BAB 51

2.3K 116 7
                                    

"Mummy mana?" Tanya Rayyan pada adiknya yang sedang duduk diruang makan. Qalish hanya mengangkat bahu tidak tahu.

Rayyan mengambil tempat dihadapan adiknya. Baru sahaja dia ingin menyedok nasi goreng telefonnya berbunyi minta diangkat. Dia mengeluh pendek.

Nama pemanggil dipandang sekilas.

Unknown number

Terjungkit sebelah keningnya. Siapa pulak call pagi-pagi buta ni?! Takde life ke hishh.

Qalish yang terlihat nama pemanggil itu terkejut.

'itu nombor kak Rin. Macam mana abang boleh dapat?' katanya dalam hati.

"A-angkatlah abang" katanya gagap. Rayyan hanya menggeleng.

"Qalish angkat eh?" Tanyanya ceria. Rayyan hanya mengangguk.

Telefon itu dirampas oleh Qalish dan dia terus pergi ketepi kolam untuk menjawab panggilan.

"Akak!!" Jeritnya gembira.

"Eh Qalish! Hai!!!"

"Hai eh jap dari mana akak dapat nombor abang?"

"Haykal bagi semalam"

"Oh. Tapi kenapa abang tak save nombor akak?"

"Hihi dia tak tahu lagi yang akak ni Rin. Dia tak kenal pun akak"

"Aikk tak kenal macam mana boleh jumpa?"

"Panjang ceritanya,nanti akak story. Out jom?"

"Nak!!! Jom!!!"

"Okay,akak tunggu kat sunway piramid. Jangan lambat tau"

"Baik! Bye!!"

"Bye"

Qalish terus berlari masuk kedalam dan ruang dapur kembali dituju. Iphone abangnya dicampak dan kaki laju naik keatas menukar baju.

Rayyan yang sedang minum tersedak saat iphonenya dihempas kuat atas meja. Dia merengus. Sukahati dia je hempas fon orang.

Beberapa minit kemudian,Qalish turun dengan baju yang sudah ditukar dan handbag yang digantung dibahunya.

"Eh eh eh nak pergi mana?" Tamya Rayyan pantas.

"Keluar dengan akak Ri– Mya!" Katanya gagap. Aduh macma mana boleh salah ni!

Kening Rayyan terangkat. Ri? Rin ke?

"Ri apa?! Rin ke?!" Tanyanya cemas. Jangan cakap yang call dia tadi Rin.

"Eh mana ada!! Bukan akak Rin lah! Ab–" kata-katanya terhenti selepas melihat Rayyan berlari naik keatas dan turun semula dengan baju baru. Aduhh dia ikut pulak!!!

"Abang ikut dah jom" Kata Rayyan dan menarik pergelangan tangan Qalish. Muka Qalish sudah cuak. Macam mana kalau kat Rin marah dia sebab bawak abang? Aduhh tulah kau Qalish. Bodoh!

Kereta BMW milik Rayyan meluncur laju keluar dari rumah agam itu. Qalish sudah tidak senang duduk.

"Buat apa abang ikut?" Katanya gementar. Rayyan mengalihkan pandangannya sebentar dan kembali fokus pada pemanduannya.

"Suka hati abanglah!" Balasnya selamba. Mesti ada sesuatu yang disorok Qalish. Begitu juga dengan The Redgirls dan The Prefect.

Setelah sampai dipintu utama mall itu,Rayyan dan Qalish turun serentak. Qalish masih dengan muka cuaknya.

QAIRINA ALISYA Where stories live. Discover now