Semasa aku lalu di koridor, tiba² aku ditarik...
'ha mampus 2 mangkuk ni dah marah' kataku dalam hati.
"Ya allah Rin macam mana boleh jadi macam ni??!!" Marah Syafiq.
Aku hanya menunduk. Rasa nak nangis pon ada wehh bila kena marah ceni.
"Ni kalau dorang tau confirm kita yang kena" sambung Zarul pula.
Aku masih menunduk.
"Apa yang jadi sebenarnya ni?" Tanya mereka serentak.
Aku terus bepusing ke belakang untuk pulang ke kelas. Sebelum tu aku sempat berkata...
"Nanti jumpa kat bilik ibunda time balik. Rin kena masuk kelas dulu bye." Balasku.
Aku terus belalu pergi ke kelas. Setelah masuk kelas,The RedGirls segera bertanya kepada ku ...
"Weyh ok ke leher kau ni?" Soal Misya.
"Nak pegi klinik?" Tanya Isya pula.
"Betul ke kau ok ni hm?" Tanya Mya pula ingin kepastian.
"Aku ok je" jawabku lemah.
Mereka mengeluh.
"Tak pelah kau baringkan je kepala kau kat meja nanti kitorang bagitau kat cikgu yang kau tak sehat" kata Misya.
"Ish tak payahla sampai macam tu" kataku lalu tersenyum nipis.
Aku perasan yang dari tadi orang belakang aku asyik perhatikan aku je. Siapa lagi kalau bukan Rayyan. Aku mengeluh seketika. Tak selesa dengan perbuatannya itu.
Aku lalu membuka macbook ku dan membuat kerja yang diberi oleh cikgu.
Skip time rehat
"Weh kau nak makan apa?" Tanya Misya kepadaku.
"Beli jelah ape-ape untuk aku" balasku.
Misya hanya mengangguk.
"Ermm weh aku nak pegi toilet kejap" kataku kepada Mya and Isya.
"Nak aku teman?" Soal Mya.
"Haha what a joke. Aku boleh pergi sendirilah, kejap je"
"Sure?" Soalnya lagi ingin kepastian.
"Ye awoksss" balasku spontan.
Mereka hanya ketawa dengan lawakku yang hambar tu.
Aku terus meminta diri dan segera pergi ke tandas.
Semasa menuju ketandas, fikiran ku melayang mimikirkan tentang nasib yang aku lalui harini.
'haihh baru hari kedua dah jadi camni' kataku dalam hati.
Selepas keluar dari tandas, hatiku berasa tak tenang kerana dari tadi ada banyak suara lelaki di depan pintu tandas.
'aduh bala apa pulak lepas ni' kata hatiku.
Aku segera keluar dan mengendahkan mereka. Ya tekaan aku betul. Ada sekumpulan lelaki sedang melepak di depan tandas ni.
"Hai." Sapanya aku hanya membiarkan sapaan itu dan terus menuju ke cafeteria.
Belum sempat aku ingin pergi,salah seorang dari kumpulan ni tarik aku ketepi sekolah.
"Ishh lepaslah!" Marahku. Mereka hanya tersenyum miang.
'aduh dah la harini aku pakai skirt pendek!' jeritku dalam hati.
"Boleh tak kalau saya nak rasa badan awak?" Tanya Zafril.
"Ish lepaskan akulah!" Jeritku tapi apakan daya tiada siapa yang dapat mendengarku.
Secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki tadi,mengahampiri ku dan memegang kedua lengan ku.
'arh sudah dorang nak buat apa ni??!!' jeritku dalam hati.
"Tolong!!" Jeritku kuat. Sekali lagi tiada siapa yang menyahut.
"Diamlah!" Jerkah Zafril kepadaku.
Dia mula mendekatiku dan memegang bahagian leherku. Aku menggigit bibir bawah. Di dalam hati berharap agar ada sesiapa yang akan menyelamatkan dirinya.
"Aku nak tanya, Rayyan ada buat apa-apa kat kau?" Tanya Zafril.
Aku masih diam dan menangis.
"Aku tanya ni!!!" Marahnya didepan mukaku.
"Hoii!!" Jerit Ashraf.
"Wah look who's here. Hero is coming" katanya dengan nada sinis.
"Lepaskan dia sebelum aku panggil Rayyan!" Katanya separuh menjerit.
Mereka mencengkam lenganku dengan lebih kuat.
Tiba-tiba Ashraf maju kehadapan dan...
Buk!
Buk!Kedua mereka jatuh dan hanya tinggal Zafril.
"Kau nak kena pulak? Blah!" Kata Ashraf kuat.
"Aku takkan lepaskan kau,lagi-lagi Rayyan. Dia,aku punya sorang." Kata Zafril sambil menunjuk kearah ku dengan senyuman sinis.
"Dah jom blah" kata Zafril. Mereka pon beredar.
"Kau ok?" Tanya Ashraf prihatin.
Aku masih lagi menangis kerana terkejut dengan kejadian tadi.
"Dah pergi masuk tandas,cuci muka aku tunggu luar jangan risau." Kata Ashraf sambil tersenyum.
Aku hanya mengangguk.
Meanwhile
'Kenapa aku rasa tak sedap hati ni heih. Manalah Alisya ni lamanya pergi tandas.' kata Mya dalam hati.
Sempat dia mengerling ke meja Rayyan yang terletak di hadapannya.
'hm Rayyan,Zarif,Haykal eh mana Ashraf?' tanyanya sekali lagi dalam hati.
"Weh jom cari Lisy-" kata-kata Mya dipotong oleh Ashraf.
"Assalammualaikum" kata Ashraf.
"Waalaikumsalam" jawab kami serentak.
"Weh kau ada nampak Li-" ayatnya sekali lagi terhenti apabila melihat susuk tubuh yang baru keluar dari belakang Ashraf dalam keadaan lemah.
"Lisya!!" Jerit kami dan terus mendapatkannya.
"Weh kau ok tak ni? Apa jadi?" Tanyaku kepadanya. Dia hanya menunduk dan pada masa yang sama, The Prefects datang kearah mereka.
"Weh asal? Soal Rayyan kepada Ashraf.
"Tadi aku pergi ronda kawasan tandas, takut-takut ada yang tak kena. Lepastu,waktu aku lalu depan tandas perempuan,aku nampak The Badboys tengah berkumpul dekat dia. Si Aqil ngan Hisyam tengah pegang dia. Aku ingat nak tengok je tapi lepastu Zafril start nak dekat dengan dia then aku cepat-cepatlah datang kearah dorang. Kiranya dia hampir diperkosa." Kata Ashraf panjang lebar.
"What??!!!" Tanya kami serentak dan pada masa itu juga,Lisya mula menangis teresak esak. Tanpa membuang masa mereka terus memeluknya.
"Shh shhh kau dah ok kan" kata Mya cuba menenangkannya. Tangisannya semakin kuat.
"Tunggu dia jap lagi memang pecah muka dia aku buat" marah Misya.
"Ermm kitorang naik kelas dululah nak tenangkan dia. Weh Isya pergi beli air kosong untuk dia kejap" arah Mya kepada Isya dia segera ke mesin air untuk beli air.
"Kitorang naik dulu eh" pamit mereka kepada The Prefects. Mereka hanya mengangguk.
YOU ARE READING
QAIRINA ALISYA
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] 🏅#1 in school category - 2020 🏅#1 in nerd category - 2020 🥉#10 in bullying category - 2020 🥉#18 in spm category - 2020 Mengisahkan tentang seorang gadis Italy yang perlu berpindah ke Malaysia untuk menguruskan sekolahnya y...