Aidil mendapat panggilan dari tengku Allena agar datang ke Roses Elite High School. Tengku Allena suruh dia membawa balik si puteri kesayangan yang seorang itu . Katanya dia ada banyak lagi kerja mahu disiapkan.
Sesampai sahaja dia disana,Aidil terus pergi ke pejabat tengku Allena.
Tok tok tok
"Masuk" arah tengku Allena.
"Assalammualaikum ibunda" sapa Aidil.
"Waalaikumsalam oh Aidil" balas tengku Allena.
"Kenapa ibunda suruh Aidil yang bawa Rin balik? Asal tak suruh 2 mangkuk ni je?" Soal Aidil sambil jari menunjuk kearah Syafiq dan Zarul.
"Hmm dia perlu rehat jadi Aidil bawaklah dia balik dulu. Lagipon badan dia panas tu. Sebelum bawa balik singgahlah farmasi beli ubat dulu." Arah tengku Allena. Aidil agak terkejut apabila ibu saudaranya kata yang Qairina demam.
"Macam mana boleh demam ibunda? Semalam elok je?" Kata Aidil sambil memandang tajam kearah Syafiq dan Zarul.
Yelah semalam lagi sudah dipesan suruh jaga Qairina takkan tak faham bahasa kot.
"Nntilah kamu tanya dorang sekarang bawak Rin balik. SEKARANG! Ibunda ada benda nak bincang dengan diorang." Arah tengku Allena tegas. Aidil hanya menurut.
Dia segera masuk ke bilik yang menempatkan Qairina. Terlihat dia sedang terbaring lesu di atas katil. Aidil mengeluh seketika.
"Rin..." Kejut Aidil lembut.
Dia masih tak bergerak. ha sudah.
"Rin..." Kejut Aidil buat kali kedua.
Masih tak bergerak. Aidil mula gelabah dan gerakkan badannya sedikit.
"Ermm" katanya sambil menggeliat.
"Rin jom balilk" ajak Aidil.
"Eh Rin kan balik ngan ibunda." Katanya membantah.
"Jom jelah. Rin kan tak sihat. Kalau jadi ape-ape sape yang susah? Kitorang juga kan" kata Aidil masih memujuk.
"Hmm yelah" balasnya. Aidil terus menggalas begnya dan memapahnya keluar bilik.
"Eh boleh tak ni?" Tanya tengku Allena kepada Qairina.
"Hmm entahlah ibunda tak larat la" balas Qairina lemah.
"Pergi hospital teruslah" balas tengku Allena cemas.
"Tak nak!" Balas Qairina dengan suara gedik. Haih la nasib sayang.
"Haihh kalau macam tu Zarul angkat dia bawak pergi kereta." Arah ibunda kepada Zarul. Zarul menghampiri Qairina tapi...
"Tak pelah Rin boleh jalan lagi ni tengok." Katanya dan berjalan ingin pergi ke ibunda. Tapi,baru dua langkah...
Buk!
"Rin! Ishh kan ibunda dah cakap suruh Zarul yang angkat! Jangan degil boleh tak. Nasib baik Syafiq sambut kalau tak? Heih" ha kan dah kena ngan suara petir tengku Allena.
Zarul terus mengangkatnya menggunakan belakang badannya.
Sesampai di kereta,Zarul terus meletakkannya di tempat penumpang dan sebelum dia beredar Aidil sempat berkata...
"You owe me an explanation" kata Aidil tegas.
"Nanti aku whatsapp kat group nak meet kat mana" katanya dan berlalu pergi.
Aidil terus masuk kedalam kereta dan start enjin. Selang beberapa minit, kereta yang dipandu keluar dari kawasan sekolah.
Rin
Semasa perjalanan,aku hanya tidur kerana kepalaku terasa amat sakit sehingga tak boleh nak buka mata.
Abang Aidil hanya mengeluh. Mungkin sebab nak tau macam mana aku boleh jadi macam ni.
Skip di parking lot
"Rin.."
"Hm?" Aku membuka sedikit mata.
"Er nak excess card" pintanya.
Mataku masih tertutup tapi menjawab...
"Dalam beg zip paling kecil."
"Ok" balasnya ringkas.
Selepas abang Aidil memarkirkan keretanya di parking lot, dia segera beralih ke tempat duduk penumpang dan segera mengangkatku seperti yang dilakukan oleh Zarul tadi.
Jujur badan aku teramatlah lemah sehingga tidak berdaya ingin membuka mata lagi.
"Tingkat berapa sweetie?" Tanya abang Aidil.
"12" balasku.
Abang Aidil hanya mengangguk.
Sesampai di depan pintu, abang tanya ...
"Berapa number pin?" Tanyanya lembut.
Yelah apartment aku bukan biasa-biasa VVIP punya apartment hehe.
"1531" balasku lemah.
Abang Aidil seakan terkejut dengan jawapanku tapi dia hanya membiarkn persoalannya begitu kerana baginya, kesihatanku lebih penting dari segalanya.
Baru sahaja dia ingin melangkah,terdapat satu suara menegur...
"Rin dah balik? Nak makan tak nenek dah mas-" ayatnya tergantung apabila melihat keaadaanku begini.

ANDA SEDANG MEMBACA
QAIRINA ALISYA
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] 🏅#1 in school category - 2020 🏅#1 in nerd category - 2020 🥉#10 in bullying category - 2020 🥉#18 in spm category - 2020 Mengisahkan tentang seorang gadis Italy yang perlu berpindah ke Malaysia untuk menguruskan sekolahnya y...