Harini bermulalah hari yang bosan buat murid-murid di Roses Elite High School. Tetapi hari ini juga hari paling best buat The Redgirls dan The Prefects.
"Nenda Rin pergi dulu tau" jerit Qairina didepan pintu.
"Ye sayang hati-hati drive" balas puan Nadia kembali. Qairina hanya mengangguk sendiri dan mencapai kunci kereta Shelby mustang merahnya dan terus pergi ke car basement bawah tanah.
Qairina terus memecut laju keretanya diatas jalan raya yang agak lenggang itu.
Sesampai didepan pagar rumah Mya,dia segera turun dari keretanya.
Dia menekan loceng rumah itu 3 kali dan terpamparlah wajah Mak munah disitu.
"Oh tengku masukla" katanya kepada Qairina. Qairina hanya mengangguk dan berjalan masuk.
"Assalammualaikum" laungnya setelah sampai dimuka pintu.
"Waalaikumsalam eh Rin masukla sayang" kata tengku Mikayla. Untuk pengetahuan semua, sejak dari Qairina dimasukkan dihospital haritu,semua dah kenal dia kecuali budak kat sekolah. Means mak ayah The RedGirls and The Prefect dah kenal dia.
"Ok Ma" Qairina berjalan kesofa yang terletak didepan televisyen sebesar 7 inci itu.
"Jemput minum tengku" kata Mak munah. Qairina hanya mengangguk.
"Mak munah tolong panggilkan Mya boleh?" Tanya Qairina kepada Mak Munah. Mak Munah mengangguk sambil tersenyum dan berlalu naik keatas.
"Nak pergi mana harini?" Tanya tengku Mikayla kepadanya. Qairina tersenyum sebelum membalas.
"Nak cari baju Rin kejap ma. Heheh sekali sekala shopping tak salah kan" tengku Mikayla hanya tersenyum dan mengangguk sekali.
"Jom" kata Mya kepada Qairina.
"Lambatnya kau" kata Qairina sambil menjuling mata.
"Macamla tak kenal dia Rin. Siap kalah pengantin nak jumpa bakal suami." Qairina dan Tengku Mikayla sudah gelak tak ingat dunia. Mya hanya mencebik bibir.
"Memang dia nak jumpa bakal suami pon ma. Kejap lagi kan ade hmpp" belum sempat Qairina menghabiskan ayatnya,mulutnya sudah ditekup oleh Mya. Mya tersengih dan menggeleng.
"Sape bakal suami dia tu? Abang nak jugak kenal dengan bakal adik ipar" kata Tengku Mikhael sambil menuruni anak tangga.
"Alah abang kenal dia hmpp" sekali lagi mulut Qairina ditekup oleh Mya. Tengku Mikayla hanya geleng kepala melihat gelagat anak anak nya.
"Dahla malas mama layan mama naik dulu" tengku Mikayla terus berjalan mendaki anak tangga.
"Okyla abang kitorang gerak dulu pape rojer!" Kata Mya sebelum keluar dari rumah.
"Bye abang" kata Qairina dan mengikuti langkah Mya.
"Take care!" Jerit Tengku Mikhael kuat. Qairina hanya mengangguk sekali dan keluar dari rumah.
__________________________
"Abang nak tegi mana?" Tanya tengku Raisya. Dia sekarang berada didalam bilik Rayyan. Katanya nak tido ngan abang harini.
"Abang nak pergi keluar dengan tatak haritu" kata Rayyan berlagak.
"Ha? Tatak tantik tu ke?" Tanya Raisya bersungguh sungguh. Rayyan tersenyum dan berjalan kearah Raisya yang sedang duduk diatas katilnya.
"Haah" Rayyan jawab berlagak. Dia cuba sembunyikan senyumannya.
"Wahh nak itot!! Abang! Nak itot!!!" Balasnya. Bibir sudah dicebikkan bersedia untuk menangis. Rayyan tersenyum sikit.
