Since korang cute nah update 🥺🥺🥺
Jangan tenung hubby i lelama :(
Jk live give me strength lol
_______________________________________
Rayyan berjalan turun kebawah. Mukanya jelas kelihatan sugul. Sungguh tidak dia jangka yang gadis yang ditunggu selama ini sudah menjadi tunang orang.
Dia duduk dimeja makan tanpa sebarang suara. Nasi dan lauk disenduk dan dimakan tanpa menghiraukan keluarga yang mamandang.
Tengku Zahira memandang anak bongsunya. Isyarat mata dibuat. Qalish hanya menyimpan senyum sambil membalas kembali.
"Mummy" panggil Rayyan. Semua senyap.
"Ye" sahut Tengku Zahira. Rayyan tidak mengangkat muka. Dia hanya statik merenung pinggan.
"Teruskan perkahwinan tu" balas Rayyan. Ayahnya (sorry lupa nama hehe) memandang pelik anak terunanya.
"Betul ni?" Tanya Tengku Zahira tidak percaya. Rayyan menganguk.
"Kalau boleh cepatkan tarikh perkahwinan" kata Rayyan mendatar dan terus membawa pinggan kedapur. Tangan dicuci dan dia terus naik kebilik.
Tengku Zahira memandang anak perempuannya dengan mata yang membulat. Qalish tergelak kecil.
"He knows everything my" kata Qalish dengan tawa halus. Daddy dan mummynya juga tergelak kecil.
"Baguslah macam tu. Tak payah kita nak sorok apa-apa lagi. Tapi kenapa dia macam sedih je? Orang patutnya happy lah jumpa dengan kekasih lama" kata Tengku Zahira pelik. Qalish tersenyum senget.
"Kak Rin cakap dia dah bertunang tapi dia tak cakap siapa tunang dia" terang Qalish. Mummy dan daddy keduanya tergelak.
"Adoiilah anak. Ni kira nak move on lah ni?" Tanya Tengku Zahira. Qalish hanya mengangguk.
"Haha dahla sambung makan. Nanti apa pulak yan fikir kita gelak-gelak ni" kata daddy dan terus menyambung makannya.
__________________
Hari berganti minggu,minggu berganti bulan dan kini tibalah hari yang tidak ditunggu iaitu malam berinai. Semua yang terlibat perlu hadir untuk menconteng tangan masing-masing.
The Redgirls dan The Prefect sudah rancang untuk datang sekali kerumah Rayyan. Kenapa buat dekat rumah Rayyan? Sebab tengku Zahira yang minta. Katanya senang nak terus terang dengan pengantin nanti.
Qairina dan keluarganya sampai kerumah Rayyan tepat pukul 9 malam. Mereka semua dikehendaki memakai pakaian tradisional iaitu baju kuring ataupun kebaya. Yang paling cantik sudah pastinya Qairina. Dia memakai baju kebaya berwarna peach dan dikenakan dengan kain batik dan tudung berwarna seiras dengan bajunya.
Dia berjalan keluar dari kereta sambil memegang seorang bayi iaitu anak buahnya sendiri. Tengku Airish Danial.
Dia menapak masuk kedalam rumah yang meriah itu. Tengku Zahira terpegun melihat kecantikan menantunya pada malam itu.
"Ya allah Rin,cantiinya!!" Kata tengku Zahira memuji. Qairina hanya tersenyum.
"Ni anak siapa?" Tanya Tengku Zahira sambil mencubit geram pipi anak kecil itu. Airish hanya tergelak saat dilayan sebegitu.
"Ni anak Risha. Eh mummy,Rayyan tahu tak Rin datang ni?" Tanyanya dalam nada berbisik. Tengku Zahira tersenyum halus sambil menggeleng.

ANDA SEDANG MEMBACA
QAIRINA ALISYA
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] 🏅#1 in school category - 2020 🏅#1 in nerd category - 2020 🥉#10 in bullying category - 2020 🥉#18 in spm category - 2020 Mengisahkan tentang seorang gadis Italy yang perlu berpindah ke Malaysia untuk menguruskan sekolahnya y...