"Weh lagi 5 bulan nak SPM" keluh Mya perlahan.
"Huh tula. Cepatnya masa berlalu" tambah Haykal pula.
"Ala rilek la bukannya esok kita SPM. Lama lagi tu. Sempatla nak study" balas Qairina.
"Kau pandai senangla cakap" kata Isya dan mendapat anggukan dari mereka semua. Qairina hanya tersengih.
Mereka sekarang sedang menunggu si Rayyan tu ha siap. Tadi time makan boleh pulak air tertumpah kat baju haihh sabar jela.
"Dah jom" kata Rayyan yang baru keluar dari lift.
"Siap mengalahkan perempuan la kau ni" kata Zarif tak puas hati. Rayyan menghadiahkan sebuah jelingan buatnya.
"Nak naik kereta siapa?" Tanya Qairina sebaik sahaja mereka keluar dari rumah.
"Aku nak dengan Rin" kata Rayyan.
"Aku dengan Mya" pintas Haykal.
"Aku pulak dengan Misya" sampuk Zarif.
"Aku of course la dengan Isya" balas Asyraf sambil tersengih.
Mata The RedGirls membulat.
"Hell no!" Balas mereka serentak.
"Sape suruh tanya tadi. Tak de takde ikut pasangan sendiri." Kata Rayyan.
The RedGirls mendengus geram dan berjalan kearah pasangan masing masing.
"Naik kereta aku" kata Qairina dan menghulurkan kunci kereta Shelby Mustang merahnya kepada Rayyan. Rayyan menjongket sebelah kening dan mengambil kunci itu.
'Shelby Mustang,hm boleh tahan jugak dia ni' kata Rayyan dalam hati sambil tersenyum senget.
"Tunggu ape lagi? Cepatla masuk" kata Qairina bengang. Rayyan segera memasuki kereta itu dan menghidupkan enjin.
Vroom Vromm
Membulat mata Rayyan apabila mendengar bunyi enjin kereta itu. Dia segera memandu kereta itu dengan cermat dijalan raya.
10 minutes later...
"Weh" panggil Rayyan.
"Hm" Qairina hanya membalas dengan hm kerana malas hendak melayan.
"Kau setting sendiri ke kereta ni?" Soal Rayyan.
"Tak la abang Aidil belikan lepastu aku suruh abang Adam setting" balas Qairina. Mulut Rayyan berbentu 'o' sahaja.
Kemudian mereka kembali menyepi.
Ting!
Rin segera melihat notification yang muncul di skrin iphone Xsmax nya. Dia segera mengslidekan notification itu.
013 XXX XXX
Hai sayang. Dah makan?
Dahi Qairina berkerut seribu. Dia kemudian mengeluh.
"Siapa tu?" Tanya Rayyan.
"Ha?" Tanya Qairina kurang faham. Rayyan menggerakkan matanya kearah skrin telefon Qairina.
"Oh tak de sape. Kawan" balas Qairina dan menyembunyikan fonnya.
"Weh..." Rayyan meleretkan suaranya. Qairina mengerutkan kening lagi.
'dah kenapa mamat ni? Haihh lepas sorang,sorang' desisnya dalam hati.
"Kau nak ape?" Tanya Qairina geram.
"Kau tau tak beza kau dengan cicak?" Mata Qairina membulat.
'dia samakan aku ngan cicak??!! Hoii ini melampau' Qairina tarik nafas hembus tarik hembus.
YOU ARE READING
QAIRINA ALISYA
Ficção Adolescente[ C O M P L E T E D ] 🏅#1 in school category - 2020 🏅#1 in nerd category - 2020 🥉#10 in bullying category - 2020 🥉#18 in spm category - 2020 Mengisahkan tentang seorang gadis Italy yang perlu berpindah ke Malaysia untuk menguruskan sekolahnya y...