"Mana boleh. Abang nak dating ngan tatak tu. Baby mana boleh ikut" kata Rayyan kepada Raisya. Raisya sudah menangis teruk. Rayyan memang suka menyakat adiknya itu.
Rayyan segera mengangkat Raisya dan diletakkan dipehanya.
"Shhh jangan nangis baby. Dah tak tomeii dah. Ok-ok nanti abang minta tatak tu bawak baby keluar nak?" Tanya Rayyan lembut sambil mengusap belakang badan adiknya.
"Be-betul ab-abang nak bawak baby?" Tanyanya tersedu sedan. Rayyan senyum manis.
"Boleh tapi baby kena stop nangis dulu. Nah berhenti nangis eh?" Kata Rayyan lembut dan menghulurkan lollipop berperisa chocolate dan vanila. Entah dari mana datangnya lollipop itu pon tak tau.
Terus tersenyum lebar Raisya apabila melihat lollipop itu. Raisya mengangguk laju dan tersenyum manis. Tapi itu tidak bermakna mata dan mukanya tidak merah. Beria dia menangis tadi kerana hendak mengikut abangnya itu.
Tok tok
"Tengku, Tengku Mya dan Tengku Qairina dah sampai di bawah." Kata seorang pembantu rumah Rayyan.
"Ok kami turun sekarang" balas Rayyan dan mendukung Raisya di tangan sebelah kanan dan dikiri pula dia mengambil purse dan rayban nya lalu turun kebawah.
Belum sempat Rayyan keluar daripada lift,Raisya sudah berlari kearah Qairina dan menarik narik seluar jeans miliknya.
Qairina segera melihat gerangan yang menarik seluarnya. Dia tersenyum manis kearah Qairina. Qairina membalas senyumannya dan mendukungnya. Qairina kemudian duduk disofa yang disediakan.
"Hai sayang. Kenapa muka merah merah ni?" Tanya Qairina risau.
"Abang buat!" Katanya kuat. Rayyan yang duduk disofa yang bertentangan dengannya mengangkat muka. Rayyan mengangkat sebelah keningnya. Qairina memandangnya tajam.
"Kau buat apa?" Tanya Rin acah marah.
"Tanyalah dia" balas Rayyan tersenyum senget. Mya yang duduk disebelah Qairina tersenyum gembira. Comel betul dorang ni. Dia kembali pandang Raisya dan senyum.
"Kenapa baby nangis?" Tanya Qairina lembut sambil bermain dengan rambut perang milik Raisya. Rambut Raisya lebih kurang je dengan Qairina.
"Hehe abang kata nak keluar ngan tatak tapi abang tak bagi itot sebab tula baby nangis" katanya yakin. Qairina tersenyum suka.
'eeeee dia ni aku gigit pipi kang baru tau' kata Qairina dalam hati.
"Sape cakap tak boleh itot? Boleh je" balas Qairina gembira.
"Betul ke boleh?" Tanyanya teruja.
"Tapi kena tanya mummy dulu" kata Qairina.
"Tak bolehla baby. Harini baby kena ikut mummy kita pergi jumpa Qalif. Baby kata baby rindu dia kan?" Jawab mummy yang kebetulan baru turun. Terus bersinar sinar mata Raisya apabila mendengar nama Qalif.
"Nak!!" Balas Raisya teruja.
"Kalau nak pergi ikut kak Hanie siap kat bilik" arah mummy. Raisya segera berlari kearah kak Hanie dan menarik tangannya. Mereka hanya menggeleng kepala.
Thankyou so much for 100k readers 😭😭😭 I love you guys so muchhh
YOU ARE READING
QAIRINA ALISYA
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] 🏅#1 in school category - 2020 🏅#1 in nerd category - 2020 🥉#10 in bullying category - 2020 🥉#18 in spm category - 2020 Mengisahkan tentang seorang gadis Italy yang perlu berpindah ke Malaysia untuk menguruskan sekolahnya y...