Ada apa ni?" Tanya Qairina setelah duduk disamping Mya. Mereka memandang sesama sendiri sebelum kembali memandang Qairina.

"Kitorang ada benda nak tanya kau sikit. Btw mana nenda?" Tanya Misya.

"Nenda balik kampung lawat kubur keluarga dia. Penting sangat ke?" Tanya Qairina curious. Mereka mengangguk.

"Habiskan air cepat lepastu naik bilik aku" kata Qairina dan menuju kebliknya ditingkat 3.

Mereka segera menghabiskan air dan menuju kebilik Qairina.

"Apa yang penting sangat tu?" soal Qairina.

"Erm kitorang nak tanya,kau ada dapat surat amaran or message amaran tak?" Tanya Asyraf tegas. Qairina terkejut sebelum berdehem sedikit.

"Aa–"

"Jujur Rin" pintas Zarif. Qairina mengeluh panjang sebelum pergi kearah walk in closet dan mengambil 3 kotak yang berlainan warna. Biru,purple,maroon.

"Apa ni?" Tanya Misya dan menyambut kotak itu.

"Bukala" suara Qairina bergetar seperti ingin menangis.

QAIRINA ALISYA Where stories live. Discover now