Pagi yang indah dipenuhi dengan suara dan gelak ketawa dua orang kanak-kanak.
"Raid! Raiz! Pakai baju dulu!!!" Jerit Qairina dari dalam bilik. Sungguh menyesal menyuruh suaminya memandikan anak mereka pagi itu. Sudahla dia terbangun lambat,suaminya yang seorang itu langsung tidak berguna.
"Mama,tengoklah papa ni!" Rungut Raid pada ibunya. Qairina mengeluh. Sungguh jika dia dibenarkan untuk mencekik suaminya,sudah pasti itu perkara pertama yang akan dilakukannya pada hari anak mereka lahir. Perangai Rayyan semakin menjadi-jadi selepas mendapat anak.
"vai a chiamare tuo fratello ora prima di gettare il telefono nella patelefono (pergi panggil adik sekarang sebelum mama buang phone kamua berdua dalam tong sampah)" kata Qairina geram. Dia memang sudah mengajar anak-anaknya bahasa ibundanya kerana itu arahan daripada suaminya sendiri. Tambahan pula dia pantangkan dua orang kembar itu di Itali jadi bahasa itu sudah biasa didengar oleh mereka.
Raid dengan pantas berlari kebawa untuk memanggil adiknya. Dia kembali keatas bersama adik kembarnya.
"Buat apa kat bawah?" Soal Qairina serius. Mereka menunduk wajah. Bibir masing-masing tersebik.
"Papa yang ajak main so kitorang ikut jelah" balas si adik Raiz.
"Main apa?" Soal Qairina masih serius.
"Main lari-lari lepastu polis-polis" balas Raid pula. Qairina mengeluh. Tengok itu perangai Rayyan. Mengalahkan budak 5 tahun.
"Nak main boleh,tapi kalau mama panggil tu jawab. Jangan sibuk main je. Tak elok tau ingkar arahan mama. Nanti Allah marah" kata Qairina. Mereka mencebik.
"Sayang~" panggil Rayyan tiba-tiba. Qairina memandangnya tajam.
"Apa sayang sayang? Penumbuk nak?" Soalnya kasar. Tangan mencapai minyak angin dan bedak untuk disapu pada kedua anak terunanya.
"Alah sayang ni. Abang ajak diorang main je bukannya mencuri,kan boys?" Soalnya kepada kembar. Mereka hanya mengangguk sambil menghisap susu.
Qairina hanya memberi jelingan tajam pada Rayyan. Tiba-tiba bunyi suara bayi kedengaran.
"Nah abang siapkan diorang baru sayang maafkan abang. Sekali lagi abang main dengan diorang,abang tidur luar seminggu" ugut Qairina. Apa ingat dia tak reti ugut orang? Pernah sekali suaminya mengajar si kembar untuk mencuri barang daddy dan rancangan itu berjaya. Setelah sampai berita itu di pengetahuan Qairina,Rayyan terus didenda tidur disofa ruang tamu selama seminggu.
Rayyan mengeluh sambil membuat muka pasrah. Tulah siapa suruh pandai-pandai buat anak dulu. Kan dah kena. Eh?
Qairina bangun dari duduknya dan berjalan ke katil bayi. Bayi perempuan itu didukung dan diletakkan diatas katil dimana si kembar sedang disiapkan.
"Qainn,tengok tu papa kena denda dengan mama. Lepasni tak payah kawan dengan papa dah tahu? Kawan dengan mama je" jata Qairina selamba. Suara sengaja dikuatkan. Rayyan sudah membuat wajah cemberut. Gadis kecil itu hanya tergelak suka walaupun dia tidak faham akan bahasa orang dewasa itu. Si kembar juga tergelak.
"Hm dengan brothers. Diorang pun jahat tau buat mama naik hantu tadi" provok Qairina saja mahu mengenakan si kembar itu. Si kembar serentak mencampak botol susu kaca masing-masing. Mata Qairina membulat.
"Tengok tu! Eee dahla mama merajuk dengan semua! Qainn jom mandi dengan mama. Biarkan brothers dengan papa" kata Qairina dengan nada ajukan. Tuala kecil untuk Qainn dicapai sebelum mereka hilang disebalik pintu bilik air.
Rayyan mencebik. Sudah 7 tahun usia perkahwinan mereka tetapi cinta yang berada didalam hati mereka masih mekar dengan bunga-bunga. Apakah?
Dia kemudian menyiapkan kembar dan terus membawa mereka turun kebawah.
"Jangan buat sepah. Nanti mama tak nak kawan dengan korang baru tahu" ugutnya. Raid dan Raiz hanya memuncung. Mata memandang televisyen yang sedang memaparkan cerita didi and friends. Rayyan naik kebiliknya dan membersihkan diri.
Setelah habis membersihkan diri,dia keluar dari bilik air dan ternampak wajah cantik isterinya sedang duduk dimeja solek. Mata langsung tak menjeling suaminya. Rayyan mencebik.
'merajuk lagi lah tu'
Tiba-tiba Rayyan terfikirkan satu idea nakal. Dia berjalan kearah isterinya yang sedang fokus dengan solekan dimuka. Badan yang hanya dibaluti tuala dipinggang berjalan dekat dengan Qairina.
Rin masih fokus pada kerjanya.
"Sayang..." Panggil Rayyan menggoda. Qairina tersentak. Riaknya sehabis baik dikawal.
"Qainn mana?" Soalnya masih menggoda. Qairina menjeling suaminya sekilas. Fuhh gugur iman sis.
"With brothers" balasnya mendatar. Rayyan tersenyum sinis dalam diam.
Dia berjalan kebelakang isterinya dan memandang isterinya dari pantulan cermin. Tangan gatal bermain ditepi pinggang isterinya. Qairina terkaku. Langsung tidak bergerak.
"Sayang..."panggilnya menggoda.
"A-ab-abang jangan m-macam-macam eh" ugutnya tersekat. Alah kenapalah nafunya selalu menghiati dirinya?!
Kepala isterinya yang masih belum dibalut tudung dicium. Wangi. Tangan kembali menggosok lembut tepi pinggang gadis itu. Qairina masih kaku. Kepala ditundukkan.
Melihatkan itu,Rayyan pantas menarik tangan Qairina kekatil. Qairina menggigit bibir. Dia sekarang seperti lembu eh arnab dicucuk. Dicucuk apa? Ha pepandailah cari.
Tubuh Qairina ditolak kekatil. Qairina mengemam bibirnya. Rayyan kemudian menindih tubuh kecil isterinya. Sungguh walaupun isterinya itu sudah beranak tiga,tetapi tubuhnya masih seperti anak dara pingitan. Fuhh puji melambung kau!
Matanya tajam menikam anak mata Qairina. Lama. Dari mata turun kehidung,kemudian ke bibir mulus itu. Tanpa membuang masa,bibir itu disambar olehnya.
Cup!
Cup!
Cup!"HAHAHAHAHHAHA" Selesai sahaja tiga kucupan dibibir itu Rayyan terus melepaskan tawanya. Qairina membulatkan mata. Bibir dicebik sedikit. Pai hatiii...
(jgn lelebih fikir tu sksks)
Tubuh Rayyan ditolak kuat. Beg tangan diambil dan dia terus turun kebawah. Rayyan yang melihat cuba menghentikan tawanya.
"Sayang" panggilnya dengan sisa tawa.
"Sayang!" Panggilnya sekali lagi. Bibir tersenyum nipis. Nampaknya isterinya memberi greenlight. Hm nampaknya Qainn akan dapat adiklah.
Rayyan tersengih sambil memilih baju yang ingin dipakai. Perfume disembur di nadi dan leher. Jam rolex diatas meja solek diambil dan dipakai. Dia kemudian turun kebawah.
Kelibat isterinya langsung tidak kelihatan. Dia tersenyum segaris. Merajuk lagi lah tu.
"Come kids. Let's go" ajak Rayyan gembira. Tubuh Qainn didukung dan si kembar hanya dibiarkan dibelakang. Terlihat Qairina sedang bercakap dengan seseornag ditalian. Siap bergelak ketawa lagi.
Rayyan memandang isterinya sekilas sebelum meletakkan ketiga-tiga anaknya didalam car seat. Badan kemudian disandar ditepi pintu kereta. Pintu rumah sudah dikunci sebentar tadi.
"Ok bye! Love you!" Jeritnya gembira. Qairina berjalan kearah kereta dengan senyuman manisnya. Suaminya langsung tidak dipandang. Marah niii!
Rayyan tanpa banyak kata terus masuk ketempat pemandu. Wajah isterinya dipandang tetapi wanita itu memandang keluar tingkap.
"Call siapa tadi?" Soal Rayyan sambil menurunkan handbreak.
"Adelah" balasnya selamba. Rayyan mengangkat sebelah keningnya. Sesaat kemudian dia tersenyum sinis. Nampaknya Qainn betul-betul akan dapat adik. Hm nak lelaki ke perempuan ek? Heheheh.
_______________________________________
Someone just left a negative comment on my other story its kinda hurt tho but nvm lmk what ur thought abt this sc ❤️
Also please give me some idea for more special chapter and how many chaoter do you want?
Im more into crime and thriller movie or book etc thats why all sweet scenes are sucks lol

ANDA SEDANG MEMBACA
QAIRINA ALISYA
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] 🏅#1 in school category - 2020 🏅#1 in nerd category - 2020 🥉#10 in bullying category - 2020 🥉#18 in spm category - 2020 Mengisahkan tentang seorang gadis Italy yang perlu berpindah ke Malaysia untuk menguruskan sekolahnya y...